Fesyen dalam K-Drama memang buat penonton menangis. From head to toe, pihak produksi sajikan pilihan outfit yang trendy. Tak pernah nampak tak cantik!
Memang jatuh cinta lepas tengok penampilan Shin Min Ah sebagai Yoon Hye Jin dalam K-Drama “Hometown Cha-Cha-Cha” ni. Sudahlah memang cantik, tambah pula dengan gaya fesyen dan mekap ringkas dan segar lagi naik seri wajahnya.
Kalau bercakap bab jenama pula, rasanya semua jenama mahal mereka sarungkan pada para pelakon. Tapi tak apa, ini caranya nak bergaya ringkas dan segar seperti Yoon Hye mengunakan koleksi UNIQLO 21 fall/winter.
Lebih kurang je kan? So kenapa nak buang duit beli jenama yang mewah kalau kita boleh dapat look yang lebih kurang.
Tahun berganti tahun, musim berganti musim, ada saja benda baru yang Uniqlo bawa masuk memikat rakyat tempatan. Setiap rekaan koleksi yang minimalis, praktikal, trendy dan sopan sesuai dengan gaya hidup majmuk masyarakat kita.
Antara highlight yang memikat kamu semua kena sambar bulan November nanti ialah dengan +J Fall/Winter 2021. Kerjasama yang bermula pada musim lalu membawa kepada satu kejayaan. Kali ini, pereka legenda Jil Sander, yang membawa gaya moden yang lagi luar biasa untuk wanita dan lelaki.
Koleksi + J Fall / Winter 2021 melahirkan campuran musim sejuk dan musim luruh, tapi masih mengekalkan standard Uniqlo – minimalis, sofistikated dan keselesaan.
Ads
Masih lagi mengekalkan sofistikated tapi sedikit light, fun dan freedom.
Koleksi + J Fall/Winter 2021 akan berada di semua butik Uniqlo dan secara atas talian uniqlo.com mulai 11 November 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita mangsa demi mangsa maut selepas dipercayai terjebak dengan penghisapan vape berperisa telah membuka mata banyak pihak mengenai bahaya produk e-rokok.
Yes we hear you. Kami tahu ramai di antara korang yang akan menemplak berita sedemikian kerana tidak percayakan bahaya yang ada pada alternatif ‘terbaik’ untuk rokok konvensional ini.
Namun, statistik jumlah mangsa akibat e-rokok jenis vape berperisa telah menunjukkan peningkatan seperti yang dilaporkan sedang berlaku di Amerika Syarikat.
Niat awal pengenalan e-rokok adalah untuk membantu perokok tegar dewasa menjauhkan diri daripada tobako. Akan tetapi, ia juga telah menggalakkan 3.6 juta remaja di Amerika untuk mula menghisapnya.
Kemudahan untuk mendapatkan perisa vape di kedai atau secara online menjadikan obsesi remaja New York terhadap vape meningkat.
Lantas semalam (waktu Malaysia), Gabenor New York iaitu Andrew Cuomo telah mengumumkan pengharaman semua rokok elektronik berperisa kecuali perisa tembakau dan mentol di negeri itu.
Ia adalah reaksi pantas New York terhadap masalah paru-paru membawa maut yang dikaitkan dengan tabiat menghisap vape.
Cuomo berkata, e-rokok berperisa buah dan gula-gula boleh membawa kepada ketagihan golongan muda kepada nikotin.
Tatkala ramai remaja di sana merasakan e-rokok berperisa bubblegum, cotton candy dan sebagainya adalah selamat dan terus-menerus menghisapnya, mereka tidak sedar implikasi teruk yang akan berlaku kepada mereka dalam tempoh singkat.
New York menjadi negeri kedua memperkenalkan larangan seumpama itu di Amerika selepas Michigan melakukannya pada awal bulan ini.
Setakat ini, hampir 400 orang di Amerika telah mengalami sakit paru-paru yang berkemungkinan besar ada kaitan dengan hisapan vape. Manakala, 7 dilaporkan telah meninggal dunia.
Penjual e-rokok diberikan 2 minggu untuk menghentikan stok produk sebelum larangan itu dilaksanakan.
Pada pendapat korang, mampukah Malaysia melakukan larangan yang sama?
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Latok pernah menjadi tular di media sosial apabila ramai masyarakat Malaysia memuat naik video berkongsi pengalaman mereka menikmati rumpai laut ini.
Bagi masyarakat di Semenanjung, mungkin ramai yang masih tidak biasa mendengar atau ada juga yang tidak pernah mencuba, tetapi jika korang ke Sabah, latok terkenal dan dijual di kebanyakan pasar di sana.
Dalam istilah saintifik, latok dikenali sebagai Caulerpa lentillifera, iaitu sejenis rumpai laut. Rumpai laut ialah tumbuhan laut yang dikenali sebagai alga, dan berbeza mengikut pigmen warna aslinya seperti merah, hijau, atau perang. Latok ialah sejenis rumpai laut berwarna hijau. Oleh kerana biji-biji latok menyerupai buah anggur, ia turut digelar sebagai umibudo (anggur laut) dalam bahasa Jepun.
Rasanya yang masin dinikmati bersama sos buatan sendiri menjadikan makanan ini unik dan ia juga merupakan makanan tradisi di Sabah terutamanya bagi masyarakat Bajau dan Sulu. Latok biasanya dimakan sebagai ulam bersama nasi, lauk pauk dan sayuran lain.
Tahu tak korang sebenarnya latok ini mempunyai pelbagai khasiat. Ha, bukan makan saja-saja tau, banyak manfaat yang korang boleh dapat.
Let’s check this out!
1. Antioksida dan anti-bakteria
Satu kajian telah dilaukan secara spesifik ke atas spesies rumpai laut ini membuktikan bahawa ia mempunyai kesan antioksida dan anti-bakteria yang tinggi terhadap bakteria Staphylococcus aureus.
2. Mengawal paras gula dalam darah
Estrak latok didapati dapat meningkatkan penghasilan insulin dan pengambilan gula dari dalam darah oleh sel lemak. Hasil kajian mencadangkan bahawa rumpai laut ini berpotensi dalam membantu mengawal gula dalam darah dan mencegah diabetes.
3. Menyumbang kepada kesihtan jantung
Kandungan asik lemak asid lemak tidak tepu dalam latok berupaya mengurangkan kadar kolesterol, meningkatkan keanjalan salur darah, memelihara struktur kolagen arteri, lantas mencegah penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.
4. Membantu mencegah kanser
Melalui sebuah kajian, oligosakarida yang terhasil daripada tumbuhan latok melalui rawatan asid mampu mengurangkan jumlah sel kanser payudara. Kesan ini dipercayai berikutan fungsi rumpai laut untuk menyebabkan apoptosis (kematian) sel kanser tersebut berlaku.
Kredit foto: Harian Metro
5. Menguatkan tulang dan sendi
Latok kaya dengan kandungan protein, kalsium, dan asid lemak tidak tepu seperti omega-3, yang berkesan melegakan keradangan dan mengurangkan gejala artritis.
6. Membantu mencegah goiter
Dalam 100 gram latok, terdapat kira-kira 1.8 miligram iodin. Individu kekurangan iodin berisiko mempunyai tubuh yang tidak mampu menghasilkan hormon tiroid mencukupi lalu mengakibatkan goiter. Selain keju, telur, ikan air masin, dan kerang, rumpai laut juga merupakan salah satu sumber makanan yang membekalkan iodin.
7. Menghasilkan kulit dan rambut yang lebih sihat
Kandungan lemak di dalam tumbuhan ini membantu memelihara membran sel, memperbaiki keanjalan, dan mengurangkan kebolehtelapan (permeability) dinding salur darah bagi mengurangkan gejala kulit kering.
Selain itu, kandungan vitamin A dan C di dalam latok juga mampu menghasilkan kolagen dan antioksida. Ia dianggap sebagai ‘bahan kosmetik semula jadi’ yang menambah baik kesihatan kulit dan rambut, serta melambatkan proses penuaan.
Namun, tidak semua orang yang boleh terima rasa latok ini kerana rasanya yang agak masin. Korang pula bagaimana?
Kami pasti ramai yang mempunyai masalah resdung dan seringkali mencari alternatif bagi mengubati penyakit ini.
Macam-macam jenis ubat resdung yang kita selalu lihat di iklan-iklan media sosial dan juga flyers yang diedarkan. Persoalannya, apakah benar jenis rawatan yang diiklankan itu memang boleh merawat resdung?
Jom kita baca thread yang telah dibuat oleh doktor ENT, Dr Mohd Shaiful Nizam di laman twitternya.
Apakah itu resdung?
Resdung dikategorikan kepada dua jenis iaitu alahan hidung (allergic rhinitis) dan radang sinus (sinusitis). Alahan hidung bukanlah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman, tapi merupakan satu tindak balas hidung pada alahan tertentu seperti makanan, debu persekitaran, hama dan bulu binatang.
Sesetengah individu mengalami alahan teruk yang menyebabkan sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan daripada orang normal. Ia dikenali sebagai hypersensitiviti. Inilah yang menyebabkan hidung korang membengkak dan mengeluarkan cecair hingus secara berterusan.
Bagi penghidap resdung, korang mesti faham sangat akan situasi seperti ini.
Gejala utama alahan hidung
• Bersin yang berterusan, terutamanya waktu pagi
• Hidung kerap berair
• Hidung tersumbat
• Gatal-gatal pada kawasan hidung dan mata
Rawatan alahan hidung
Hindarkan allergen dan kawasan yang berdebu. Doktor akan memberi ubat anti histamine atau spray hidung; atau kedua-duanya sekali bergantung peringkat resdung korang (sekejap atau berterusan).
Radang sinus
Paranasal sinus adalah rongga udara yang diselaputi oleh mukosa yang terdapat dalam tengkorak kepala. Jangkitan virus/bakteria/kulit akan menyebabkan radang pada sinus sama ada radang akut atau kronik.
Gejala sinusitis
• Sakit muka pada bahagian sinus yang terlibat
• Hingus pekat kekuningan dan berbau
• Hidung tersumbat
• Kurang deria bau
• Sakit kepala dan sukar bernafas (teruk)
Rawatan sinusitis
Untuk radang akut, korang akan diberikan antibiotik yang sesuai, selai ubat anti histamine dan spray hidung. Pembedahan akan dilakukan sekiranya rawatan konservatif (ubat) ini gagal, serta selepas dikesan melalui imbasan CT scan.
Komplikasi radang akut sinusitis yang tidak dirawat dengan betul boleh merebak ke kawasan mata dan juga merebak ke dalam otak.
Menurut doktor ini lagi, ulat resdung sebenarnya tak wujud dan ulat ini juga bukan penyebab utama kepada resdung. Jika ada ulat dalam resdung ini mungkin telah berlaku komplikasi yang sangat teruk dan tidak mendapatkan rawatan yang sebetulnya.
Lebih baik sekiranya korang terus mendapatkan nasihat daripada doktor, daripada mengambil rawatan yang belum tentu beri manfaat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.