Tinggalkan Hadiah Istimewa Buat Peminat, Cha Eun Woo Bakal Lancar Album Solo Sebelum Masuk Tentera

Share

Bintang sensasi K-Pop, Cha Eun Woo baru-baru ini meraih perhatian peminat selepas mengumumkan beliau kini sedang giat menyiapkan album solo pertamanya sebelum menjalani latihan ketenteraan pada akhir bulan ini.

Menurut pihak agensinya, Fantagio mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan ringkas.

“Memang benar Cha Eun Woo sedang dalam proses menyiapkan album solo. Tarikh pelancarannya masih dalam perbincangan,” jelas kenyataan itu.

Kredit foto: Instagram Cha Eunwoo
Kredit foto: Instagram Cha Eunwoo

Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi berbakat ini difahamkan telah diterima masuk ke dalam unit Military Band dan dijadualkan untuk memulakan latihan ketenteraan sebagai tentera aktif bermula 28 Julai ini.

Apa yang lebih menarik, pemilik nama sebenar Lee Dong Min itu juga dilaporkan sudah pun selesai menjalani penggambaran muzik video bagi lagu dalam album terbaru itu.

Terkenal sebagai salah seorang selebriti serba boleh, Cha Eun Woo menyifatkan kehadiran album solo ini dilihat sebagai sebuah ‘hadiah perpisahan’ buat para peminat yang bakal merindui kelibatnya selama tempoh 18 bulan perkhidmatan wajib tersebut.

Kredit foto: Instagram Cha Eunwoo
Kredit foto: Instagram Cha Eunwoo

Pada 12 Julai lalu, Cha Eun Woo telah mengadakan satu perjumpaan eksklusif bersama peminat berjudul ‘THE ROYAL’ di Kyung Hee University Peace Hall, Seoul. Dalam sesi tersebut, beliau telah mempersembahkan lagu yang masih belum dilancarkan kepada peminat kesayangannya. 

“Saya mahu membuat anda semua tersenyum dan mencipta memori yang menyeronokkan dan membahagiakan. Terima kasih kepada anda semua, saya akan pergi dan kembali dengan sihat dan gembira. Mari kita jumpa lagi nanti,” katanya.

Sementara itu, selain kerjaya muzik, beliau yang juga merupakan seorang pelakon bakal membintangi dalam siri Netflix ‘The Wonderfuls’ dan filem terbaru berjudul ‘First Ride’. Malah, pada 18 Jun lalu, Cha Eun Woo baru sahaja mengadakan konsert VR bertajuk ‘Cha Eun Woo VR Concert: MEMORIES’.

Wah! Selepas ini pasti para peminat akan merindui wajah Cha Eun Woo yang kacak ini kan!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE