Banyak di antara kita yang sering terlepas pandang tentang pentingnya penggunaan pelindung matahari SPF atau sunblock, kan?
Tapi, sebenarnya, penggunaan sunblock setiap hari, terutamanya bila korang keluar rumah, sangatlah penting. Tak kisah lah cuaca panas terik atau mendung, kulit tetap memerlukan perlindungan!
Sunblock bukan saja melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB, malah membantu mencegah iritasi kulit, terutama di negara panas dan lembap macam Malaysia.
Sinaran matahari boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit, jadi kita perlukan perlindungan yang betul.
SPF, atau Sun Protection Factor, berfungsi berdasarkan jenis kulit dan warna kulit korang. SPF ni sangat penting untuk mencegah keadaan perubatan yang serius seperti kanser kulit.
Selain itu, TPF (Tan Protection Factor) pula membantu untuk elak pigmentasi dan perubahan warna pada kulit. Pilih pelindung matahari ikut warna kulit, ya! Kalau kulit gelap, pilih SPF rendah, dan kalau kulit cerah, SPF lebih tinggi lebih sesuai.
Ads
Jom kita tengok tip memilih sunblock yang sesuai mengikut jenis kulit!
Kulit Berminyak
Kulit berminyak memang agak mencabar. Biasanya kawasan hidung, dahi, dan pipi cepat berminyak. Jadi, pilihan terbaik untuk korang adalah sunblock dalam bentuk gel atau formula SPF berasaskan air (aqua). Krim dalam bentuk serbuk juga boleh bantu kurangkan kilauan minyak. Produk ini mengeringkan kulit tanpa buatkan ia kelihatan terlalu berminyak.
Kulit Normal
Bagi yang memiliki kulit normal, korang bertuah sebab jenis kulit ni tak banyak masalah. Kulit nampak sihat dan berseri, cuma perlukan pelindung matahari biasa. Krim sunblock berasaskan krim yang ringan adalah pilihan terbaik.
Ads
Kulit Kering
Kulit kering mempunyai sedikit sebum dan boleh jadi sangat sensitif. Biasanya kulit akan rasa ketat dan kurang selesa selepas mencuci muka. Untuk kulit jenis ini, losyen atau pelembap SPF adalah pilihan terbaik. Krim yang lebih tebal dan melembapkan akan memberi kelegaan kepada kulit kering, jadi pastikan memilih produk yang lebih berkrim dan bukan matte. Semakin tinggi SPF, semakin berat formulanya.
Apa Jadi Kalau Tak Pakai Sunblock?
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine pada 2013, pendedahan kepada sinaran matahari merupakan punca utama penuaan kulit, dengan sekitar 90% kerosakan kulit disebabkan oleh sinaran matahari. Tanpa perlindungan, kulit boleh mengalami keradangan atau melepuh yang menyebabkan tisu kulit rosak.
Kerosakan kulit ini akan menyebabkan sel-sel imun berkumpul untuk menyembuhkan tempat yang rosak, dan ini boleh mengakibatkan sensasi terbakar yang menyakitkan. Lebih teruk lagi, kerosakan ini menjadi risiko kepada kanser kulit.
Ads
Sinaran matahari juga menyebabkan pembentukan jerawat. Sinar UV yang terlalu banyak boleh menyebabkan sel-sel mati yang menyumbat liang pori dan memperburuk jerawat.
Walaupun kulit yang tan mungkin kelihatan menyembunyikan kemerahan jerawat, hakikatnya, pendedahan kepada matahari hanya memperburuk masalah tersebut!
Bila Waktu Sesuai Pakai Sunblock?
Disyorkan supaya korang memakai sunblock sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum keluar rumah. Ini memberi masa untuk produk kering dan bertindak dengan baik pada kawasan kulit yang terdedah. Sapu semula setiap 2 jam kalau korang berada di bawah matahari sepanjang hari, walaupun ketika cuaca berawan. Sebabnya, 80% sinaran UV masih boleh menembus awan!
Kalau keluar ke pantai atau kawasan terbuka, pastikan sapu semula setiap 15-20 minit. Jangan lupa untuk bersihkan muka atau lap dengan tisu basah sebelum menyapu semula sunblock.
Ingat, setiap kali keluar rumah, pastikan krim pelindung matahari tak tertinggal! Jangan ambil mudah, kerana kulit kita memerlukan perlindungan sepanjang masa!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai orang teruja untuk kelihatan kurus. Ada mengamalkan diet Atkins, diet ketat malah sanggup mengambil pelbagai suplemen tambahan demi untuk kelihatan kurus tanpa tahu apa isi kandungan produk diambil.
Lebih teruk syarikat-syarikat pengeluar juga mengambil kesempatan atas testimonial dengan memaparkan kejayaan individu memiliki bentuk badan idaman dan masa yang sama cuba memanipulasi kecenderungan orang ramai demi mengaut keuntungan tinggi.
Mungkin selepas membaca tulisan Pakar Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdulah ini khususnya tentang TEH HIJAU, jika sebelum ini ramai mempercayai teh ini mampu menguruskan berat badan dengan sangat cepat tanpa perlu bersenam, mungkin boleh memikirkan sedalam-dalamnya. Sebaiknya sebelum mempercayai sesuatu poduk, buatlah dulu kajian mendalam kerana kalau sakit, kita juga yang menanggung akibatnya. Baca tulisannya di entri fbnya.
Teh hijau kuruskan anda, tanpa jaga pemakanan & senaman? Jawapannya mengarut.
Kalau ada pun, SANGAT SEDIKIT kesannya. Tak payahlah buang duit.
Terutamanya di Malaysia ini, entah apa bahan di campur kan ke dalam produk tersebut.
Saya serta kan kajian yang telah diterbitkan oleh Cochrane review. Kajian jenis systematic review adalah yang terbaik; menggabungkan kesemua kajian yang ada, menganalisa setiap satu terutamanya kualiti setiap kajian. Kesimpulan akan dilakukan setelah kesemuanya diteliti dan di analisa. Bukan suka-suki macam apa yang jurujual kata ya. Petik google, petik majalah.
Kami tak main google. Banyak fakta mengarut di situ. Kalau nak sangat google, mohon guna google scholar. Akan keluar artikel yang berilmiah sedikit.
Jadi, mengikut keputusan systematic review ini: dalam 1030 orang yang mengambil green tea, pengurangan berat badan hanya antara -3.5 hingga -0.2kg sahaja. Itupun paling kurang waktu kajian 3 bulan.
Ya. TIGA BULAN.
Jadi, mana-mana jurujual kata kurang 10kg dalam seminggu itu nampak sangat MENGARUT. Tidak ada teh hijau atau apa-apa produk pun yang boleh ada efek begitu KECUALI ada bahan lain yang di campur bersamanya. Antara yang selalu di campur (terutamanya dalam produk) untuk mendapat efek kurus cepat adalah bahan dinamakan SIBUTRAMINE. Dah banyak dah produk didapati campuran ini.
Boleh baca https://www.facebook.com/mohd.dziehan/posts/10156265049682630
Jadi, kesimpulannya jika ada yang jual kepada anda produk bagi kurus, mohon hati-hati.
Ianya adalah MENGARUT. Tak payahlah nak risikokan nyawa anda mengambil produk yang tidak ada efek pun. Pakai kasut, pergi jalan-jalan beriadah diluar rumah tu.
Takkan dah menelan makanan sedap lebih 20 tahun, nak kurus dalam seminggu? Lemak pun dah tepu dah.
Praktik gaya hidup sihat.
Jom kurus dengan cara sihat ?
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia, setiap negara mahu menyediakan fasiliti kesihatan terbaik untuk rakyatnya.
Kebanyakan negara masih memperkenalkan swab test dengan mengambil sample di tekak dan hidung untuk menguji sama ada seseorang dikesan positif COVID-19 atau tidak.
Negara jiran, Singapura bagaimanapun sudah jauh ke hadapan membangunkan ujian pernafasan yang lebih cepat dan tidak menyakitkan berbanding keadah sekarang.
Memetik laporan Harian Metro, penyelidik di Singapura sedang membangunkan ujian pernafasan bagi mengesan virus yang menyebabkan Covid-19 dalam tempoh seminit.
National University of Singapore (NUS) berkata, ujian berkenaan yang mengesan sebatian organik mudah meruap (VOC) dalam nafas individu berjaya mencapai lebih 90 peratus keputusan tepat dalam ujian klinikal yang dijalankan ke atas 180 pesakit.
Individu yang diuji hanya perlu menghembuskan nafas menggunakan penutup mulut pakai buang yang disambungkan ke alat penguji berketepatan tinggi.
Nafas yang dihembuskan itu dikumpul dan dimasukkan ke dalam spektrometer untuk diukur. Mesin yang dilengkapi perisian kemudiannya menganalisis profil VOC dan mengeluarkan keputusan dalam masa satu minit.
Teknologi berkenaan yang dibangunkan syarikat pemula niaga NUS, Breathonix menawarkan penyelesaian pantas dan selesa untuk mengenal pasti jangkitan Covid-19, kata universiti itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Breathonix, Dr Jia Zhunan berkata, VOC dihasilkan secara konsisten oleh pelbagai tindak balas biokimia dalam sel manusia.
“Penyakit yang berlainan menyebabkan perubahan spesifik pada sebatian, mengakibatkan perubahan yang dapat dikesan dalam profil nafas seseorang. Oleh itu, VOC dapat diukur sebagai penanda penyakit seperti Covid-19.
“Penutup mulut sistem ini mempunyai injap sehala dan perangkap air liur yang menghalang penyedutan dan air liur daripada memasuki mesin berkenaan,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika ini, Miss Global Malaysia 2021/22, Sandra Lim sedang mengikuti pertandingan Miss Global 2022 bertempat di Bali, Indonesia. Dia yang sudahpun berada disana sejak enam hari lalu telah mendapat perhatian daripada pemerhati dunia ratu cantik seluruh dunia.
Buktinya, baru sahaja memulakan perjuangan, dia telah menerima anugerah Best Impression for Press Conference. Kemenangannya itu adalah hasil undian dari para media Indonesia yang hadir ke majlis tersebut.
Acara tersebut adalah sesi memperkenalkan wakil seluruh dunia yang menyertai pertandingan Miss Global. Tempat kedua pula jatuh kepada wakil Indonesia dan tempat ketiga dimenangi oleh wakil Korea Selatan.
Ketika menghadiri majlis sidang media itu, kelihatan Sandra tampil anggun dalam gaun labuh rona perak dan hitam berbelah tinggi rekaan jenama fesyen Malaysia, Wan and Mary.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagamnya, gadis berusia 21 tahun ini berkata, “Terbang tinggi! Terima kasih kepada organisasi Miss Global, penyokong ratu cantik Indonesia dan media yang mengundi saya sebagai Best Impression for Press Conference. Anugerah ini sangat bermakna kerana saya menerima sokongan daripada orang bali dan rakyat Indonesia.”
Tahun ini pertandingan Miss Global menyaksikan lebih 74 peserta menyertainya dari seluruh dunia. Malaysia setakat ini belum pernah memenangi mahkota pertandingan yang mula dianjurkan pada tahun 2013 ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!