Travis Scott Deactivate IG Sebab Kostum Batman Halloween Jadi Bahan Lawak Netizen?

Share

Rupanya bukan sahaja Malaysia, selebriti Hollywood juga tidak terlepas mendapat kecaman dan menjadi ‘bahan lawak’ netizen sehingga membuatkan mereka stress dan tertekan.

Terbaru, Travis Scott yang merupakan seorang rapper dikenali ramai telah mendapat kecaman netizen apabila dia memuat naik gambar mengenakan kostum Batman sempena Halloween.

Lebih mencuit hati lagi apabila netizen menyamakan kostum Batmannya itu seperti lipas kerana berwarna coklat.

Hm, semua sedia maklum Batman kan berwarna hitam, jadi mungkin kerana itu ada yang ‘membahan’ rapper tersebut dengan menyamakannya dengan lipas. Hiks!

Ekoran daripada itu, Traviss dikhabarkan telah deactivate akaun Instagramnya pada 1 November lalu akibat menerima komen-komen yang keterlaluan.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah sebahagian daripada petanda yang dia akan mengeluarkan lagu terbaru. Hm, lebih kurang macam cari publisiti la. Hehe!

Tak kisahlah sama ada publisiti nak keluar lagu baru atau memang benar-benar terkesan dengan komen netizen, perkara ini juga perlu diambil serius kerana ia merupakan satu jenayah buli siber. Individu yang mengalami situasi ini boleh tertekan dan menjatuhkan semangat mereka.

Jadi, elakkan memberikan komen keterlaluan tidak kisahlah sama ada pada golongan selebriti mahu pun kenalan-kenalan korang.

Sumber: businessinsider.in, Twitter

IKLAN