Mengejarkan Umrah dan Haji impian bagi setiap seorang Muslim. Peluang sebegini once in a life time, jika rezeki dapat pergi Tanah Haram merupakan suatu imbasan kehidupan sebagai seorang insan kerdil yang menumpang kesenangan dibumi. Menziarahi makam Nabi tercinta Nabi Muhammad S.A.W dan melihat keindahan, kebesaran rumah Allah S.W.T, Kabaah.
Namun, dalam membuat persiapan dari segi pengetahuan, amalan, dokumen, kesihatan dan keselamatan, jangan dilupa persediaan dari segi kelengkapan penjagaan peribadi. Jangan la sampai naik kering kulit badan terutamanya orang Malaysia yang tak biasa macam kita ni. Bibir tak usah cakaplah, dah macam bibir orang panjat gunung Everest!
Sekarang tak perlu susah-susah, bawa je set travel Umrah dan Haji dari Tanamera yang baru dilancarkan ini.
Semburan Air Suling Untuk Wudhu Tanamera
Adakalanya wuduk mudah terbatal kerana kita tidak terkecuali akan bersentuhan dengan yang bukan muhrim kerana mereka yang bermazhab lain itu tidak peduli dengan kita dan akan terus melanggar kita baik secara sengaja atau tidak… biarpun sewaktu di dalam masjid.
Ads
Semburan Air Suling Tanamera adalah cara termudah untuk bersuci sebelum menunaikan solat. Dipek berdasarkan syarat sah wudhu, gunakan semburan ini tanpa was-was agar mudah bersolat di mana jua pada bila-bila masa.
Semburan Pembasmi Kuman Tanamera
Lindungi diri daripada kuman serta sebarang jangkitan semasa menjalani Haji atau Umrah dengan pembasmi kuman ini yang diformulasi dengan gabungan hebat ekstrak pokok teh, minyak pati lavender dan perak koloid. Ujian menunjukkan ia terbukti berkesan sehingga 99.9% dalam masa beberapa saat sahaja selepas semburan.
Pembersih 3 in 1 Tanamera
Ads
Bila perlu bersiap dengan segera, pembersih semua dalam satu untuk muka, badan dan rambut ini amat membantu. Tanpa sebarang bahan kimia keras seperti Sodium Laureth Sulfate atau Aluminium Laureth Sulfate, pembersih ini berasaskan tumbuhan 100% dengan bahan kandungan termasuk teh hijau dan kola gotu .
Krim Pelembut Kulit Tanamera
Dengan iklim padang pasir yang panas di waktu siang dan sejuk menusuk dengan tiupan angin dingin di waktu malam, kulit pasti menjadi kering. Sapukan krim pelembut dengan kerap agar kulit kekal lembap. Diperkaya dengan lepa avokado dan minyak kelapa dara, krim pelembut ini melegakan kulit kering terutama di bahagian tangan dan buku lali kaki.
Salap Bibir Green Kisses Tanamera (12ml) Lindungi bibir daripada kering, rekah dan luka dengan salap bibir Green Kisses Tanamera yang melembapkan. Rawatan jelly ini berasaskan sayuran 100% dan mudah digunakan pada bila-bila masa.
Kalau korang nak tahu, Set Kembara Haji dan Umrah Tanamera ini boleh digunakan tanpa was-was kerana kesemua produknya disahkan 100% halal, 100% semulajadi dan tidak mengandungi pewangi.
Jadi kalau korang nak ke Tanah Suci pastikan membawa set ini, sangat mudah dan paling penting ia direka berdasarkan syarat-syarat sah Haji dan Umrah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Viral di media sosial tentang penggunaan ‘health tag’ yang mengandungi bahan kimia Chlorine Dioxide dan dikatakan mampu menghapuskan virus dan bakteria dalam radius 1 meter daripada si pemakainya. Ia juga dikatakan mampu bertahan selama 45 hari.
Namun begitu, keberkesanan produk ini telah pun mendapat penafian daripada Pusat Racun Negara yang mengesahkan bahawa satu kajian khusus tentang keberkesanan produk seumpama itu telah dijalankan dan diterbitkan melalui artikel Hidekazu NISHIMURA, Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim to Release Chlorine Dioxide. Japanese Journal of Environmental Infections 32(4):222-226. July 2017.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa:
1. Tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku
2. Gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung
Kajian ini juga jelas menunjukkan pemakaian ‘health tag’ adalah TIDAK BERKESAN untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada apatah lagi COVID-19.
Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah. Lebih membimbangkan lagi, kepercayaan terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.
Akibatnya, masyarakat akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakan sosial.
Oleh itu, korang jangan percaya jika terlihat mana-mana penjual yang menjual produk ini secara online atau pun di kedai-kedai kerana ia sama sekali tidak membantu menjauhkan korang daripada virus COVID-19.
Sampaikan berita ini kepada keluarga dan insan tersayang agar mereka lebih peka dan tidak terpedaya.
Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, baru-baru ini mencuri perhatian dunia fesyen antarabangsa dengan kehadirannya di Milan & Paris Fashion Week FW25.
Hael tampil dengan gaya penuh karisma di pertunjukan fesyen jenama mewah seperti Dolce & Gabbana, Emporio Armani, Zegna, Amiri dan Kenzo. Ini merupakan kali keempat figura ini dijemput secara eksklusif ke pertunjukan fesyen di Eropah.
Pelantun lagu Jampi itu memulakan pengembaraan fesyennya di Milan dengan menghadiri pertunjukan Dolce & Gabbana, di mana dia tampil dengan rekaan elegan dan berani. Hael juga dilihat bergaul mesra dengan selebriti terkenal Korea seperti Jung Hae-in dan Nam Yoon-su, mencuri perhatian peminat fesyen global.
Seterusnya, Hael menghadiri pertunjukan Emporio Armani dan bertemu dengan pereka fesyen legenda, Giorgio Armani. Hael meluahkan rasa kagumnya, menyifatkan pengalaman bertemu dengan Giorgio sebagai satu pengalaman yang tidak ternilai.
Di pertunjukan fesyen Zegna, Hael turut berpeluang bertemu pelakon Hollywood terkenal, Mads Mikkelsen, sekali lagi menyerlahkan karismanya dalam dunia fesyen antarabangsa.
Hael kemudiannya meneruskan perjalanan fesyennya di Paris dengan menghadiri pertunjukan jenama mewah Amiri, di mana dia bergambar bersama personaliti ternama seperti Ed Westwick dan Sunwoo. Di pertunjukan fesyen Kenzo, Hael turut menarik perhatian dengan gaya uniknya, duduk sebaris dengan ikon fesyen Filipina, Heart Evangelista, dan rapper NLE Choppa.
Selain berbakat dalam bidang muzik, Hael kini semakin dikenali sebagai ikon fesyen. Kehadirannya di Milan & Paris Fashion Week FW25 bukan sahaja menarik perhatian media fesyen, tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi muda untuk tampil berkeyakinan. Hael menekankan bahawa ini bukan sahaja mengenai penampilan, tetapi juga tentang memperkenalkan bakat Malaysia ke peringkat dunia.
Di samping itu, Hael juga sibuk membuat persiapan untuk Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), dengan perancangannya kini mencapai tahap 70% siap. Hael berharap dapat memberikan persembahan yang penuh makna dan ikhlas untuk peminatnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang tak kisah bila kucing datang bermanja dan menjilat tubuh kita. Rasa sayang yang tumpah ke atas makhluk ini membuatkan kita beranggapan, tiada apa yang berbahaya bila kucing menjilat dan sesekali mencakar tubuh kita hingga luka dan calar sedikit.
Seandainya korang antara yang pernah dicakar kucing atau kucing ada menjilat tubuh kita yang kebetulan ada luka di atasnya, sila tahu risiko dan bahaya yang dihadapi ini ya.
Ramai beranggapan jilatan kucing tanda haiwan ini menyayangi diri tuanya. Tapi harus diingat, air liurnya yang sudah dicemari bakteria sekaligus membahayakan manusia.
Menurut fb Puclic Health Malaysia, bagi pencinta kucing, ini risiko perlu tahu andai kita terluka dicakar kucing.
Kucing adalah pembawa sejenis bakteria yang dinamakan Bartonella henselae. Kajian menunjukkan 40% kucing pernah dijangkiti dengan bakteria ini.
Apabila kucing menjilat luka atau mencakar anda, air liur kucing yang dicemari dengan bakteria ini boleh masuk ke tubuh anda lalu menyebabkan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Cat Scratch Fever.
Dalam tempoh 3 hari -14 hari, luka akan kelihatan merah, bengkak dan panas. Ia mungkin bernanah dan menyakitkan.
Kelenjar di kawasan luka akan membengkak dan anda mungkin ada demam sehingga mengigil, merasa lemah, hilang selera makan dan sakit kepala.
Dalam kes yang lebih serius (jarang berlaku), jangkitan ini boleh mengakibatkan jangkitan organ lain seperti mata, otak dan jantung. Kanak kanak dan golongan yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah adalah golongan berisiko tinggi.Di US, setiap tahun 15 ribu individu di jangkiti dengan penyakit ini.
Bahaya air liur kucing namun ramai antara kita tidak beranggapan begitu kerana begitu sayangkan binatang ini
Sekiranya anda mempunyai sebarang luka , elakkan dari di jilat kucing. Jika anda di cakar kucing pastikan luka di basuh segera dengan air sabun.Dapatkan pemeriksaan segera jika luka melarat.
Sekarang anda tahu mengapa mata Fury menjadi buta walaupun hanya dicakar kucing?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
mencipta kejayaan membanggakan dengan meraih tempat ketiga Miss World Asia 2026, Taanusiya Chetty kini bersedia membuka langkah baharu dalam dunia hiburan.
Pemilik nama penuh Taanusiya...