Malang tidak berbau, itulah perumpamaan yang boleh kita gambarkan dengan kes sambutan Hari Halloween tahun ini menjadi satu peristiwa hitam buat rakyat Korea Selatan.
Mengikut laporan terkini, Pesuruhjaya Polis Kebangsaan Yoon Hee-keun mengakui bahawa kawalan kesesakan ketika sambutan Halloween itu adalah ‘tidak mencukupi’ menerusi satu sidang media khas.
Pihak polis juga mendedahkan menerima beberapa laporan amaran mengenai kemungkinan insiden itu pada malam kejadian, lantas beliau berjanji akan menjalani siasatan untuk ‘menjelaskan kebenaran’.
Selain itu, Ketua Pegawai Keselamatan, Menteri Dalam Negeri Lee Sang-min memohon maaf dan berjanji untuk mencari tahu mengenai punca insiden itu selain memastikan kes yang sama tidak akan berulang lagi.
Ads
Chung Sung-jun/Getty Images
” Sebagai pegawai yang menjaga keselamatan orang awam, saya secara ikhlas memohon maaf dek kejadian itu.”
Malah lelaki tersebut mengatakan bahawa kerajaan menggalas tanggungjawab yang kurang bagi melindungi rakyatnya.
Kata Yoon Hee-keun lagi bagi mengenalpasti betapa serius kejadian itu,
Ads
Pihak polis akan menjalani siasatan yang intensif dan pantas selain menyelidik kesemua aspek tanpa berkira bagi menjelaskan kebenaran kejadian ini.
Menerusi laporan yang dikeluarkan, pihak polis menerima 11 panggilan seawal 6.30 petang pada hari kejadian di mana pemanggil memaklumkan mengenai situasi berbahaya yang mungkin berlaku di kawasan itu. Kata individu itu, ramai orang mula mengerumuni lorong kecil itu dan keadaan mungkin menjadi bahaya sekiranya ada yang terjatuh dek jalan curam itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehari dua ini kecoh tentang isu tudung bercorak dreamcatcher yang banyak terjual pada tudung. Corak dreamcatcher ini merupakan lambang kepercayaan Red Indian atau golongan Orang Asli Amerika. Apa yang korang perlu tahu tentang dreamcatcher ini? Dreamcatcher atau penangkap mimpi adalah merupakan satu alat yang menjadi kepercayaan penduduk pribumi. Terdapat pelbagai mitos mengenai asal usul dreamcatcher.
Disebabkan terlalu banyak lambakan tudung, material, jenis kain dan sebagainya, ada ketikanya kita terlepas melihat corak pada tudung yang dianggap biasa pada pandangan mata tetapi Rasulullah telah melarang pakaian yang menyerupai golongan ini seperti disebut hadis “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.” (HR Abu Daud, no. 4031).
Boleh ke kita pakai tudung corak sebegini? Apa kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai corak tudung ini.
Beginilah corak dreamcatcher yang banyak dijual pada tudung masa kini. Gambar sumber internetBukan saja pada tudung tetapi corak ini diperluaskan ke pemakaian inai yang menjadi kegilaan orang perempuan
Soalan : Apakah hukum memakai tudung bercorak dreamcatcher sedangkan terdapat pihak yang mendakwa corak tersebut mempunyai unsur-unsur agama lain?
Jawapan:
Sebelum menjawab persoalan di atas, perlu diketahui terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan dreamcatcher. Dreamcatcher atau penangkap mimpi adalah merupakan satu alat yang menjadi kepercayaan penduduk pribumi Amerika (Indian). Terdapat pelbagai mitos mengenai asal usul dreamcatcher.
Sebuah dreamcatcher terbuat daripada satu simpulan kayu berbentuk lingkaran yang di dalamnya terdapat jaring anyaman dengan lubang di tengahnya. Di bahagian bawah lingkaran kayu itu terdapat dua atau lebih bulu yang tergantung-gantung. Orang asli Amerika percaya bahawa udara pada malam hari dipenuhi dengan mimpi-mimpi sama ada mimpi baik atau mimpi buruk. Justeru, mereka menggantungkan dreamcatcher di atas tubuh seseorang yang tidur untuk melindunginya daripada mimpi buruk.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1960-an dan 1970-an, dreamcatcher diterimapakai dalam Pergerakan Pan-India sebagai simbol perpaduan antara pelbagai budaya puak asli Amerika, atau simbol identifikasi umum dengan budaya orang asli Amerika. Kemudian, nama dreamcatcher telah mula diterbitkan oleh media arus perdana pada tahun 1970-an dan seterusnya menjadi popular sebagai barangan kraf asli pada tahun 1980-an. Akhirnya pada awal tahun 1990-an ia menjadi barangan yang sangat popular dan berpasaran tinggi.
Berdasarkan penerangan ringkas di atas, dapat difahami bahawa dreamcatcher pada asalnya merupakan satu alat yang menjadi kepercayaan kuno penduduk asli Amerika. Namun begitu, kepercayaan ini boleh disifatkan hampir luput pada masa kini dan telah bertukar menjadi barangan kraf yang dibuat untuk tujuan komersial.
Dr Zulkifli menjelaskan isu ini dengan mendalam bagi memahamkan masyarakat yang mungkin terkeliru mengenainya
Larangan menyerupaikan pakaian orang kafir
Kita dilarang oleh Rasulullah SAW menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan identiti atau lambang atau syiar agama mereka. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.” (HR Abu Daud, no. 4031)
Berdasarkan penelitian para ulama terhadap nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah, salah satu bentuk penyerupaan dengan orang kafir yang dilarang ke atas umat Islam adalah pada pakaian.
Menurut sebahagian pendapat dalam Mazhab Hanafi, Maliki dan jumhur Mazhab Syafie, menyerupai pakaian yang menjadi syiar orang kafir dihukumkan kafir. Kerana itu, sesiapa yang memakai topi orang Yahudi dengan sengaja maka ia kufur kecuali jika dipaksa atau memakainya sekadar untuk berlindung daripada kepanasan. Begitu juga orang yang memakai pakaian khas paderi Kristian, ia dihukumkan kafir kecuali jika memakainya sebagai helah dalam peperangan, maka ia tidak dihukumkan kafir. (Al-Fatawa al-Hindiyyah: 2/276; Jawahir al-Iklil: 2/278; Tuhfah al-Muhtaj: 9/91)
Walaubagaimanapun, sesetengah ulama Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie pula mengatakan, sesiapa yang mengenakan pakaian khas orang kafir, tidak jatuh kafir kecuali jika ia beriktikad dengan iktikad kufur tersebut. Sebagaimana kata al-Imam Abu Hanifah, “Seseorang tidak keluar daripada iman kecuali daripada pintu yang ia masuki, maka masuk ia ke dalam Islam menerusi perakuan dan pembenaran, sedangkan kedua-duanya masih kekal.” (Al-Fatawa al-Bazzaziyyah: 6/332)
Mazhab Hanbali pula mengatakan haram memakai pakaian bukan Islam yang merupakan syiar agama mereka. Kata al-Buhuti, “Jika seorang muslim memakai pakaian yang menjadi syiar ahli zimmah (kafir yang tunduk di bawah kerajaan Islam), atau menggantung salib pada dadanya, hukumnya haram, namun ia tidak kafir dengan demikian, tetapi berdosa seperti kemaksiatan yang lain.” (Kasysyaf al-Qina’: 3/128)
Pandangan ini juga sama dengan apa yang diutarakan oleh al-Nawawi yang mengatakan, seseorang yang memakai pakaian khas paderi Kristian ia tidak kafir kecuali jika disertai dengan niat (mengikuti iktikad mereka). (Raudah al-Talibin: 10/69)
Berdasarkan perbahasan ulama berkaitan tasyabbuh dan fakta mengenai dreamcatcher di atas, dapat disimpulkan penggunaan corak yang bermotifkan dreamcatcher adalah seperti berikut:
Pemakaian tudung yang terdapat padanya motif dreamcatcher tidak sampai ke tahap menyerupai agama lain, ini kerana ia tidak pernah menjadi pakaian khas yang merujuk kepada syiar mana-mana agama lain seperti pemakaian salib dan seumpamanya;
Motif dreamcatcher adalah merujuk kepada alat yang menjadi mitos kepada golongan asli Amerika dengan kepercayaan tertentu. Namun demikian, pada masa kini ia lebih kepada barangan kraf yang dijual sebagai alat perhiasan. Justeru, meniru corak alat tersebut tanpa mempunyai apa-apa iktikad tertentu di sebaliknya adalah harus;
Dalam hal isu ini dimanipulasikan dengan mengaitkannya kepada kepercayaan asal alat tersebut, maka dinasihatkan agar umat Islam lebih berhati-hati. Ini bagi mengelakkan timbul fitnah ke atas orang yang menjual dan memakainya. Oleh itu, memilih alternatif lain yang tidak mengandungi apa-apa kontroversi adalah lebih baik dan lebih selamat.
Wallahu a’lam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), mulai hari ini semua dibenarkan merentas negeri sekali gus melancong di dalam negara.
Rakyat Malaysia akan melalui Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran bakal diberikan. Tidak ketinggalan Zoo Melaka yang membenarkan seramai 500 orang pengunjung pada setiap sesi sepanjang tempoh PKPP yang bermula hari ini.
Pembukaan ini selari dengan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersetuju membenarkan semua zoo beroperasi sepanjang tempoh PKPP iaitu mulai 10 Jun 2020.
Bahagi Kepada 2 Sesi
Selain meminimakan jumlah pengunjung, waktu lawatan juga telah disusun mengikut jadual iaitu sesi pagi dan petang manakala waktu tengah hari ia akan ditutup selama 2 jam bagi tujuan pembersihan, sanitasi dan nyahkuman.
Pengunjung boleh membuat lawatan pada 2 sesi berikut:
Sesi pertama dari 8.30 pagi hingga 12 tengah hari (tiket terakhir dijual pada jam 12 tengah hari)
Sesi kedua dari 2 petang hingga 5 petang (tiket terakhir dijual pada jam 5 petang)
Promosi Tiket
Bagi pembelian tiket, hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan beratur namun kesemua maklumat nama dan nombor telefon ahli keluarga perlu dimasukkan ke dalam rekod pengesanan pelanggan yang diletakkan di kaunter Zoo.
Sepanjang tempoh PKPP, Zoo Melaka menawarkan harga ‘durian runtuh’ kepada orang ramai iaitu RM10 untuk dewasa, manakala RM5 untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
“Macam-macam yang kita rancangkan termasuk mewujudkan ‘petting zone’, sesi bergambar dengan haiwan, pemberian makanan secara percuma kepada haiwan, bertemu maskot pada hujung minggu dan banyak lagi,” kata Pengarah Zoo Melaka dan Taman Burung, Zanariah Khamis.
Menurutnya, setakat ini melalui ‘Tabung Sumbangan Zoo Melaka’ yang dilancarkan April lalu, Zoo Melaka berjaya mengumpul dana berjumlah RM94,000, manakala sumbangan makanan yang diterima bernilai RM250,000.
Alhamdulillah , seronoklah semua boleh pergi Zoo Melaka nanti. Tapi pastikan jaga jarak dan sentiasa utamakan kebersihan ya!
*Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook Rasmi Zoo Melaka
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehadiran penceramah Muslim dari India, Dr Zakir Naik ke Malaysia tidak pernah lekang daripada kontroversi.
Dan kali ini, situasi tersebut masih tidak berubah.
Pada sebuah slot syarahan yang berlangsung di Kota Bharu Kelantan pada 9 Ogos lalu, Dr Zakir Naik telah mengeluarkan satu kenyataan bersifat rasis terhadap masyarakat Cina serta India di Malaysia.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, kenyataan itu berbunyi, “Agama Islam tersebar secara aman menerusi para pedagang. Malaysia (awalnya) menjadi (negara) Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, Inggeris datang. Mereka adalah tetamu baru kita.”
Err.. “Kita” ?
Kenyataan tersebut nyata tidak dipersetujui oleh beberapa orang menteri negara. Terbaru, menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga inginkan Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India.
Kata beliau menerusi kenyataan media melalui aplikasi WhatsApp, “Serangan ke atas saudara (berbangsa) Cina dan India adalah serangan terhadap semua rakyat Malaysia. Memanggil rakyat Malaysia sebagai ‘tetamu’ adalah tindakan yang tidak masuk akal.
“For God’s sake, they are Malaysians! Enough is enough..,” saran beliau.
Sebelum ini, Dr Zakir Naik menafikan tuduhan akan memecah belahkan masyarakat Malaysia melalui syarahan. Beliau berpendapat ramai pengkritiknya yang selalu salah tafsir ucapan beliau untuk tujian politik dan aniaya.
Dan untuk pengetahuan, beliau kini dikehendaki di India atas tuduhan rasuah serta pengubahan wang haram.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!