Selepas timbul isu Pray4Cikgu Azizan kerana kesalahan menampar seorang murid yang didakwa mempengaruhi pelajar lain untuk sama menghidu gam, isu mengenai kebajikan guru tak pernah surut.
Jika zaman dahulu, guru begitu disanjungi malah mak ayah tak sesekali akan pernah ke sekolah untuk “menampar semula cikgu” jika guru menegur, mendidik mahupun merotan pelajar nakal tapi hari ini begitu berbeza.
Tindakan saman, hebahkan di media sosial dan ada ibu bapa lebih berani. Pergi sekolah dan terus maki hamun cikgu sebelum naik tangan ke muka. Kesudahannya, pelajar dan guru sama-sama rugi kerana ilmu sedia ada tidak dimanfaatkan.
Di sebalik isu pelajar – guru dan ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) telah mencadangkan 23 Kod Etika Ibu Bapa/ Penjaga kepada Kementerian Pendidikan supaya diselaraskan di semua institusi pendidikan di seluruh Malaysia.
Presiden Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd. Razak menunjukkan buku Panduan Am Disiplin Sekolah dan Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru pada sidang akhbar di Dewan Perjuangan NUTP, Wisma NUTP, Kuala Lumpur.
Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata, kod etika tersebut sebagai garis panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa dan penjaga semasa berada di sekolah untuk menjaga keharmonian dalam kalangan ibu bapa, guru dan pelajar.
Menurutnya, ibu bapa perlu memahami kepentingan menjalinkan kerjasama erat bersama warga pendidikan dan ianya merupakan satu elemen penting dalam membentuk insan yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berkeupayaan mecapai kesejahteraan diri.
“Sebelum ini kod etika untuk ibu bapa dan penjaga adalah berdasarkan persefahaman dan tatatusila di antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan penjaga.
Ads
“Melalui perkenalan kod etika ini dapat diseragamkan di seluruh institusi pendidikan di seluruh Malaysia sekaligus dapat menjamin persefahaman antara ibu bapa dengan sekolah,” katanya pada sidang media di Dewan Perjuangan, Wisma NUTP, di sini, hari ini.
Kamarozaman berkata, kod etika tersebut adalah hasil perbincangan bersama badan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF), UNI- Malaysia Labour Centre (UNI-MLC), Persatuan Ibu Bapa dan Guru Taman Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Pertubuhan Lawyer Friend for Life (LFF), Sarawak Teachers Union, Yayasan Guru Tun Hussien Onn dan Polis Diraja Malaysia.
Menurutnya, antara cadangan yang terkandung dalam kod etika tersebut adalah ibu bapa dan penjaga perlu merujuk kepada pengetua atau guru besar terlebih dahulu sekiranya mempunyai sebarang masalah dengan guru-guru berkaitan anak mereka.
Jelasnya, ini kerana pihak pentadbir merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk berbincang berkenaan permasalahan bersama guru dan ibu bapa.
Ads
Katanya, cadangan lain membabitkan Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan membawa masuk topi keledar atau benda yang boleh mendatangkan mudarat atas dasar keselamatan dan pihak sekolah berhak menghubungi pihak polis jika arahan ini tidak dipatuhi.
Jelasnya, bagi menyokong persekitaran sekolah yang selamat, pihak sekolah tidak boleh bertolak ansur dengan ibu bapa yang menyalahgunakan atau mesej yang bernada mengancam seperti kiriman emel, teks, mel suara, telefon atau sebarang bentuk komunikasi bertulis serta media sosial seperti Facebook.
“Sekiranya perkara tersebut berlaku di kawasan sekolah, pihak pentadbir sekolah boleh menghubungi pihak berkuasa atau boleh melarang orang berkenaan memasuki kawasan sekolah.
“Kami tidak menganggu ibu bapa untuk datang ke sekolah tetapi perlulah ada tatatusila dan sekurang-kurangnya hubungi pihak sekolah atau PIBG sebelum membuat laporan polis kerana itu adalah langkah terakhir,” katanya.
Ads
Pix Sinar Harian
Kamarozam berkata, cadangan tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan dalam masa tersebut untuk diluluskan sebelum diedarkan kepada ibu bapa/ penjaga sebagai garis panduan.
Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata, 23 kod etika tersebut membabitkan 15 panduan untuk dipatuhi dan lapan tingkah laku yang perlu dihindari.
Menurutnya, NUTP mengalu-alukan pendapat daripada Sekolah Pendidikan Khas dari segi kefahaman ibu bapa bagi memastikan anak-anak OKU yang mencederakan diri sendiri.
Biar hanya baru 3 garis panduan baru dikeluarkan dan 20 bakal menyusul, isu cikgu –pelajar ini perlu diperhalusi dengan kematangan ibu bapa. Jangan kita lihat guru gagal mendidik sebaliknya tanya apa kesalahan ibu bapa sendiri? Adakah kegagalan itu kita mahu percikkan ke muka orang lain kerana anak sendiri nakal. Ada beratus ribu pelajar, tetapi kenapa anak kita sahaja yang nakal. Jawapan itu hanya ibu bapa saja boleh menjawapnya.
Model Perodua Myvi yang terbaru ni boleh tahan smart juga rekaan bodynya. Kalau tidak, takkanlah sudah menerima tempahan 8000 unit sejak diperkenalkan awal bulan ini.
Menurut Sinar Harian, Perodua Myvi ini ditawarkan pada harga daripada RM41,500 seunit bagi varian Standard G 1.3L manual hingga RM58,900 untuk varian automatic Advance 1.5L.
Hm, harga pun boleh tahan.
Untuk kita yang makan gaji ni, nak-nak pula baru saja mula bekerja dan pendapatan pun hanya RM2,000 sebulan, eloklah sekiranya fikir betul-betul dulu sebelum terus membuat tempahan tu.
Sebab apa? Ha, cuba hadamkan apa yang dikongsi oleh pakar hartanah, Harith Faisal tentang 10 sebab kenapa individu dengan gaji RM2000 tak patut beli Myvi 2018.
1. Kalau bujang gaji RM2,000 tak payahlah pakai Myvi 2018 tu. Tunggu dululah. Naik motor pun dah okay. Motor biasa ya, bukan superbike idaman anak muda yang mahal gila. Padahal kalau hujan, basah kuyup juga.
2. Harga kereta yang patut kita beli harganya setahun gaji. RM2,000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini. Atau tunggu gaji naik lagi.
3. Kalau dah terbeli, susah nak mula menyimpan 30% gaji untuk tabung deposit rumah. RM2,000 x 30% = RM600. Nak simpan 10% gaji pun belum tentu boleh.
4. Kereta RM500, minyak RM200, tol RM200, servis RM100, sewa bilik RM300, parking RM200, makan RM300, ibu bapa RM200. Duit habis tiada simpanan. Takaful untuk perlindungan langsung tiada.
5. Lain orang berbeza keutamaan. Tapi ramai tak sedar, lebih baik beli rumah dulu barulah kereta. Lainlah kalau kita gaji besar. Setakat Myvi, pandang sebelah mata. DSR pun tak terkesan sangat. Apa-apa pun, buatlah kira-kira.
6. Kalau dah berkahwin, dah ada satu kereta, tak perlu tambah Myvi 2018 kalau pergi kerja pun ikut jalan sama. Pergi kerja sama-sama lebih romantik dan bahagia.
7. Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua. Sebab yang lebih faham keperluan keluarga kita bukan mereka tapi kita. Kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.
8. Tabung rumah lebih utama berbanding Myvi 2018, melainkan kita sanggup hidup menyewa lama-lama. Hidup menyewa lama pun takpa sebenarnya, asalkan dah ada rumah lain atas nama kita.
9. Cakap banyak pun tak guna, jom kira berapa gaji minimum patut ada untuk beli Myvi 2018 yang paling murah. RM44,300 / 12 = RM3,691. Ouh, gaji kena RM3,691 rupa-rupanya.
10. Sebelum buat keputusan beli Myvi 2018, fikir dulu beza LAYAK, MAMPU dan PERLU. Kalau semua dah okay, barulah pergi ke showroom dan order, “Bro, bagi gua Myvi 2018 seketul, bungkus ikat tepi”. Haha
Kalau nak ikut stail dan gaya, memanglah model terbaru Perodua Myvi ni stylo habis. Tapi dalam nak bergaya tu pastikan la kena dengan poket dulu. Kata orang, ukur baju di badan sendiri dik. Kalau tak nanti belum akhir bulan dah payah pula nak minta advanced.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penularan wabak COVID-19 masih lagi belum reda dan kerana itu kebanyakan negara mengambil keputusan untuk melaksanakan sekatan pergerakan rakyat mereka sama ada di dalam atau ke luar negara.
Sebelum ini, India, Pakistan dan Australia telah pun menyekat sempadan mereka daripada kemasukan warga asing bagi penularan wabak tersebut dan terbaru, Jepun juga khabarnya sudah menyekat kemudahan visa terhadap 11 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika bermula 28 Mac berikutan kes COVID-19 yang meningkat di Jepun.
Antara negara yang terlibat adalah Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Malaysia, Israel, Qatar, Bahrain dan termasuklah Republik Demokratik Congo.
Kerajaan Jepun terlebih dahulu telah pun menggantung visa terhadap 40 negara termasuk China, Korea Selatan, Iran, Arab Saudi dan Eropah. Pergantungan yang sepatutnya berakhir pada akhir Mac ini dilanjutkan sehingga ke penghujung bulan April.
Mungkin ada individu yang sedang bersedih kerana telah membeli tiket penerbangan terlebih dahulu, namun kami rasakan elok juga seandainya korang tangguh dahulu percutian sehinggalah keadaan dunia betul-betul stabil.
Duit boleh dicari, nyawa pula hanya ada satu kan? Kalau dah memang rezeki nanti tidak akan ke mana. Sama-samalah kita berdoa agar wabak ini berhenti daripada terus menular.
Sejak awal pagi tadi, ramai yang risau apabila hujan lebat turun membasahi bumi. Ada yang tidak dapat tidur lena mengenangkan nasib mangsa-mangsa banjir dan keadaan tanah runtuh di Ampang semalam.
Terbaru, METMalaysia atau Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan tengah hari ini memaklumkan bahawa Fasa Peralihan Monsun di Malaysia akan bermula pada 14 Mac 2022 (Isnin).
Twitter MET MALAYSIA
Fasa Fasa Peralihan Monsun dijangka berterusan hingga pertengahan Mei tahun ini, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut di Malaysia.
Menurut kenyataan MetMalaysia, rantau negara diramal menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai arah semasa fasa ini.
Tiupan angin lemah dikatakan amat sesuai untuk berlaku ribut petir yang pada umumnya membawa hujan lebat dan angin kencang dalam jangka waktu yang singkat.
“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta bahagian barat dan tengah Sarawak,” jelas kenyataan tersebut.
NTT. ANTARA FOTO/Rivan Awal Lingga/pd/16
Tambah MetMalaysia, keadaan cuaca seperti ini berkemungkinan mengakibatkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga, terutamanya kawasan yang sebelum ini telah dinaiki air. Diharap tidak ada sebarang banjir kilat lagi yang berlaku dan semoga kita semua dilindungi.
Take care semua!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.