Selepas sepuluh bulan diserang iskemia sementara (TIA) atau dikenali sebagai strok mini, personaliti media sosial dan model terkenal, Hailey Bieber dilihat semakin terbuka untuk berkongsi mengenai kesihatan fizikal dan mentalnya kepada umum.

Menerusi satu episod podcast Run-Through With Vogue, isteri penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber itu mendedahkan kesan buruk dan pergelutan yang dialaminya akibat penyakit berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hailey Bieber Kongsi Ada ‘Cyst Ovari’ Sebesar Epal, 5 Tanda OVARI CYST Yang Bahaya

“la Sangat Menakutkan…” Hailey Bieber Kongsi Kesan Serangan Strok Mini Terhadap Kesihatannya

Kata wanita tinggi lampai itu, serangan strok mini yang terjadi kepada diirinya itu adalah suatu perkara paling menakutkan yang pernah terjadi dalam hidupnya.

IKLAN

“Saya bergelut dengan gangguan kebimbangan selepas diserang strok. Saya juga mengalami PTSD (Gangguan Stres Pasca Trauma) dan berasa takut yang ia mungkin akan berlaku lagi.

“la adalah perasaan seperti saya tidak mahu mengalaminya lagi. la sangat menakutkan, menggetarkan dan membingungkan dalam setiap cara yang anda boleh bayangkan,” katanya.

“la Sangat Menakutkan…” Hailey Bieber Kongsi Kesan Serangan Strok Mini Terhadap Kesihatannya

IKLAN

Untuk perkembangan terkini, pengasas Rhode Beauty itu perlahan-lahan menikmati kembali kehidupannya tanpa memikirkan kemungkinan yang boleh berlaku terhadap kesihatannya, pada masa hadapan.

“Saya mengimbas kembali pengalaman itu dan menyedari ia mungkin menjadi lebih teruk. Banyak perkara lebih buruk boleh berlaku pada masa itu,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, selepas sebulan dimasukkan ke hospital akibat angin ahmar dan menjalani beberapa ujian, dia disahkan menghidap patent foramen ovale (PFO) iaitu lubang kecil di antara dua ruang atas jantung, atrium kanan dan kiri, yang melepaskan darah beku ke otak.

IKLAN

“la Sangat Menakutkan…” Hailey Bieber Kongsi Kesan Serangan Strok Mini Terhadap Kesihatannya

Harley terpaksa menjalani pembedahan bagi menutup lubang tersebut yang bersaiz sekitar 12 hingga 13 milimeter.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Justin Bieber& Hailey Bieber

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI