Ramai yang sudah merindui untuk merentas negeri kerana sudah terlalu lama rakyat Malaysia ‘terkurung’ di rumah akibat perintah kawalan pergerakan yang diarahkan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.
Jangankan ke luar negeri, nak merentas daerah pun masih lagi belum dibenarkan dan kerana itu ramai yang telah ‘memendam’ rindu untuk berjalan-jalan di seluruh Malaysia.
Tambah pula dengan video yang tular di media sosial, seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai Pakya Begon telah pun memuat naik sebuah video yang menunjukkan keadaan terkini di Cameron Highland.
Menerusi video Tik Toknya itu, Pakya Begon merakamkan keadaan di Brinchang yang kelihatannya berkabus tebal dan sudah tentu cuacanya sangat sejuk. Video itu menerima hampir 180 ribu tontonan (ketika artikel ini ditulis) dan telah membuatkan ramai yang cemburu melihat situasi tenang di Cameron Highland.
Rata-rata meninggalkan komen rindu dengan Cameron Highland dan tidak sabar untuk ke sana selepas dibenarkan merentas negeri nanti.
Ads
Ads
Malah, Pakya Begon turut berkongsi bahawa peniaga-peniaga di Cameron Highlands terkesan teruk kerana lebih setahun lumpuh akibat COVID-19.
Ads
Menurut ramalan kaji cuaca daripada laman web mdcameron.gov.my, cuaca di Cameron Highland kini mencecah antara 15 hingga 20 darjah Celsius. Wah, sejuknya! Makin rindu nak ke sana lagi.
Semoga wabak pandemik ini cepat-cepat berakhir dan kita boleh bergerak bebas seperti sedia kala lagi.
Nampaknya apa yang disuarakan netizen meminta Polis Di Raja Malaysia tidak mengamalkan double standard dalam menyaman individu yang gagal mematuhi penjarakan sosial benar-benar menjadi kenyataan.
Sejak pagi lagi dapat dilihat ratusan penyokong setia bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak berkumpul di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta bagi memberi sokongan kepada beliau yang menghadapi tuduhan menyalahguna wang SRC sebanyak RM42 juta.
Dapat dilihat orang ramai berkumpul hinggakan warganet memberi pelbagai komen termasuk menyuarakan kenapa SOP pematuhan penjarakan sosial gagal dipatuhi. Ada penyokong dilihat memakai pelitup muka dan ramai yang tidak mengenakannya. Malah ramai menyuarakan kebimbangan andai kluster Bossku, ada disebut kluster Najib, ada memanggilnya kluster mahkamah juga (dan lain-lain panggilan lagi) berlakunya penularan wabak COVID-19.
Memetik tembual Malaysian Gazatte bersama Timbalan Pengarah Siasatan dan Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan, para penyokongan DS Najib termasuk beberapa Ahli Parlimen yang berkumpul di hadapan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, di sini akan dikenakan kompaun kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) akibat gagal mengamalkan penjarakan sosial.
Jelas beliau, arahan telah dikeluarkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.
“Saya telah arah JSJ KL untuk ambil tindakan tawarkan kompaun di bawah Peraturan 3 Aktiviti Terlarang Akta 342 atau Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020.
“Aktiviti yang melibatkan kehadiran ramai dan jelas menyukarkan penjarakan sosial serta Pematuhan SOP yang disarankan Ketua Pengarah KKM mengikut Akta 342,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi pagi tadi.
Apapun DS Najib telah pun didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan dihadapinya. Yang pasti, ratusan penyokongnya juga akan menerima surat saman dari PDRM berikutan berkumpul tanpa mematuhi penjarakan sosial ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tidak pernah sunyi dari dikunjungi puluhan ribu pengunjung yang akan memenuhinya setiap saat melakukan amal ibadat.
Namun sejak 27 Februari lalu di mana Arab Saudi telah menggantung visa mengerjakan umrah bagi mengelak penularan wabak Covid-19 yang telah meragut ribuan nyawa selain sudah merebak ke puluhan negara, ternyata masjid-masjid yang amat dirindui oleh umat Islam ini mulai sepi dari kunjungan orang ramai. Sesuatu yang amat jarang kelihatan.
Semalam, perkongsian Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui Twitter haramain membawa khabar gembira buat seluruh umat Islam.
Menurutnya, dua masjid suci umat Islam iaitu Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka tidak lama lagi selepas situasi COVID-19 ditangani.
“Saya bawa khabar gembira kepada umat Islam yang keadaan akan kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi.
“Dua masjid suci akan dibuka untuk Tawaaf dan solat serta ziarah kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
“Atas dasar ini, kita tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci kerana semua langkah diambil adalah untuk kebaikan kita,” kata Sheikh Sudais.
Imam Besar Masjidil Haram itu turut meminta umat Islam mendoakan agar situasi pandemik global ini cepat berakhir.
“Sekali lagi, kami menyeru umat Islam berdoa agar pandemik ini selesai, berdoa kepada kebaikan pemimpin (penjaga dua masjid suci) dan menerima apa dilakukan ini adalah yang terbaik. Semoga Allah melindungi mereka,” katanya.
Rata-rata netizen gembira, bersyukur dengan perkhabaran ini dan berharap dapat menunaikan haji.
Arab Saudi sebelum ini menggantung sementara solat Tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah bagi mengekang penularan COVID-19. Ia juga menggantung ibadah umrah akibat wabak itu.
Moga umat Islam dapat bersabar dengan ujian yang melanda kita semua ini.
Sejak semalam di fb Ustaz Ebit Lew, dengan penuh keikhlasan hati serta tangisannya, beliau berjaya mendapatkan sebuah rumah sewa untuk diduduki oleh seorang lelaki tua, Pak Ad yang terbaring lumpuh bersama cucu-cucunya. Rumah yang diduduki sebelum ini agak uzur dan tidak sesuai diduduki.
Kejujurannya membantu keluarga ini dapat dilihat kerana Ustaz Ebit Lew bersungguh-sungguh mencari sebiji rumah, membaiki masalah pendawaian dan air malah Ustaz Ebit akan membayarkan sewa rumah itu selagi dirinya bernyawa. Allah, besar sungguh pengorbanan Ustaz dan moga Allah membalasnya dengan syurga.
Malah beliau turut berkongsi kisah cucu-cucu Pak Ad ini begitu gembira berpindah ke rumah baru, mahu belajar solat dan lain lagi.
Namun di sebalik perkongsian dari Ustaz Ebit Lew timbul satu kenyataan dari seorang pengguna fb atas nama Mohd Ruslin Abdullah yang berkongsi bahawa keluarga pakcik lumpuh itu sebenarnya ada menerima bantuan termasuk dari Lembaga Zakat Kedah.
Dalam perkongsiannya, timbul dakwaan bahawa segala perabot di dalam rumah disediakan sebelum ini habis dijual?
Bagi REMAJA, dunia melahirkan pelbagai kisah kejadian yang boleh kita jadikan iktibar bersama-sama. Ada yang memang susah dan wajar dibantu. Ada yang sengaja buat-buat susah semata-mata nak terima bantuan dan ada lebih teruk, memang kehidupan mereka susah tapi mereka sendiri “susah” nak berubah dan hanya mengharapkan bantuan orang. Tapi dalam ramai manusia, Allah hadirkan lebih ramai orang baik untuk kita saling bantu membantu tak kisahlah apa kisah belakang mereka. Kita yang berkemampuan wajib membantu orang susah dan doakan agar kehidupan mereka berubah. Tapi apa paling penting adalah niat perbuatan kita. Biarlah ianya kerana Allah taala dan Allah yang menilainya.
Baca perkongsian diberikan khas untuk Ustaz Ebit Lew ini.
Duhai Ustaz Ebit..
(EXCO kerajaan kedah ada tu)📢📢📢📢📢
Kami tahu tujuan tuan baik dan ikhlas. Besar ganjarannya membela nasib mereka yang susah dan miskin.
Ustaz..
Ustaz hadir ke kampung kami tanpa tanya kami. Tanpa selidik cerita Pak Aq dan anak-anaknya ni. Sekarang kami difitnah netizen satu Malaysia. Penduduk kena fitnah, masjid kena fitnah, Zakat Kedah kena fitnah, Kerajaan kena fitnah, Tuan Tanah pun kena fitnah angkara kuasa viral sebelah pihak.
Kami tau Ustaz punya pengikut yang ramai tapi timbulkan fitnah itu adalah perkara baik? Jahatkah kami sampai biar mereka ini sampai hidup dalam sampah.
Ustaz… kami semua tak biarlah mereka hidup mcm tu. Tapi Ustaz, bukan kami saja bantu mereka tapi mereka juga perlu bantu diri mereka.
Ustaz …
Berapa banyak lagi perabot, tilam, bantal, dapur gas, tong gas dan barang makanan yang perlu kami bagi tapi habis hilang😢..
Berapa wang dan rumah lagi perlu tuan tanah bagi pada mereka. Bagi duit, bagi rumah sebuah tapi tak nak. Nak dua buah rumah. Kesian tuan tanah tu Ustaz.
Kerajaan, Lembaga Zakat nak bagi rumah tapi kenapa anak-anak Pak Aq ni tak mau hadir jumpa? Takut apa? Kerajaan nak bagi tempat tinggal. Bukan nak bawa ke balai polis Ustaz.
Baguslah kalau Ustaz dapat pujuk Pak Aq dan anak-anak cucu dia pindah rumah tapi pesan- pesanlah jangan jual lagi perabot dan apa jual sumbangan orang ramai.
Duhai Ustaz, kami penduduk Kedah dan semua orang-orang kampung redha kena fitnah dan caci maki pengikut Ustaz tapi kami tak akan buka aib keluarga ni.
Terima kasih Ustaz atas bantuan pada Pak Aq dan anak2 cucu dia. Moga mereka berubah. Dan Ustaz, gunalah populariti Ustaz ke arah kebaikan bukan timbul fitnah pada orang lain.
Moga Allah merahmati amin amin yarabbalamin.
Saya minta maaf jika terkasar bahasa.
Allah sayang kita semua.
Cuba Baca Komen-komen Di bawah…
Betul kan‼️
Moga Allah merahmati ..
09.54 malam
20 April 2020
Alor Setar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!