
Gambar Hiasan AI
“Eh, pening kepalalah nak pilih beauty blender ni. Dah lah banyak jenis, bentuk pun lain-lain. Ish, tak tahulah nak pilih!”
Kalau kamu baru nak belajar dunia solekan, pasti pening nak pilih beauty blender yang sesuai. Alat kecil ini nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting untuk hasilkan makeup base yang flawless dan tahan lama. Di pasaran sekarang, terlalu banyak pilihan dari bentuk, saiz hingga tekstur semuanya nampak menarik tapi tak semuanya sesuai untuk beginner.
Jadi bagaimana nak tahu beauty blender mana yang betul-betul sesuai untuk kamu? Jom baca 5 tips bijak pilih beauty blender untuk beginner supaya hasil makeup kamu nanti nampak kemas, sekata dan profesional!
Ramai masih keliru antara beauty blender dan span mekap biasa. Hakikatnya, beauty blender mempunyai bentuk khas berlekuk dan runcing di hujung yang membolehkan sapuan produk jadi lebih sekata dan lembut di kulit. Reka bentuk ini juga memudahkan kamu mencapai kawasan kecil seperti tepi hidung dan bawah mata, menjadikan hasil akhir lebih licin tanpa kesan tompokan.
Tidak semua beauty blender digunakan untuk tujuan yang sama. Sebagai beginner, kamu perlu tahu jenis dan fungsinya supaya tidak tersilap beli. Antara jenis popular yang boleh kamu cuba ialah:
Dengan mengenali setiap jenis beauty blender, kamu bukan saja jimat duit, malah tahu blender mana patut digunakan mengikut gaya mekap harian kamu.
Untuk beginner, bentuk beauty blender paling selamat dan mudah digunakan ialah bentuk telur separa bulat dengan hujung sedikit runcing. Bahagian bawahnya sesuai untuk ratakan foundation di pipi dan dahi, manakala bahagian runcing boleh digunakan untuk kawasan sempit seperti bawah mata dan sisi hidung. Bentuk ini bantu makeup kamu nampak lebih smooth dan semula jadi.
Saiz beauty blender menentukan kawasan penggunaannya:
Kalau kamu baru belajar, pilih set beauty blender yang mempunyai dua saiz berbeza supaya mudah digunakan untuk pelbagai bahagian wajah.
Tekstur adalah kunci kepada hasil makeup flawless. Pastikan beauty blender kamu lembut, anjal dan tidak keras bila dipicit. Tekstur sebegini bantu foundation disapu dengan sekata dan elak wajah nampak tebal. Selain itu, beauty blender berkualiti tinggi juga kurang menyerap produk, jadi kamu jimat foundation dan hasil makeup lebih tahan lama.
Ramai ingat beauty blender nampak bersih, tapi sebenarnya liang span mudah perangkap kotoran dan bakteria. Menurut perkongsian Public Health Malaysia, tanpa cucian yang betul, beauty blender boleh jadi sarang bakteria dan kulat. Akibatnya, kulit mudah berjerawat, kemerahan dan pedih.
💡 Tip ringkas penjagaan:
Cuci setiap kali guna dengan sabun lembut.
Perah dan keringkan sepenuhnya.
Jangan kongsi dengan orang lain.
Tukar setiap 1–3 bulan untuk elak jangkitan kulit.
Cantik bukan sekadar makeup, tapi juga cara kamu jaga kebersihan alat solek. Kulit yang sihat bermula dari alat yang bersih!
Pemilihan beauty blender yang betul bukan sekadar ikut trend atau warna comel. Ia tentang memahami bentuk, tekstur dan fungsi yang sesuai dengan gaya solekan kamu serta menjaga kebersihannya setiap kali digunakan. Bila kamu tahu asas ni, hasil makeup bukan je flawless tapi kulit pun kekal sihat dan berseri.
✨ Tip Remaja: Cantik luar dan dalam bermula dari kebersihan! Pastikan beauty blender kamu bersih sebelum setiap sapuan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.