
Penyanyi rap terkenal, T.O.P baru-baru ini meraih perhatian peminat apabila kembali aktif mempromosikan projek muzik terbarunya selepas sekian lama menyepi daripada dunia hiburan. Kemunculan semula ini sekali lagi mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat global yang sudah lama menantikan karya solo terbaru daripada beliau.
Menerusi perkongsian di Instagram, T.O.P atau nama sebenar beliau Choi Seung-hyun (39) dilihat memberi bayangan awal mengenai kemunculan album terbarunya sejak awal tahun ini sebelum akhirnya memuat naik hantaran bertulis “I’m Back 04.03.26” yang sekaligus menguatkan spekulasi tentang kepulangan rasmi beliau ke arena muzik solo.
Di samping itu, agensi yang mewakilinya turut mengesahkan bahawa album penuh berjudul ‘Another Dimension’ akan dilancarkan pada 3 April jam 6 petang waktu Korea. Menurut pihak pengurusan, album tersebut bukan sahaja diterbitkan malah turut diarahkan sendiri oleh T.O.P, yang mengambil masa panjang untuk memastikan setiap elemen muzik berada pada tahap terbaik sebelum diperdengarkan kepada umum.

View this post on Instagram
Lebih menarik, album ini turut memuatkan 11 buah lagu dengan dua lagu utama (double title track) iaitu ‘Studio54’ dan ‘Desperado’. Dalam masa sama, teaser awal untuk ‘Studio54’ yang berdurasi singkat juga mendapat reaksi positif para peminat yang meluahkan rasa teruja mendengar semula suara T.O.P.
Sementara itu, teaser kedua bagi lagu ‘Desperado’ yang dilancarkan pada 17 Mac lalu memperlihatkan babak hitam putih T.O.P dalam sut formal berjalan menuju seorang wanita misteri. Visual sinematik tersebut turut menambah lagi keterujaan peminat yang sudah lama menantikan konsep penuh album ini.
Untuk rekod, kemunculan album ini juga menandakan kembalinya T.O.P dalam dunia muzik solo selepas 13 tahun, dengan karya terakhirnya ‘Doom Dada’ pada tahun 2013. Selain itu, projek BigBang Still Life pada 2022 merupakan keluaran muzik terakhir beliau bersama kumpulan tersebut sebelum mengambil keputusan untuk memperlahankan aktiviti seni.
View this post on Instagram
Terdahulu, T.O.P pernah berdepan kontroversi berkaitan penyalahgunaan ganja pada tahun 2016 yang menyebabkan beliau hampir meninggalkan industri hiburan. Namun, peluang lakonan dalam siri popular Netflix ‘Squid Game’ musim kedua sebagai watak Thanos membuka semula ruang untuk beliau kembali mendapat perhatian dan sokongan peminat antarabangsa.
BACA: “Rasa Bersalah, Tiada Sebab Untuk Reunion…” T.O.P Akhirnya Tampil Selepas 11 Tahun Diamkan Diri
Dalam perkembangan lain, tahun ini juga menjadi simbolik buat kumpulan BigBang yang menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan mereka. Walaupun kini hanya tinggal G-Dragon, Taeyang dan Daesung, kumpulan tersebut dijadualkan membuat persembahan di Coachella 2026 yang bakal berlangsung pada 12 April, sekaligus menandakan era baharu buat legasi mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


1. Servis repair iPhone
















