
Hari ini kalau buka laman media sosial dan di mana-mana sahaja sekali pun topik perbualan utama mesti berlegar sekitar Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal dilangsungkan pada 9 Mei 2018. Pelbagai ragam dan aksi calon yang bertanding serta penyokong mereka dirakamkan lensa pada hari penamaan calon yang berlangsung hari ini.
Bersempena ‘demam’ pilihan raya, hari ini Remaja ingin kongsikan tentang kisah luar biasa yang berlaku di University of California, Berkeley pada baru-baru ini.

Seekor tupai dilaporkan telah memenangi kerusi di dalam senat pelajar di universiti tersebut pada pilihan raya kampus mereka. Seramai 37 orang calon telah bertanding bagi merebut 20 kerusi senat pelajar Assosiate Student of the University of California. Dan ia termasuklah ‘Furry Boi’, seekor tupai.
‘Tupai’ tersebut sebenarnya seorang pelajar yang memakai kostum bernama Stephen Boyle. Pencalonan Furry Boi dikatakan diumumkan pada bulan lalu menerusi Facebook. Menurut posting tersebut, Furry Boi dicalonkan untuk mewakili tupai-tupai kampus dan diharap mampu menjadi wakil kepada mereka di UC Berkeley.

Menerusi kempennya, Furry Boi menggunakan hashtag #ImWithFur dan #WhyNut. Kemunculan Furry Boi dikatakan telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah di kalangan pelajar. Namun di sebalik kejadian ini ramai yang tidak berpuas hati dan menganggap ia sebagai satu penghinaan kepada sistem demokrasi yang diamalkan di universiti tersebut.
Surat khabar rasmi universiti, The Daily California mengecam tindakan ini dengan melabelkannya sebagai kejadian memalukan.
Namun apabila keputusan pilihan raya dikeluarkan, Furry Boi berjaya mendapat jumlah undian yang baik dan menjadi salah seorang daripada 20 wakil senat pelajar.
Way to go Furry Boi!
Sumber: Huffington Post
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selena Gomez Terima Buah Pinggang Sahabat Karib Akibat Lupus, Ketahui 7 Fakta Tentang Penyakit Ini Yang Ramai Tidak Tahu

#friendshipgoals
Ramai yang sering mengungkapkan perkataan ini tetapi sejauh manakah anda sanggup berkorban demi seorang sahabat sejati?
Ini yang berlaku pada selebriti Hollywood, Selena Gomez yang mengakui telah menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya, Francia Raisa. Dia yang mendedahkan perkara ini menerusi akaun Instagramnya turut berkongsi foto kesan pembedahan bersama kapsyen yang sangat menyentuh hati.
“Saya sedar ada para peminat mempersoalkan mengapa saya tidak mempromosikan muzik baru saya.
“Sebenarnya pada ketika itu saya diberitahu perlu mendapatkan pemindahan buah pinggang disebabkan penyakit Lupus yang dihadapi.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan juga team doktor yang hebat kerana membantu sepanjang proses sebelum dan selepas pembedahan.
“Akhir sekali, tiada kata-kata yang dapat diungkapkan kepada sahabat cantik saya, Francia Raisa di atas pengorbanan yang dilakukan olehnya. Dia telah memberikan hadiah yang tiada nilainya dengan menyumbangkan buah pinggangnya. I love you so much sis!” tulisnya.
Dalam coretannya juga, Selena memberitahu bahawa tidak ramai yang tahu tentang penyakit yang dihidapinya itu.Jadi, persoalannya apakah sebenarnya dimaksudkan dengan penyakit lupus?
Fakta tentang Lupus
Menurut data daripada Lupus Foundation of America, 1.5 juta individu di Amerika Syarikat menderita penyakit lupus. Buat anda yang mungkin tidak pernah tahu apa itu lupus, berikut merupakan tujuh fakta tentang penyakit ini.
1. Banyak simptom yang berlaku

Lupus boleh menyerang pada mana-mana anggota badan dan orang yang menghidap penyakit ini mempunyai pelbagai simptom yang berbeza-beza.
Ramai yang menderita penyakit ini pada awalnya mengalami sakit kepala, sakit-sakit otot dan lain-lain. Namun, berbeza dengan penyakit-penyakit lain, jika anda mengalami simptom ini, anda akan mengalami kesakitan yang lebih dahsyat.
Ada juga simptom-simptom lain yang boleh dilihat seperti ruam yang berbentuk rama-rama pada tulang hidung. Ruam ini merupakan satu petanda jelas tetapi tidak semua menghidap lupus mempunyai simptom-simptom ini.
2. Memerlukan tempoh yang lama untuk didiagnos

Kebanyakan doktor memerlukan tempoh yang sangat lama, sekitar lima tahun untuk mendiagnosis pesakit lupus. Ini kerana simptom-simptom penyakit ini adalah pelbagai dan berbeza-beza.
3. Menyerang beberapa sistem tubuh

Ada beberapa bahagian tubuh yang paling banyak diserang penyakit ini, antaranya adalah radang pada jantung dan paru-paru. Selain itu, buah pinggang juga sering menjadi sasaran dan inilah yang terjadi pada selebriti Hollywood, Selena Gomez.
Lupus yang menyerang buah pinggang dinamakan nefritis, yang menyebabkan radang dan tidak dapat mencuci darah dengan baik. Selain itu, lupus juga boleh menyerang kulit, sistem saraf dan sistem pencernaan.
4. Memerlukan ubat yang kuat

Oleh sebab penyakit ini agak serius, ubat yang diperlukan untuk menyembuhkannya juga perlu mempunyai kesan yang kuat dan kerana itu juga, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang luar biasa.
Ubat ini berfungsi menghentikan sistem kekebalan yang menyerang tubuh dan memberikan risiko yang tinggi, bahkan boleh menyebabkan kanser.
5. Diet khusus

Beberapa bahan makanan ternyata dapat mengaktifkan penyakit ini. Pesakit perlu mengelakkan daripada mengambil tauge kerana ia mengandungi asam amino l-canavanine yang boleh menyebabkan lupus.
6. Sinaran matahari

Pancaran matahari boleh menyebabkan ruam pada kulit, sakit sendi dan melemahkan tubuh. Lebih baik jika anda mengenakan topi dan sunblock untuk mengelakkan cahaya matahari.
7. Kebanyakan pesakit adalah wanita

Walaupun pesakit lupus ini jarang-jarang berlaku, tetapi 90 peratus daripada pesakit ini adalah golongan wanita. Namun, belum ada penjelasan yang yang jelas tentang alasan kenapa wanita lebih banyak menderita penyakit ini.
Setelah difahami, rupa-rupanya penyakit yang dihidap oleh Selena Gomez ini agak serius juga. Untuk pengetahuan anda, beberapa selebriti lain Hollywood juga pernah menghidap penyakit ini, antaranya Kristen Johnson, Toni Braxton, Shannon Boxx dan Nick Cannon.
Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti gejala-gejala penyakit lupus ini.
Sumber: bintang.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Elak Kebuluran, Pemuda Di GAZA Bina Ladang Atas Bumbung Bantu Jiran

Konflik di Gaza bagaikan tiada berkesudahan, malah, lebih ramai penduduk di Gaza berkemungkinan mati akibat kebuluran berbanding peperangan.
ARTIKEL BERKAITAN : “Mana Suara Selebriti Lain? Takkan Diam Je?”, Macklemore Lantang Bersuara Isu Di Gaza
Berhadapan risiko kelaparan yang semakin meningkat di Gaza telah mendorong petani muda berpengalaman, Yousuf Abu Rabea, melakukan inisiatif untuk memulakan ladang di atas bumbung sambil mempersiapkan tanah pertanian yang rosak akibat perang.
“Sayur-sayuran, buah-buahan, daging, malah makanan dalam tin yang biasa kami terima sebagai bantuan kemanusiaan sudah habis,” kata lelaki berusia 24 tahun dari Beit Lahia di utara Gaza kepada Xinhua.

Usahanya dianggap berisiko tinggi kerana serangan udara yang tidak dijangka, kemarau, dan kekurangan baja akibat sekatan ketat Israel mengancam untuk memusnahkan segala usaha untuk menghasilkan sayur-sayuran bagi memberi makan kepada jiran-jiran yang kelaparan.
Rakyat Palestin yang terpaksa berpindah akibat konflik yang berterusan telah terbiasa hidup di bawah garis kemiskinan.
Elak Kelaparan
Titik tolak bagi Yousuf untuk meneruskan pertanian adalah apabila mengetahui bahawa tiga jirannya meninggal dunia akibat kelaparan.
Bimbang bahawa keluarganya juga akan menghadapi nasib yang sama, Yousuf mula membersihkan bumbung untuk mencipta petak pertama tanaman sebaik sahaja tentera Israel membenarkan dia dan penduduk lain yang berpindah kembali ke bandar mereka.

Tanah suai tani sama ada musnah dalam serangan atau diduduki oleh khemah yang menempatkan orang yang terpaksa berpindah. Sebanyak 63 peratus ladang tanaman tetap di Gaza telah rosak, menurut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai.
Lebih buruk lagi, wilayah pantai yang terkepung itu mengalami kekurangan air. Kira-kira 67 peratus kemudahan air dan sanitasi telah dimusnahkan atau rosak akibat aktiviti berkaitan konflik, menurut statistik PBB pada bulan Jun.
Benih Tanaman Mudah Tumbuh
Malah, benih yang boleh digunakan juga sukar didapati. Yousuf berkata dia menjelajah tanah yang ditinggalkan dan berjaya “mengumpul benih lada hijau, terung, selada air, dan tanaman lain yang cepat dan mudah tumbuh.”
Yousuf dan abangnya kemudian mengeringkan benih selama dua hari sebelum menanam semula. Kumpulan pertama anak benih sayuran mereka berjaya dan menggalakkan orang lain untuk menyertai dan memperluaskan skala kebun mereka.

“Kami kini sedang bersiap sedia untuk menanam beberapa sayuran musim panas untuk memastikan bekalan minimum produk pertanian untuk orang kami,” katanya.
Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Gaza meningkat kepada 38,983, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad.
Malnutrisi Penduduk Gaza Meningkat
Dua juta orang, hampir keseluruhan penduduk Gaza, mengalami tahap ketakjaminan makanan yang kritikal dan malnutrisi semakin meningkat, kata Program Makanan Sedunia (WFP) di platform media sosial X pada akhir Jun.
“Penduduk Gaza tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk terus hidup. Ramai daripada mereka tidur dalam keadaan lapar, hanya mendapat satu hidangan sehari jika mereka bernasib baik.
Kebuluran bukan sekadar mengenai makanan. Orang ramai memerlukan nutrisi. Mereka memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan. Mereka memerlukan air bersih, dan mereka memerlukan tempat perlindungan,” kata WFP.
Walaupun jika perang berakhir dengan segera, Yousuf berkata: “Kami tidak akan dapat kembali kepada kehidupan normal kami dengan cepat.”
Daripada duduk diam dan menunggu sumbangan tiba, bertani adalah seperti satu lagi usaha, menurut petani muda ini.
Kini dia menggalakkan petani lain untuk mengusahakan tanah mereka walaupun perang berterusan. “Ia akan berakhir lambat laun, jadi kami perlu bersiap sedia untuk hari itu,” katanya.
Terbaik inisiatif dan usaha petani muda ini dalam membantu jiran dan masyarakat di Gaza untuk teruskan hidup. Moga dipermudakan saudara seIslam kita disana!
BACA LAGI: Mimi Lana Risau, Berduka Fikirkan Penduduk Gaza Dalam Menyambut Bulan Ramadan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah Ditolak Pinjaman Konon Tak Bertahan Lama, Marrybrown Kini Miliki 500 Restoran Di Seluruh Dunia

Di sangka syarikat yang tiada harapan dan tidak akan mampu bertahan, kini Restoran MarryBrown menempa nama didunia dengan memiliki 500 restoran di 16 buah negara.
ARTIKEL BERKAITAN : Penangan MR DIY, Dari Kedai Kecil Perkakasan Rumah Kini ‘Terbang’ Ke Istanbul
Marrybrown pasti terlintas dalam fikiran korang yang sinonim dengan masyarakat di Malaysia. Siapa sangka bermodalkan wang simpanan, kegigihan dan kesabaran, kini jenama restoran makanan segera ini mampu ke pasaran luar negara.

Namun, di sebalik kejayaan yang ditempa pengusaha Marrybrown yang dekat di hati rakyat Malaysia, tidak ramai yang mengetahui kisah cabaran yang dihadapi ketika awal perniagaannya.
Baru-baru ini seorang pengguna di Twitter, Ricard Ker yang juga seorang pakar pemasaran digital di mana dia berkongsi tentang perjalanan Marrybrown sebelum berjaya membuka banyak cawangan di negara ini termasuklah di luar negara.
“You can open a shop today & close tomorrow.”
Banks rejected them when they applied for business loans.
But that didn’t stop them.
Today, they’re the largest home-grown fast food chain with over 500 restaurants in 16 countries.
Read the inspiring story of Marrybrown. 🇲🇾👇 pic.twitter.com/JEdLvDnSPf
— Richard Ker (@richardker) August 14, 2022
Menurut Ricard Ker, sewaktu syarikat Marrybrown cuba mendapatkan pinjaman wang daripada bank untuk melakukan perniagaan, permohonan mereka telah ditolak oleh bank, namun ia tidak menghalang syarikat ini dari terus berusaha untuk mengukir kejayaan.
Sudah 40 Tahun Menapak Di Malaysia
Jika anda memulakan peminat makanan segera Marrybrown, tahukah restoran makanan segera itu sudah ada di Malaysia sejak 1981.

Perniagaan Marrybrown dimiliki oleh pasangan usahawan Dato Lawrence Liew dan Datin Nancy Chan pada tahun 1981.Untuk pengetahuan korang, Datin Nancy Chan merupakan seorang pelajar yang cemerlang namun terpaksa menangguhkan pelajarannya kerana mengalami masalah kekurangan wang.
Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam bidang kejujurawatan dan bekerja sebagai jururawat selama enam tahun sebelum memulakan syarikat Marrybrown bersama suami tercinta iaitu Dato Lawrence.
Dikata tak boleh bertahan lama
When Marrybrown started many people said it won’t survive.
At that time, US fast-food chain selling fried chicken was already popular in Malaysia.
Using their savings & borrowed money from relatives & friends, the first branch was opened at Wong Ah Fook Street in Johor Bahru. pic.twitter.com/MVQyII8xYg
— Richard Ker (@richardker) August 14, 2022
Sewaktu syarikat Marrybrown dibangunkan, kebanyakan orang mengatakan bahawa perniagaan ini tidak akan bertahan. Ini kerana, rangkaian makanan segera dari Amerika Syarikat yang menjual ayam goreng sudah mula terkenal di Malaysia.
Guna wang simpanan buka cawangan pertama
Tetapi berbekalkan wang simpanan dan pinjaman daripada keluarga dan rakan-rakan, syarikat ini telah berjaya membuka cawangan pertamanya di Jalan Wong Ah Fook di Johor Bharu.
Malah, mereka memberi fokus kepada makanannya mengikut kepada citarasa penduduk tempatan. Selain mempunyai ayam goreng dan burger, mereka juga menawarkan sate, nasi goreng, nasi lemak, bubur nasi dan bermacam-macam lagi.
Pada tahun 1986, mereka kemudian telah diperakui oleh kerajaan sebagai perusahaan Food and Beverage (F&B) tempatan yang pertama di Malaysia, di mana ia merupakan satu inisiatif yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.
Beri ‘Halal Quick Service’ yang terbesar di dunia
Ini kerana Marrybrown adalah sebuah syarikat buatan Malaysia untuk dunia, ini kerana selepas 41 tahun mereka kini merupakan restoran makanan segera yang memberikan ‘Halal Quick Service’ yang terbesar di dunia.
Joshua Liew is now the CEO of Marrybrown.
He’s the son of Dato Lawrence & Datin Nancy.
Joshua said being a halal Malaysian brand helps the them convince master franchisees.
This is true especially in the Middle East as they are more comfortable dealing with Malaysians. pic.twitter.com/uZCxSvyf4I
— Richard Ker (@richardker) August 14, 2022
Lebih menarik lagi, kisah kejayaan mereka ini menjadi satu inspirasi yang hebat untuk rakyat Malaysia berjaya bukan hanya di peringkat tempatan tetapi termasuklah diperingkat global.
Ingat, jika kita betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi seperti kisah Restoran MarryBrown ini.
BACA : Tak Pernah Ke Universiti Dan Tak Ada Kerja Di Usia 18 Tahun, Kini Jutawan Muda Pemilik OYO Hotel!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

