
GSC Movies dengan bangganya membawakan filem komedi-drama Indonesia, Tunggu Aku Sukses Nanti ke pawagam Malaysia bermula 16 April 2026. Naskhah arahan Naya Anindita ini mengetengahkan kisah yang dekat dengan realiti kehidupan termasuk tekanan keluarga, pencarian arah hidup serta makna sebenar kejayaan.
Diterajui oleh Ardhit Erwandha bersama barisan pelakon seperti Lulu Tobing, Afgansyah Reza, Ariyo Wahab, Adzana Ashel dan Fita Anggriani Ilham, filem ini mengisahkan perjalanan seorang anak muda yang bergelut untuk membuktikan dirinya di tengah ekspektasi keluarga dan masyarakat.
Dengan gabungan elemen humor dan emosi, ia tampil sebagai sebuah naskhah yang sangat dekat dengan penonton di Malaysia dan mampu menyentuh hati.
Nama Naya Anindita bukanlah asing dalam industri perfileman Indonesia. Selepas kejayaan filem Komang, beliau sekali lagi membuktikan keupayaannya mengolah isu kehidupan dengan pendekatan yang ringan tetapi penuh makna.
Gaya penceritaan yang menggabungkan elemen drama dan komedi menjadikan kisah berat terasa lebih dekat dan mudah dihayati oleh penonton pelbagai latar belakang.
Menariknya, sejak ditayangkan di Indonesia, filem ini berjaya menghampiri lebih 3 juta penonton dalam tempoh singkat, satu pencapaian yang mencerminkan sambutan hangat serta kekuatan jalan ceritanya.
Malam gala tayangan perdana filem ini berlangsung meriah di GSC Mid Valley Megamall dengan kehadiran istimewa Afgansyah Reza dan pengarahnya, Naya Anindita.
Kedua-dua mereka turut meluangkan masa berinteraksi bersama peminat dan pihak media yang hadir, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan acara tersebut.
Turut memeriahkan malam gala ialah kehadiran tetamu kehormat, Raden Dato’ Mohammad Hascarya Kusumo, Duta Besar Republik Indonesia.
Menurut
Naya Anindita, filem ini merupakan cerminan kepada kehidupannya sendiri serta realiti budaya masyarakat Indonesia.Beliau berkata demikian ketika malam gala tayangan perdana yang berlangsung di GSC Mid Valley semalam bersama Afgansyah Reza, sambil menjelaskan bahawa jalan cerita tersebut diilhamkan daripada pengalaman seharian.
“Saya melihatnya dalam keluarga saya, saya juga melihatnya dalam kebanyakan keluarga besar saya.
“Apabila saya berbual dengan rakan-rakan, kami mempunyai ‘peraturan tidak bertulis’ yang sama, iaitu perkara yang tidak pernah kami bincangkan.
“Saya merasakan sangat penting untuk mengangkat isu ini dan membincangkannya. Saya berharap filem ini akan membawa perubahan,” katanya pada sidang media.
Filem ini diterbitkan oleh Rapi Films, Screenplay Films dan Legacy Pictures, serta diedarkan di Malaysia oleh GSC Movies bersama Suraya Filem.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Tunggu Aku Sukses Nanti di pawagam berhampiran anda bermula 16 April 2026.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.