Gadis kacukan Filipina-Perancis berjaya mengungguli pertandingan Miss World Philippines 2022 mengalahkan 35 peserta yang lain. Gwendolyne Fourniol yang mewakili daerah Negros Occidental menjadi pilihan juri setelah cemerlang dalam sesi gaun petang, pakaian mandi dan soal jawab.
Dalam acara gemilang yang dilangsungkan di Mall of Asia Area itu, Gwendolyn memukau pandangan penonton dalam persalinan gaun biru dan juga wajahnya yang segar dan berseri.
Walaupun boleh dianggap baru dalam dunia ratu cantik, ini bukanlah kali pertama dia menyertai Miss World Philippines. Sebaliknya tahun lalu dia telah menyertai pertandingan ini dan menempatkan dirinya di kedudukan Top 15. Ternyata percaturannya untuk kembali bertanding tahun ini berbaloi apabila dia berjaya menjadi juara.
Dilahirkan dan dibesarkan di Perancis, Gwendolyne merupakan graduan dalan jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Oxford Brooks University, England. Dunia ratu cantik tiada dalam kamus hidupnya sehinggalah ibunya menggalakkannya untu menyertai pertandingan. Mengambil peluang tinggal di tanah airnya, dia memilih untuk bertugas sebagai tutor bahasa Perancis untuk pelajar yang ingin mempelajari bahasa tersebut di Filipina.
Ads
Semasa pusingan bahagian soal jawab, gadis cantik ini ditanya bagaimana defisit pendidikan yang terkumpul di tengah-tengah pandemik Covid-19 boleh diselesaikan. Jawabnya, “Sebagai penyokong pendidikan, saya bersetuju bahawa semasa pandemik kita paling menderita, tetapi kanak-kanak yang kurang akses kepada pendidikan merupakan mangsa yang paling terkesan.
“Kerjasana dengan Yayasan ERDA yang memperkasakan warga Filipina yang terpinggir, saya percaya dengan menyatukan para dermawan dan menggalakkan kanak-kanak serta membenarkan mereka kembali ke sekolah terutamanya semasa pandemik ini akan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik kerana pendidikan adalah senjata terbesar melawan kemiskinan.”
Ads
Apa yang dijawabnya itu selari dengan apa yang dilakukannya selama ini. Isu tersebut merupakan sebahagian daripada kerja advokasinya bagi pihak program Miss World’s Beauty with a Purpose yang bertujuan untuk memberikan akses yang lebih baik kepada pendidikan untuk semua.
Dia bekerja dengan Yayasan Bantuan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan (ERDA), sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memiliki misi untuk menghantar kanak-kanak kurang bernasib baik ke sekolah.
Ads
Pada malam itu, selain Gwendolyne yang diumumkan sebagai juara sekaligus bergelar Miss World Philippines, beberapa gelaran lain turut diberikan. Alison Black dinobatkan sebagai Miss Supranatinal Philippines 2022, Ashley Subijano Montenegro dinobatkan sebagai Miss Eco International Philippines 2022, Ingrid Santamaria diberikan gelaran Reina Hispanoamericana Filipinas manakala Beatriz Mclelland dimahkotakan sebagai Miss Eco Teen Philippines 2022.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Gewndolyne Fourniol
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini saja sebanyak 41 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan dengan kesemuanya berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling. Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan kesemua kes baharu yang disahkan itu adalah dalam kalangan pesakit di bawah pengawasan (PUI) membabitkan 37 kes dan empat kes kontak rapat kes Covid-19.
Dalam pada itu, mudah untuk kita fahami, pertemuan secara beramai-ramai dan andai ada seorang pembawa virus ini, ia akan lebih mudah menjangkiti kepada orang lain. Jadi bagaimana kalau nak hadir kenduri kahwin kerana sekarangkan musim cuti sekolah?
Seorang pensyarah Mikrobiologi Perubatan, Noraziah M Zin dar Program Sains Bioperubatan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia menyarankan langkah ini yang boleh kita ikuti.
Menurut pensyarah ini, memandangkan perancangan kenduri mungkin sudah dilakukan oleh tuan rumah lebih setahun dulu, sudah semestinya kita tidak tahu bahawa wabak Covid-19 boleh menjejaskan situasi kerana ramai yang tidak mempunyai ilmu tentang wabak COVID19 ini. Untuk sebuah silaturrahim, untuk meraikan majlis, tuan rumah dan bakal pengantin ( sekali seumur hidup), Sy berpandangan, sekiranya kita sihat dan tidak batuk/ selsema, boleh hadir dengan beberapa langkah seperti berikut:
Seeloknya hadir hanya bersama pasangan, tidak membawa bersama anak2 (bawah 12 tahun) kerana mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan disebabkan sistem imun badan yg masih rendah
Elakkan waktu puncak, mungkin awal waktu dan lewat waktu lebih sesuai.
Hadkan tempoh, tidak perlu berbual panjang
Teknik salaman dgn meletakkan tangan di dada lebih selamat.
Elakkan duduk semeja dengan tetamu yg ber “mask” dan kelihatan tidak sihat
Tuan rumah menyediakan hand sanitizer dlm bentuk spray beberapa botol
Mungkin boleh diletakkan tabung berkunci di meja bahagian pintu utama menggantikan salam “kaut”
Perlu di ingat virus ini tidak disebarkan melalui makanan. Jadi insyaAllah selamat untuk makan di kenduri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada masa kini, jubah menjadi pilihan utama bagi wanita Muslimah yang menggemari pakaian yang labuh dan longgar. Selain itu, rekaan jubah yang menarik dan cantik juga menjadi keutamaan, membolehkan wanita memakainya kelihatan menawan dan trendy.
Pun begitu perlu hati-hati juga, meski menutup aurat tapi ada juga pakaian yang masih menonjol dan tidak sesuai dikenakan oleh muslimah. Antaranya fabrik satin, walau pun besar atau labuh namun fabrik yang berkilat ini juga nipis dan boleh menonjolkan anggota tubuh wanita.
Perkara ini diingatkan oleh Ummu Nailah yang terlibat dalam bidang seni jahitan khusus untuk Muslimah.
Bahaya Fabrik Satin Dan Rekaan Berlebihan Bagi Muslimah
Muslimah, elakkan pakai fabrik satin walaupun berjubah bertudung labuh
Ujar beliau sebagai guru jahitan yang cuba memartabatkan pakaian syar’i dalam kalangan masyarakat, pakaian yang menggunakan material satin ini langsung tak sesuai dijadikan pakaian muslimah walaupun ia menutup aurat.
Ia ‘BOLEH’ dikategorikan pakaian SYUHRAH dan menampakkan BENTUK TUBUH. Bukan apa, ketika ini nampak trend french jilbab material satin yang dicetuskan oleh selebriti semakin menjadi ikutan muslimah.
𝗔pa itu pakaian syurah?
Dalam pada itu beliau turut berkongsi tentang makna syuhrah, jelasnya dalam hadis Nabi SAW melarang pakaian syuhrah. Asal perkataan syuhrah bermaksud yang menonjol atau yang jelas nampak atau tersebar. Dalam bahasa Melayu kita guna perkataan Arab ini sebagai masyhur bermaksud yang tertonjol atau yang tersebar.
Ungkapan pakaian (libas / tsaub ) syuhrah yang digunakan dalam hadis Nabi sallallahu alaihi wa sallam, di mana baginda bersabda:
مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ أَلْبَسَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ
“Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah, Allah akan memakaikannya pada Hari Kiamat pakaian kehinaan”
Rujukan:
[Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Abu Daud. Hadis hasan]
Pakaian syuhrah yang dimaksudkan dalam hadis ialah pakaian yang pelik bagi penduduk atau sesiapa yang berada di negeri atau tempat pakaian tersebut dipakai. Dalam erti kata lain pakaian yang menyalahi uruf setempat.
Ia akan membuatkan mata orang ramai tertumpu kagum atau rasa ganjil terhadap pemakai. Tujuannya agar mata orang ramai tertumpu padanya, merasakan diri istimewa samada di sudut kekayaan atau di sudut kewarakan beragama.
Pakaian syuhrah adalah pakaian yang dipakai untuk meraih populariti di tengah-tengah orang ramai, baik pakaian tersebut mahal, yang dipakai oleh seseorang untuk berbangga dengan dunia dan perhiasannya, mahupun pakaian yang bernilai rendah, yang dipakai oleh seseorang untuk menampakkan kezuhudan dan bertujuan untuk riya’.
Rujukan: [Jilbab al-Mar’atil Muslimah karya Al-Albani, hal. 213]
Illat (faktor) yang membawa kepada pengharamannya ada 2 di sini:
1.Niat untuk berbangga
Ini kita tak boleh putuskan sebab ia urusan antara seseorang itu dengan Allah
2.Pelik, ganjil & buat mata orang ramai tertumpu padanya
Jadi kita hukum sesuatu pakaian itu sama ada syuhrah atau tidak berdasarkan justifikasi illat yang kedua ini berdasarkan uruf setempat
Maka pendapat saya yang dhaif lagi hina ini, elakkan lah french Jilbab, jubah atau khimar yang menggunakan material satin, di samping ia menonjolkan bentuk yang tak sepatutnya disebabkan ia berkilau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam pengiktirafan buat pengkarya layar kaca, Anugerah Emmy kembali untuk edisi 2022 dengan pelbagai gaya serta stail selebriti di karpet merahnya, pagi ini. Bezanya pada tahun ini, Emmy’s 2022 dilangsungkan pada malam Isnin (waktu tempatan di Amerika Syarikat) berbanding waktu biasa pada malam Ahad.
Kali ini, Emmy’s dinominasi oleh program-program televisyen dan siri penstriman popular dunia seperti Squid Game, Stranger Things, Yellowjackets, Euphoria, Abbott Elementary dan banyak lagi.
Nah, ini 10 gaya selebriti pilihan remaja di karpet merah Emmy’s 2022. Di antara bintang Squid Game, Jung Hoyeon dan Zendaya yang mewakili siri Euphoria, stail mana menjadi pilihan korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!