Situasi pandemik COVID-19 telah mencetus idea kebanyakan individu dalam menghasilkan produk atau gaya yang berkaitan dengan virus ini.
Sebelum ini, ada yang mencipta gaya rambut koronavirus, cekodok korona, malah seorang pegawai polis di India juga turut tampil dengan idea topi keledar koronavirus bagi menakutkan kanak-kanak yang keluar rumah.
Ads
Terbaru, sebuah syarikat percetakan kain dari Indonesia, Arlie Percetakan Kain telah pun menghasilkan tote bag dengan berinspirasikan topeng muka.
Walaupun baru sahaja dilancarkan, iPhone 17 Pro Max sudah pun berada di tangan semua kakitangan sebuah syarikat media di China apabila seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bermurah hati dan sanggup menghadiahkan telefon pintar premium itu kepada setiap pekerjanya.
Menurut sebuah perkongsian seorang pengguna di aplikasi Xiaohongshu bernama @Fyjdreaming yang mula mencuri perhatian masyarakat pada 10 September lalu, CEO Mediastorm, Tim Pan, telah mengumumkan pemberian tersebut tidak lama selepas pelancaran rasmi iPhone 17 di California, Amerika Syarikat.
“iPhone 17 sudah dilancarkan. Seperti biasa, semua orang akan mendapat iPhone 17 Pro Max (dan boleh pilih warna yang mereka mahu), tidak kira sama ada anda seorang intern atau baru menyertai syarikat. Asalkan anda berada dalam syarikat ketika ini, anda akan menerima peranti tersebut,” tulis Pan menyampaikan mesej tersebut kepada para pekerjanya.
iPhone 17 yang baru sahaja dilancarkan.
Dalam pada itu, Mediastorm turut menanggung cukai yang dikenakan untuk hadiah berkenaan, di mana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh majikan lain serta menegaskan bahawa pekerja tidak perlu mengeluarkan sebarang kos tambahan.
Untuk pengetahuan, Mediastorm merupakan syarikat media yang terkenal dengan ulasan produk dan kandungan vlog, dan setakat ini mempunyai lebih 12 juta pengikut di platform Bilibili. Menerusi reputasi besar itu, langkah Pan ini nyata menambah nilai imej positif syarikat berkenaan.
Sekadar info, harga rasmi iPhone 17 Pro Max di pasaran terkini bermula sekitar US$1,899 (kira-kira RM8,900) untuk model asas. Namun bagi kakitangan Mediastorm, telefon itu kini menjadi milik mereka tanpa perlu berbelanja sesen pun.
Tahun lalu, Tim Pan turut menghadiahkan iPhone 16 Pro kepada pekerjanya.
Sementara itu, dalam perkongsian yang sama, @Fyjdreaming menulis “Tim is the best boss in the world,” sambil berkongsi bahawa beliau masih keliru untuk memilih antara warna putih atau oren bagi telefon idamannya itu.
Apa yang lebih menarik, tindakan Pan ini bukanlah kali pertama. Terdahulu, pada tahun 2024 beliau turut menghadiahkan iPhone 16 Pro dan Apple Watch Series 10 kepada kira-kira 100 pekerja, termasuk intern dan kakitangan baharu. Tradisi tahunan ini membuktikan kemurahan hati Pan bukan sekadar gimik, sebaliknya konsisten dari tahun ke tahun.
Sumber: AsiaOne
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kempen Buy Muslim First #BMF yang dilancarkan kira-kira dua bulan lalu ternyata banyak memberi impak positif ke atas peniaga Muslim. Jelas kelihatan ekonomi umat Islam meningkat sekaligus mampu membayar wang zakat perniagaan apabila semakin ramai umat Islam membuat pilihan mengutamakan produk keluaran muslim dahulu.
Namun di sebalik kempen #BMF yang mana ahlinya mencecah lebih sejuta orang, sedikit sebanyak tentunya timbul “kecacatan” jika sebahagian ahlinya malas membaca dan membuat tuduhan melulu dan kemudian menularkannya tanpa usul periksa.
Sekitar bulan lalu, tular satu kenyataan Restaurant Bunga Lawang yang beroperasi di Desa Cempaka, Nilai dan Chaterfild KLIA di mana dimaklumkan ownernya berbangsa Cina dan India.
Dalam satu kenyataan tersebut,bekas pekerja di situ mendakwa dirinya berasa kasihan terhadap umat Islam yang balik dari mengerjakan haji dan umrah akan singgah makan di restoren tersebut kerana didakwa supliernya yang menghantar ayam adalah berbangsa Cina.
Berikut adalah kenyataan yang tular dalam kempen #BMF ini.
Restaurant Bunga lawang desa cempaka dan chaterfild klia. Adalah owner nya cina dan india. Yang menjadi isu di sini suppliersnya rata-rata semuanya cina. Was-was dari segi pemyebelihan ayam…nasi ayam. Dan supplied ikan keli. Sya hanya kerja sebulan di restaurant kat klia. Walau pon dibayar gaji tinggi. Saya berhenti kerja kerana saya x sanggup kebanyakan org balik umrah.Singgah makan di situ. Saya hanya sarankan kalau boleh jangan pi makan kat kedai bunga lawang. Was-was penyembelihan ayam tidak mengikut hukum syarak.
Orang lain jadi mangsa
Di sebalik isu ini,nampaknya hanya kerana nama yang agak sama cuma membezakan perkataan CAFÉ DAN RESTAURANT sahaja, pemilik Bunga Lawang Café di Bangi milik Ruhil Syafinaz iaitu kakak kepada Ruhil Amani Hussin menerima tempias apabila netizen tularkan cafenya adalah sama dengan Restaurant Bunga Lawang di KLIA dan Cempaka Nilai itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, Ruhil Syafinaz atau mesra disapa Inaz kesal dengan penularan ini dan cafenya menjadi mangsa sehingga ramai netizen memboikot café miliknya.
Baca luahan hatinya.
Laporan polis dan SKMM pun dah dibuat
So hati-hati ya sebelum tular. Rajinlah membaca dan bukan terus post tanpa tahu kesahihannya. Kesian pada peniaga khususnya muslim yang ken ajika ramai yang boikot!
Sumber : Ruhil Syafinaz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa je tak kenal Elon Musk, Bilionair Amerika Syarikat dan juga pemilik beberapa syarikat besar dan berjaya di dunia antaranya Tesla dan Space X . Selalu hadir dengan idea yang luar biasa dan ‘gila’ bagi sesetengah orang, lantas berjaya membuatkan orang ramai kagum dengan keupayaan beliau.
Terbaru, Elon Musk, menyatakan hasratnya mahu bertemu dengan kembarnya, Yilong Ma, yang juga influencer di China.
Hmm..Elon Musk ada saudara keturunan Asia ke?
Menariknya, wajah ‘kembarnya’ yang dikenali sebagai Ma sangat mirip dengan Elon Musk. Hal ini membuatkan lelaki berasal dari wilayah Hebi di Utara China itu menjadi popular, selepas videonya berdiri di sebelah sebuah kereta viral di media sosial, hujung tahun lalu.
Video tersebut turut menarik perhatian Elon sendiri yang menyatakan hasrat mahu bertemu dengan Ma.
“Mungkin saya ada kacukan Cina,” seloroh Elon di Twitternya pada Disember 2021.
Bagaimanapun Elon berkata, sukar untuk mengatakan wajahnya mempunyai persamaan dengan Ma disebabkan deepfake yang boleh dibuat pada masa ini, dalam ciapannya yang terkini pada Isnin lalu.
Sehari selepas itu, Ma juga membalas ciapan Elon menerusi platform Weibo yang menyatakan dia juga mahu bertemu dengan bilionair popular itu.
“Saya di sini dan mahu bertemu kamu juga. Saya sayangkan kamu, kamu hero saya,” katanya.
Difahamkan, Yilong Ma bukan nama sebenar lelaki itu. Nama tersebut adalah sebutan Mandarin bagi nama Elon Musk.
Tuah wajah lelaki ini yang mirip dengan Elon Musk, Ma kini mempunyai 229,000 followers di TikTok dan selalu memuat naik video yang melakonkan watak seperti Elon Musk yang dianggap sebagai abangnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!