Di saat seorang ayah memerlukan kerusi roda kerana kedua belah kakinya dipotong, seorang anak sanggup menjual kerusi roda berkenaan semata-mata untuk membeli dadah.
Dalam satu perkongsian oleh Kuan Chee Heng atau popular dengan panggilan Uncle Kentang, aktivis masyarakat ini berkongsi satu kisah yang amat pedih untuk diterima tetapi ia satu realiti yang terjadi dalam masyarakat.
Mungkin geram dengan perlakuan anak kepada lelaki berkenaan yang mesra disapa Daud berasal dari Melaka, Uncle Kentang memuat naik post berbeza beberapa kali tapi masih merujuk kisah yang sama.
Kisah bermula apabila Uncle Kentang memaklumkan pihak mereka telah berjaya membantu seorang OKU yang ketiadaan kaki sebuah kerusi roda elektrik yang boleh digunakan untuk mencari rezeki. Malah ia sebuah kerusi roda elektrik yang telah ditunggu selama 10 tahun berbanding menolak menggunakan tangan. Semasa penyerahan kerusi roda tersebut, ia turut disertakan resit pembelian dan alamat kedai bagi memudahkan anak gadis kepada Daud menghantar ke kedai berkenaan jika kerusi roda itu rosak atau ada masalah teknikal lain.
Ads
Tapi malangnya akibat dadah dan pengaruh kekasih, baru dua bulan bapanya mengguna pakai di mana bapanya amat gembira kerana lebih mudah bergerak, anak gadisnya telah menjual kerusi roda elektrik itu ke sebuah kedai Cash Converter dengan memberi alasan bapa ada dua buah dan tak perlukan yang satu itu dengan bantuan kekasihnya yang sama-sama menagih dadah. Lebih kejam lagi apabila duit hasil jualan RM1500 itu digunakan untuk membeli dadah.
Pergh…memang betul-betul anak tanggang moden sungguh.
Apa yang membuat Uncle Kentang dan orang ramai naik marah, apabila anak perempuan Daud awalnya membuat cerita tipu berikutan kerusi elektrik berkenaan hinggalah pasukan Uncle Kentang berjaya mengesan di mana kerusi roda tersebut sebelum ditebus semula oleh Uncle pada harga RM1500 (maklumat di mana kerusi roda berkenaan berada, Uncle Kentang dapat dari geng menghisap juga yang membocorkan maklumat tersebut).
Ads
Ikutkan dari perkongsian Uncle Kentang lagi, dia boleh membuat laporan polis dan anak gadis serta kekasihnya ditangkap kerana dadah, tapi ketika berbual dengan Daud yang ketika itu sudah memperoleh kerusinya semula, Uncle Kentang memahami apabila Daud berkata itulah satu-satu anak tunggalnya.
So korang fahamlah ya bagaimana hati seorang ayah. Masih ada belas kasihan pada anak walau anak punyalah serakah perangainya akibat dadah.
Ads
Tapi satu ikrar dari Uncle yang kami di REMAJA salute.
MENGAPA AKU TAK BUAT REPOT POLIS BAGI PIHAK DAUD?
AKU JUGA SEORANG AYAH…. AKU MENGERTI. Mana ada ayah nak burukkan anak. Kalau tak sahih anak buat salah, Daud berpesan dalam bisikan. Anak aku seorang aja. Aku faham maksud beliau. Kasih sayang bapa kepada anak. Tak pernah luntur. Saya kalau nak cekup anak Daud cukup mudah tapi ayat ayah dia saya faham. Buat saya hiba. Terkenang arwah ayah saya sendiri. Aku pesan dengan DAUD… TIADA ORANG BOLEH BULI KAU DARI HARI INI KERANA AKU TAK AKAN BIARKAN SESIAPA BERBUAT DEMIKIAN, AKAN AKU LINDUNGI MU SEPANJANG HAYAT SAYA. Aku bukan hero tapi aku ada cara aku berbuat demikian.
Ini kata-katanya. Harap kita semua ada hati yang ikhlas juga membantu orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem Kuntilanak kembali semula menghantui di pawagam. Masih lagi berkisarkan mengenai lima adik-beradik angkat iaitu Dinda, Kresna, Panji, Miko dan Ambar yang kini meneruskan kehidupan seperti biasa setelah berjaya menumpaskan Kuntilanak di filem pertama yang keluar tahun lalu.
Bagaimanapun, ketenangan mereka sekali lagi terganggu apabila muncul seorang wanita bernama ibu Karmila yang mengakui dirinya adalah ibu kandung Dinda membuatkan perasaannya membuak-buak ingin mengetahui siapakan dirinya sendiri.
Susulan itu, ibu angkatnya iaitu ibu Dona dengan berat hati melepaskan Dinda pergi melawat rumah ibu kandungnya yang terletak jauh di dalam hutan. Turut sama ikut adalah adik-beradik angkatnya serta anak bongsu ibu Dona iaitu Julia dan kekasihnya, Edwin.
Semua kisah seram bermula semasa mereka berada di dalam rumah tersebut yang juga sebenarnya adalah sarang Kuntilanak.
Rupanya-rupanya, ada sebab mengapa Dinda menjadi target untuk Kuntilanak kali ini kerana ada kaitan dengan salasilah keluarganya.
Seram Betul!
Sepanjang 90 minit filem ditayangkan sememangnya penonton disajikan dengan elemen-elemen seram yang mampu membuatkan korang semua meremang. Ada juga babak yang membuatkan satu panggung terjerit ketakutan tau!
Elemen Kekeluargaan
Masih mengekalkan elemen sama seperti filem pertama iaitu kekeluargaan, penonton dapat melihat bagaimana nilai-nilai keluarga itu jelas di dalam Kuntilanak 2 ini.
Ada satu babak di mana, si kecil Ambar berasa cemburu melihat Dinda bertemu dengan ibu kandungnya dan risau sekiranya dia akan kehilangan kakak jika Dinda memilih untuk tinggal bersama ibu Karmila.
Selain itu, dalam babak awal juga kelihatan ibu Dona memarahi yang lain kerana lalai menjaga Ambar ketika ke fun fair namun sempat menasihati mereka betapa pentingnya untuk mereka menjaga sesama sendiri.
Di samping itu, kata-kata terakhir di dalam filem Kuntilanak 2 ini juga turut merujuk kepada elemen kekeluargaan. Kalau nak tahu apa dia, kenalah tonton.
Apa-apapun, Kuntilanak 2 ini sememangnya menghiburkan! Walaupun disajikan dengan elemen seram, namun terselit juga aksi-aksi lucu kanak-kanak itu dalam berdepan dengan mahkluk tersebut.
Syabas diucapkan kepada para pelakon dan juga pengarah filem, Rizal Mantovani!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini di pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah memperkenalkan program SAVE 2.0 yang membabitkan pemberian e-Rebat Rm200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan.
Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan bagi program terbabit dan dijangka bakal memanfaatkan 140,000 isi rumah.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, program ini diperkenalkan dalam usaha kerajaan memulihara alam sekitar.
Program SAVE 2.0 ini adalah sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Ia merupakan usahasama bersama Shopee.
Ha, maksudnya korang hanya boleh menggunakan baucar ini untuk membeli penyaman udara dan peti sejuk sahaja di Shopee.
Tapi, tak kisahlah kan. Rezeki juga ni. hiks!
Walau bagaimanapun, ada syarat yang telah ditetapkan dan antaranya adalah seperti berikut:
• Warganegara Malaysia
• Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utility elektrik seperti TNB, SESB, SEB
• Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021
• 1 akaun bil, 1 akaun e-Rebat dan first come, first serve basis
Gambar hiasan
Kuota e-Rebat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kuota untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk mengimbangi jumlah pengguna di kawasan strategik seperti di Lembah Klang dan bandar-bandar besar yang mempunyai kuasa membeli lebih besar berbanding kawasan luar bandar.
Nah, apa kata korang daftar dulu disini, dan mana tahu ada rezeki kan?
Berbaloi juga bantuan ni. RM200 tu besar jumlahnya. Semoga dengan program yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Malaysia dapat membeli keperluan di rumah.
Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan isu politik apabila Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir meletakkan jawatannya sebagai pemimpin negara hari ini, selain mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Bersatu Pribumi (BERSATU).
Tengah kita sibuk dengan isu panas politik Malaysia, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan pula sempat berkongsikan resepi terkininya di laman Twitter.
Memang rileks!
Tapi sebelum ini juga, DS Ahmad Maslan yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) rajin berkongsikan resepi-resepi menarik menerusi laman Twitter rasmi miliknya.
Kali ini, DS Ahmad Maslan sempat berkongsikan resepi yang dinamakan ‘Roti Wholemeal Gardenia Goreng’ ini sesuai dimakan untuk sarapan dan juga pada hari petang.
Hanya menggunakan bahan-bahan mudah, di bawah adalah perkongsian penuh dari DS Ahmad Maslan:
Sarapan simple sedia sendiri.
Roti wholemeal Gardenia goreng dengan telur campur sos cili (french toast?).
Tumis ikan bilis mata biru Kimanis, udang kering, bawang merah, bawang putih, lada merah, sikit garam, sikit minyak sawit.
Dimakan bersama air kosong panas atau sejuk. Ok jugak.
Ternyata posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi yang mana rata-rata terhibur dengan tindakan Ahli Parlimen Pontian itu
Ada yang memuji ketenangan beliau di kala topik politik sedang hangat diperbualkan, ada juga yang meminta beliau membuat buku resepinya sendiri.
Berikut adalah antara komen menarik dari warganet
Bukan semua orang dikurniakan sifat tenang ini, so korang semua jom kitea rileks sambil try resepi yang dikongsikan oleh DS Ahmad Maslan ni. Nampak menarik!
Kisah inspirasi kejayaan keputusan SPM 8A Ariana Deena yang membuktikan kekuatan doa, usaha keras, dan sokongan keluarga mampu mengubah cabaran menjadi kejayaan luar biasa.