Ditulis, diarah dan diterbitkan oleh nama besar industri perfileman negara masa ini, Adrian Teh yang dikenali menerusi filem-filem seperti PASKAL: The Movie dan Wira, filem The Assistant dilihat tidak jauh bezanya dari segi skalanya yang besar dan nama-nama peneraju terkenal industri yang mewarnai filem aksi ini.
Sebagai filem aksi tempatan pertama yang menemui pawagam selepas industri seni perfileman kembali bernafas dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan, The Assistant mencipta sejarah tersendiri apabila diiktiraf di dua buah festival filem antarabangsa.
Adrian Teh (kanan) bersama salah seorang pelakon utama filem The Asisstant, Henley Hii.
REMAJA menemui Adrian sewaktu acara tayangan perdananya, Rabu lalu yang dihadiri oleh jemputan popular termasuklah Izara Aishah, Adib Khalid, Datin Nina Juren, Diana Danielle, Dafi Ismail di samping para pelakon filem tersebut seperti Iedil Dzuhrie Alaudin bersama Prisia Wulansari Nasution, Hairul Azreen bersama Hanis Zalikha, Henley Hii, Farali Khan, Tony Eusoff dan ramai lagi. Tentunya, hadir sama ialah Adrian Teh sendiri.
(Dari Kiri) : Adrian Teh, Hairul Azreen, Farali Khan, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Henley Hii.
Dalam temuramah yang sempat dilaksanakan bersama beliau, harapannya adalah agar semua penonton Malaysia akan mengambil waktu untuk menyokong filem tempatan di pawagam dan agar mereka seronok menonton The Assistant dari awal hingga penghujung bermula 19 Mei 2022.
And there is one more thing..
“Selepas anda menonton filem ini, jika boleh, minta usah ‘spoil’ jalan cerita filem ini. Ada sesetengah elemen daripada filem ini yang harus ditonton sebagai ‘first timer’. Ingat ya semua, no spoiler agar semua penonton yang merasai pengalaman ‘fresh’ ketika di pawagam,” titipnya.
Adrian Teh
‘Amaran’ ini dilihat terpaksa diberikan setelah beberapa insiden yang melanda baik filem tempatan mahupun filem antarabangsa yang menjadi mangsa ‘spoiler’ segelintir kecil yang bertuah untuk menonton lebih awal.
Tak best lah kan apabila kandungan filem yang mempunyai plot twist dan jalan cerita semenarik The Assistant tersebar terutamanya menerusi media sosial.
Save the excitement for the rest dan sekiranya korang benar-benar teruja dengan filem ini, tontonlah untuk kali kedua di pawagam! Apapun, tahniah buat Adrian Teh dan produksi The Assistant di atas kejayaan kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua kali melepaskan tawaran daripada Universiti Oxford demi impian dalam arena politik, ahli parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya menerima tawaran terbaru. Namun kali ini, ia bukan daripada universiti terkenal di United Kingdom itu.
Menerusi akaun media sosial beliau semalam, Syed Saddiq telah mengumumkan bahawa dia telahpun diterima masuk berserta tajaan biasiswa daripada National University of Singapore (NUS).
Ia melibatkan program 6 minggu di Lee Kuan Yew School of Public Policy.
“Alhamdulillah! Saya mendapat tempat dan biasiswa di National University of Singapore untuk program Lee Kuan Yew’s Senior Fellowship in Public Service.
“Saya telah menyimpan berita ini sejak Jun. Oleh kerana kelas akan bermula secara online esok (hari ini), saya fikir mengapa tidak untuk saya kongsikan berita baik ini dengan kamu semua.
“Sebagai orang muda, ada banyak yang perlu saya belajar lagi untuk meningkatkan kebolehan saya untuk berkhidmat.
“(Sebelum ini) Saya perlu melupakan pengajian sarjana saya di Universiti Oxford sebanyak 2 kali disebabkan oleh politik. Akhirnya, saya berpeluang untuk mengasah skil polisi am saya sambil berkhidmat untuk rakyat Malaysia,” catat beliau di Twitter semalam.
Untuk pengetahuan korang, program School of Public Policy ini dikhaskan kepada pemimpin senior dalam sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan-untung (non-profit). Ia mempunyai kurikulum yang berfokuskan kepada pembangunan kepimpinan setiap pelajarnya.
Dengar cerita, kos program ini boleh mencecah sehingga S$48,100 (kira-kira RM145,960) dengan penginapan atau S$41,500 (kira-kira RM125,930) tanpa penginapan.
Apapun, tahniah kami ucapkan kepada beliau! Ilmu nyata tidak mengenal waktu dan komitmen. Jika bijak membahagikan masa di antara pelajaran dan tugasan sebagai ahli parlimen, mengapa tidak kan?
Teringat pula kisah beliau semasa melepaskan tawaran daripada universiti Oxford dahulu.
Penyanyi terkenal tanah air, Anuar Zain, menzahirkan rasa sebak apabila mengenangkan nasib yang menimpa rakyat Palestin, terutama golongan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa korban oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Kata pelantun lagu popular Perpisahan itu, solidaritinya kepada saudara seagama terutama kepada kanak-kanak yang menderita di negara berkenaan sangat kuat.
“Saya menangis tengok keadaan mereka. Hati saya koyak rabak melihat penderitaan kanak-kanak di sana. Mereka tiada dunia untuk melihat dan ada doa sahaja.
“Memang itu yang ada dalam fikiran saya sebelum menganjurkan konsert solo ini. Namun, saya percaya kita sudah menunjukkan kasih sayang dekat saudara kita di Palestin.
“Saya juga ada buat perkongsian sedikit sebanyak di media sosial mengenai keadaan mereka di sana,” katanya pada sidang media selepas Konsert meraikan ulang tahun ke-40 pembabitannya dalam industri seni yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.
Bintang berusia 53 tahun itu turut berkesempatan menyeru orang ramai untuk sama-sama menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin untuk mengurangkan penderitaan mereka selain memanjatkan doa buat mereka yang berada di sana.
“Kalau ada rezeki lebih boleh infak untuk mereka menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.
“Kita kena berdoa dan beri kasih sayang kepada mereka melalui infak. Kita beri sokongan kepada orang yang teraniaya dan semoga urusan mereka dipermudahkan,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, konsert Anuar Zain berjaya memukau lebih 8,000 penonton yang membanjiri Stadium Malawati sejak jam 7 malam walaupun dalam keadaan hujan dan cuaca kurang baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Harris Alif berkongsi berita gembira apabila isterinya yang juga pelakon, Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat.
Menerusi perkongsi di Instastory miliknya, Harris memaklumkan dia baru sahaja menerima panggilan video mengenai kelahiran bayi keduanya itu.
“Alhamdulillah baru lepas video call. Harris junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eevie)? Lepas ini kita pergi tengok adik,” katanya.
Dalam hantaran lain, Harris turut menjelaskan dia tidak dapat bersama dengan pelakon filem Banglo Seksyen 12 itu di hospital kerana perlu menjaga cahaya mata sulung mereka, Eevie Khadeeja di rumah.
“Saya tidak dapat teman Intan kali ini sebab kena jaga Eevie. Ibu saya ada di sana teman dia,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Februari 2021 dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak semua orang berpeluang menyarung jubah konvokesyen bersama anak sendiri. Namun bagi graduan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia...