Bukanlah nak cakap peminat kumpulan K-Pop BTS ini taksub tidak boleh menerima kritikan terhadap idola mereka itu.
Tetapi sokongan mereka yang tak berbelah bahagi jelas terserlah setiap kali ada pihak yang mempertikaikan kesetiaan mereka terhadap BTS.
Hari ini, tiba giliran pelakon, penyanyi dan pengacara popular iaitu Alif Satar yang diserang oleh peminat BTS, ARMY.
Ceritanya begini. Alif yang mengacarakan rancangan Big Stage 2019 di saluran Astro RIA telah membuat kesilapan minor semasa persembahan salah seorang pesertanya, Han Byul.
Ketika memperkenalkan penyanyi Korea tersebut yang membawakan lagu Boy With Luv nyanyian asal BTS, Alif menyebut BTS dianggotai lapan orang walaupun BTS sebenarnya mempunyai 7 orang ahli.
ARMY tidak menunggu masa yang lama untuk memperbetulkan kesilapan itu di ruangan komen dan di Twitter. Namun sebagai selebriti profesional, Alif tidak mudah melatah malah berseloroh di posting-nya untuk tidak memanjangkan lagi isu tersebut.
Ads
Well, nampaknya ada pihak yang masih belum berpuas hati!
Kata Alif kepada rakan media di sebuah acara semalam, “Itu adalah perkara yang sangat kelakar bagi saya. Instagram tak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius.
“Janganlah fanatik sampai berkelahi sesama sendiri dan jangan jadi terlalu sensitif.
“Saya faham fanatik artis sebab saya sendiri pun pernah lalui situasi sama ketika meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tapi tidaklah sampai taksub melampau.
Ads
“Waktu akhirat nanti tak ditanya pun nama anggota kumpulan BTS tu. Jangan terlalu taksub!” ulas Alif lagi.
Ada benarnya kata-kata Alif itu.
Dia sendiri pun menerima kesilapan info semasa konsert live Big Stage tersebut. Bukannya dia salah sebut nama grup K-Pop lain pun.
Isnin lalu, Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak telah melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar dan pihak pengurusan masjid tersebut telah pun membuat permohonan maaf. Kesilapan itu berlaku berpunca daripada masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.
Walau bagaimanapun, Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid mengesahkan bahawa jika individu yang berbuka mengikut laungan azan itu, puasanya batal dan perlu diganti. Namun, penggantian puasa tidak tertakluk kepada mereka yang berbuka di hujung atau selepas azan kerana ia dikira sudah masuk waktu berdasarkan waktu zon tempatan.
Jelasnya lagi, waktu solat adalah mengikut zon di negeri-negeri dan bagi kes berkenaan, puasa mereka yang berbuka berpandukan azan pada 7.18 malam itu adalah terbatal dan wajib diganti.
Namun begitu, tindakan nazir masjid berkenaan dipuji oleh Mufti Selangor kerana berani berterus terang untuk mengakui kesilapan itu. Katanya, semua orang melakukan kesilapan dan mereka yang berkenaan perlu memaafkan pihak yang tidak sengaja mengalunkan azan lebih awal.
Betul tu, sekiranya korang antara individu yang terbabit, tidak perlulah berasa kesal dan marah kerana perlu menggantikan semula puasa itu. Anggaplah ia sebagai satu ujian di bulan Ramadan.
Di saat ramai yang masih meraikan Syawal dengan penuh kegembiraan, ada isu yang perlu rakyat Malaysia cakna. Ya, kitakan terkenal sebagai rakyat yang selalu prihatin dan sering menghulurkan bantuan untuk sesiapa yang ditimpa musibah dan kesusahan.
Kalau korang perasan, dalam sehari dua ini akhbar ada melaporkan masalah yang dihadapi oleh penduduk orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Kuala Koh, Gua Musang yang mana dikatakan sudah 14 kematian dicatatkan akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Terkini 33 orang suku kaum Bateq d sedang dirawat di hospital akibat masalah yang sama sementara bantuan dari luar mula memasuki kawasan terbabit untuk membawa keluar penduduk yang alami masalah kesihatan yang sama.
Semakin ramai penduduk orang asli kaum Bateq mendapatkan rawatan di hospital di mana 14 kematian sudah dicatatkanMasyarakat orang asli menunjukkan tanda “bad” bila mana sumber air yang diminum mereka didakwa tercemar dengan pelbagai logam beratAir sungai menjadi keruh akibat penebangan balak selain perlombongan bijih besi di hutan terbabit
Dikatakan penyakit tibi dan jangkitan kuman di paru-paru yang berlaku di kalangan orang asli ini bermula bila mana sumber utama air yang diminum oleh mereka didakwa tercemar dengan bahan-bahan logam berbahaya akibat perlombongan bijih besi dan pembalakan di kawasan terbabit.
Difahamkan, pelombongan bijih besi masih dijalankan di kawasan terbabit biarpun lesen operasi sudah tamat tempoh –WHAT?dan pembalakan masih diteruskan (diberi kebenaran oleh pihak kerajaan negeri) biar timbul bantahan dari pelbagai pihak.
Sahabat Jariah antara yang paling cepat menghulurkan bantuan dan mengkisahkan derita masyarakat orang asli Kuala KohBeginilah situasi terkini masyarakat suku kaum Bateq yang terpaksa berpindah apabila kawasan penempatan mereka tercemar akibat kerakusan tangan-tangan manusia
Terkini, dari fb SAHABAT JARIAH memaklumkan bahawa penduduk Kampung Kuala Koh memerlukan bantuan makanan kerana ramai orang asli diancam kebuluran dan tidak dapat keluar bekerja kerana sakit.
Bacalah sebagaimana diluahkan oleh saudara Johan Halid mengenai situasi terkini di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.
Bagi REMAJA, apa saja pun perbezaan politik, laba yang diperoleh dan sebagainya, apa yang pastinya, di saat kita membantu orang di dalam kesusahan, hanya Allah taala yang mampu membalasnya.
MALAPETAKA SUDAH TIBA (5)
Kg. Kuala Koh
Gua Musang
Kelantan
Ahad
09 Jun 2019
05 Syawal 1440H
Satu lagi kematian dicatat hari ini. Malang sungguh nasib yang menimpa penduduk Kuala Koh.
Ramai VVIPs berpusu-pusu masuk ke Kuala Koh sejak pagi tadi. Apa yang mereka cari? Mahu menjadi hero penyelamat? Atau sekadar mahu glamor sambil bergambar dengan orang asli. Tidak kurang juga ada orang-orang politik yang cuba menangguk di air keroh yang memang sudah tercemar di Kuala Koh itu. Konon mencari fakta tetapi nampak macam mencari peluru supaya dapat menembak musuh dengan lebih kuat.
Mereka tahu siapa yang mati? Mereka mahu ambil tahu berapa banyak keluarga yang tinggal sekitar Kuala Koh? Mereka ada senarai nama Ketua Isi Keluarga masyarakat Bateq di situ? Pelik tak jika agensi2 kerajaan yang berkaitan pun tiada data-data tersebut.
Kanak-kanak ini mungkin belum memahami tetapi mereka juga insan. Kerasukan dan ketamakan mungkin boleh membawa akibat lebih besar dalam kehidupan orang lainJika anak-anak kita mendapat tempat tinggal yang lebih selesa, bayangkan bagaimana nasib mereka jika tempat tinggal mereka terus dicerobohi
Hello YB, Tan Sri, Dato’, Tuan Haji, Encik… Orang Kuala Koh sedang kebulur, lapar nasi dan lauk. Jika masih dalam kelaparan, mana mungkin penyakit boleh sembuh. Nak periksa air ke nak cari kubur orang mati ke atau nak gaduh politik ke… teruskanlah. Tapi bagi orang Kuala Koh makan dulu, isikan perut mereka supaya cepat sembuh.
Kita biarkan agensi2 berkaitan jalankan tugas mereka, mari kita bantu orang Kuala Koh makan. Kami akan ke Kuala Koh dengan bantuan bekalan makanan dan ubat-ubatan ringan pada 12 Jun 2019. Ayuh rakyat Malaysia bantu kami isikan perut anak-anak, wanita dan orang Bateq Kuala Koh.
Jika anda sudi, hulurkanlah bantuan melalui akaun di bawah, atau hantarkan barangan ke:
1. Masjid Kota Damansara
2. Petron Chiku 3
Elon Musk dilaporkan kini hilang kedudukan tersebut selepas New York Post kelmarin melaporkan bahawa beliau mencatat kerugian pertama dalam sejarah iaitu sebanyak AS$200 bilion (RM881 bilion).
Menerusi Indeks Bilionair Bloomberg, Musk sebelum ini mencatat nilai kekayaan tertinggi dengan meraih sebanyak AS$340 bilion (RM1.5 trilion) pada November 2021. Namun, ianya menjunam sebanyak 65% apabila apabila saham syarikat miliknya, Tesla susut kepada AS$137 bilion (RM603 bilion).
Hilang ‘takhta’ manusia paling kaya
Untuk rekod, Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter merupakan manusia kedua memiliki kekayaan melebihi AS$200 bilion (RM881 bilion) pada 2021 selepas pengasas laman jualan Amazon, Jeff Bezos, lapor Kosmo!
Musk hilang sebagai manusia terkaya di dunia pada awal Disember lalu dan ia telah dirampas oleh Pengerusi dan CEO LVMH, Bernard Arnault. Namun begitu, kerugian itu menunjukkan bagaimana beliau dan Tesla berkembang ketika pandemik.
Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault. FOTO: Forbes
Lapor sumber lagi, biarpun hanya memiliki sebahagian kecil perkongsian pasaran dalam sektor kenderaan elektrik, Tesla dinilai pada harga melebihi AS$1 trilion (RM4.4 trilion) menjelang Oktober 2021.
Ia menjadikan Tesla sama taraf dengan syarikat gergasi teknologi lain seperti Apple, Amazon serta Alphabet dan syarikat induk enjin carian internet, Google, menurut laporan Bloomberg.
Kos Pembelian Twitter
Bagaimanapun, saat pesaing lain mula menghasilkan kenderaan elektrik yang mengejar dan mencabar penguasaan Tesla, Musk mengalihkan tumpuannya kepada usaha baharu iaitu menjadi pemilik dan CEO laman media sosial Twitter.
Disebabkan itu, sumber melaporkan bahawa Musk terpaksa menjual sebahagian besar saham Tesla tahun lalu kerana perlu membayar kos pembelian Twitter sebanyak AS$44 bilion (RM193 bilion).
Ooo…patutlah harta Musk berkurang, rupanya ia merupakan pelaburan dalam perniagaan juga. Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang pertemuan di antara Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Elon Musk di SpaceX, Amerika Syarikat bagi membincangkan peluang perniagaan masa hadapan menerusi jenama Tesla dan SpaceX.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.