‘Turtleneck’ Untuk Ilusi Lebih Ramping, Ini 5 Style Korang Boleh Tiru!

Share

Korang ada baju turtleneck yang banyak dalam almari tapi tak tahu nak gayakan untuk nampak stylo? Kita cuma perlu confident dengan apa yang kita pakai dan tahu cara untuk menggayakannya supaya tak nampak over dan fashion disaster.

Kalau korang nak tahu, turtleneck juga mampu membuatkan korang nampak lebih ramping kerana detail di leher membuat bayang anda secara keseluruhan kelihatan lebih tinggi. Get it!

So ini 5 gaya yang korang boleh tiru. Check them out!

Turtleneck Hitam

Mulakan dengan mencari turtleneck paling basic iaitu warna hitam. Mudah untuk digayakan, malah penampilan boring bertukar sofistikated. Gaya klasik ala Emily Ratajkowski ini juga boleh diinspirasikan dengan Bodysuit Turtleneck dipadankan dengan Mom-Jeans.

2. Sekali sekala, padankan Trumpet-sleeves macam Kendall Jenner ni. Cool kan?

3. T-shirt putih merupakan item fesyen timeless, boleh dipakai sepanjang zaman pada bila-bila musim sahaja. T-shirt dengan leher potongan V, bulat, berkolar dan semestinya turtleneck.

Gaya Gigi Hadid’s Over-Sized Turtleneck ini nampak cun juga!

 

 

4. Skirt

turtleneck juga cantik dipadankan dengan skirt. Untuk nampak lebih stylista gitu, tuck in baju korang dan pakai belt.

5. Leather and printed jacket

Untuk tampil bergaya dan menawan, sekali sekala mix match kan turtle neck korang bersama jaket. Lebih cun kalau jacket korang bermotif dan labuh. Mesti akan lebih stylo.

So, dah ada idea ke  belum macam mana nak gayakan baju turtle neck korang? Confirm penampilan korang akan lebih stunning dan stylo. Selamat mencuba!

IKLAN