Gaya Hidup

Trump Isytihar Perang Di Gaza Dah Berakhir -“People Are Tired Of It”

Share

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji peranan aktif Turkiye dalam usaha mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Beliau turut menyifatkan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, sebagai seorang pemimpin yang hebat serta menekankan pengaruh besar Ankara di rantau Asia Barat.

“Turkiye juga hebat. Presiden Erdogan hebat. Beliau benar-benar banyak membantu dan beliau sangat dihormati.

“Beliau mempunyai negara yang sangat kuat, tentera yang sangat, sangat kuat. Dan beliau banyak membantu,” kata Trump kepada pemberita dalam perjalanan ke Asia Barat menjelang persidangan damai antarabangsa mengenai gencatan senjata Gaza.

Selain Turkiye, Trump turut menyenaraikan beberapa negara lain yang menurutnya memainkan peranan penting dalam rundingan gencatan senjata tersebut, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Arab Saudi, Indonesia dan Jordan.

Bercakap kepada pemberita di dalam pesawat Air Force One, Trump menepis kebimbangan mengenai kesepakatan antara Israel dan Hamas.

“Perang sudah tamat. Okay? Anda faham?” katanya ketika ditanya mengenai keyakinannya terhadap konflik tersebut.

“Saya fikir ia akan bertahan. Saya rasa orang ramai sudah bosan dengannya. Sudah berabad-abad (tempoh konflik).”

Kenyataan ini dibuat ketika beliau dalam perjalanan ke Israel, di mana beliau dijangka bertemu dengan keluarga tebusan serta berucap di Knesset (parlimen Israel).

Selepas itu, Trump akan meneruskan lawatan ke Sharm el-Sheikh, Mesir untuk menyertai beberapa pemimpin dunia di Sidang Kemuncak Keamanan Sharm el-Sheikh yang berlangsung hari ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath