Berita

Stadium Nasional, Stadium Putra Dinamakan TM Stadium Nasional & Unifi Arena Mulai 6 Mac Lalu

Share

Bagi mengekalkan keselesaan, berdaya saing dan relevan sebagai lokasi penganjuran acara sukan dan hiburan bertaraf antarabangsa; Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini mengumumkan hak penamaan bersama Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Putra Bukit Jalil.

Bagi tempoh tiga tahun mulai 6 Mac lalu, Stadium Nasional akan dikenali sebagai TM Stadium Nasional manakala Stadium Putra dijenamakan semula menjadi Unifi Arena.

TM Stadium Nasional & Unifi Arena yang terletak sebelah-menyebelah di Bukit Jalil.

Konsep Hak Penamaan Semakin Popular

Kerjasama hak penamaan ini bukanlah suatu perkara yang baharu. Sebelum ini, Stadium Putra telah dijenamakan sebagai Axiata Arena.

Malah dalam aliran pengangkutan awam pula, stesen LRT KL Sentral telah dijenamakan menjadi stesen LRT KL Sentral redONE hasil kerjasama dengan jenama telekomunikasi tersebut.

TM Bangga Pegang Hak Penamaan

Konsep kerjasama hak penamaan ini adalah satu inisiatif strategik bagi memastikan ruangan dan fasiliti di kedua-dua stadium ikonik itu terus berada dalam kondisi terbaik untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Dana yang diperolehi akan difahamkan akan disalurkan untuk usaha menarik taraf dan menambah baik kemudahan stadium agar pengalaman pengunjung ke sana bertambah selesa.

TM Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, di pihak TM pula, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Amar Huzaimi Md Deris berkata, syarikat tersebut berbesar hati dengan kepercayaan yang diberi untuk memegang hak penamaan dua venue berkenaan.

Dengan harapan agar kerjaysama ini akan menyemarakkan lagi semangat kenegaraan rakyat terhadap kemudahan awam seperti di Bukit Jalil ini, TM turut berbangga apabila ia bakal menjadi sebahagian daripada detik-detik bersejarah yang bakal berlangsung di sana dalam tempoh tiga tahun ini.

Unifi Arena yang dahulunya dikenali sebagai Axiata Arena.

Jadi, korang halangan lah pula terkejut apabila laporan media dan ulasan wartawan atau pengacara di televisyen menyebut dua stadium tersebut dengan nama baharunya selepas ini! Hehe

SUMBER: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ