TMJ Taja Tanam Rumput Stadium Bukit Jalil, Hadiah Kepada Gelanggang Rasmi Harimau Malaya

Share

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau akan memberi tajaan kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Tunku Mahkota Johor telah menandatangani cek untuk padang baharu Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil dan ia merupakan sebagai hadiah kepada gelanggang rasmi pasukan kebangsaan Harimau Malaya.

Facebook: JOHOR Southern Tigers

Pemeriksaan di Stadium Nasional akan dilakukan pada 19 Mac 2022 sebelum meneruskan persiapan terakhir dengan Perbadanan Stadium Malaysia. Khabarnya, padang dan krew penyelenggaraan padang Stadium Sultan Ibrahim sudah bersedia untuk memulakan kerja.

Foto: Berita Harian

Walau bagaimanapun, TMJ berharap agar pihak berkuasa stadium memastikan padang itu dijaga dengan rapi dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak.

Facebook: JOHOR Southern Tigers

Stadium Nasional bakal digunakan sebagai gelanggang bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun depan selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memilih Malaysia sebagai salah satu daripada enam negara tuan rumah untuk kejohanan itu.

Semoga dengan sumbangan dan inisiatif yang dilakukan ini, pasukan Harimau Malaya lebih bersemangat dan memberikan prestasi terbaik sewaktu beraksi di atas padang. Moga kejayaan milik Malaysia.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2)

IKLAN