Momen kemenangan Timothée Chalamet sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di acara Critics Choice Awards 2026 semalam bertambah manis apabila aktor berkenaan meluahkan rasa cintanya terhadap kekasih, Kylie Jenner.

Timothée, 30 menerima trofi berkenaan untuk lakonan memberansangkan dalam filem Marty Supreme; sekaligus mengenepikan calon-calon popular lain seperti Leonardo DiCaprio, Michael B. Jordan, Ethan Hawke, Joel Edgerton dan Wagner Moura.

Ini juga merupakan kemenangan sulungnya di Critics Choice Award setelah pernah dicalonkan selama empat kali sebelum ini.

Timothée Chalamet Luah Rasa Cinta Di Critics Choice Award 2026, Tak Pura-Pura Bercinta Dengan Kylie Jenner Selama Ini!
Timothée Chalamet

“Untuk pasangan saya selama tiga tahun…”

Menariknya, Timothée tidak teragak-agak untuk memberikan penghargaan buat kekasihnya yang juga merupakan pemilik empayar kosmetik, Kylie Jenner.

Di akhir ucapannya sewaktu berada di pentas, dia berterima kasih di hadapan khalayak ramai kepada Kylie sambil kamera terus merakamkan reaksi wajah kekasihnya itu.

“Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasangan saya selama tiga tahun,” katanya. “Terima kasih di atas asas perhubungan kita.”

Timothée Chalamet Luah Rasa Cinta Di Critics Choice Award 2026, Tak Pura-Pura Bercinta Dengan Kylie Jenner Selama Ini!

Ads

Momen tersebut sekaligus mengesahkan kisah cinta mereka dan Timothée ternyata tidak berpura-pura mencintai Kylie biarpun mereka pernah dituduh bersama selama ini sebagai satu bentuk stun publisiti buat peminat.

“Saya cintai kamu. Saya tidak boleh melakukan ini tanpa kamu. Terima kasih dari jauh di sudut hati saya,” katanya manakala Kylie yang sedang duduk di kalangan hadirin yang hadir membalas semula dengan berkata, “I love you.”

Timothée Chalamet Luah Rasa Cinta Di Critics Choice Award 2026, Tak Pura-Pura Bercinta Dengan Kylie Jenner Selama Ini!

Terima restu ibu, Kris Jenner

Hubungan cinta Timothée Chalamet dan Kylie Jenner bermula perlahan apabila kelibat mereka bersama hanya dirakamkan menerusi lensa paparazi di Hollywood.

Setelah mulai selesa, Kylie mula menemani Timothée di acara karpet merah sewaktu menghadiri anugerah berprestij. Namun, masing-masing tidak pernah membuka mulut mengenai hubungan mereka ini.

Ads

Timothée Chalamet Luah Rasa Cinta Di Critics Choice Award 2026, Tak Pura-Pura Bercinta Dengan Kylie Jenner Selama Ini!

Yang pasti, ibu Kylie iaitu Kris Jenner cukup merestui hubungan tersebut dan tidak berselindung untuk memberikan sokongan terhadap filem Marty Supreme sewaktu keraian Hari Natal yang lalu.

Malah, nama Timothée juga jelas kelihatan pada perhiasan rumah ‘gingerbread’ keluarga Kardashian-Jenner yang menjadi tradisi musim percutian mereka pada setiap tahun.

BACA: Timothée Chalamet & Kylie Jenner Berkekalan! Hangat Bercinta Di Golden Globes Meski Hubungan Dipandang Serong

Ads

Timothée Chalamet Luah Rasa Cinta Di Critics Choice Award 2026, Tak Pura-Pura Bercinta Dengan Kylie Jenner Selama Ini!

Sebagai info, Kylie merupakan ibu kepada dua orang anak; Stormi, 7, dan Aire, 3, bersama-sama bekas kekasihnya, Travis Scott.

Manakala Timothée pula pernah dikaitkan dengan beberapa nama terkenal sebelum ini termasuk Lourdes Leon, anak kepada Madonna semasa zaman persekolahan; serta Lily-Rose Depp, Eiza González dan model Sarah Talabi.

BACA: Kylie Jenner Sedih Dikritik Selepas Tampil Lebih Natural dan Nampak Tua Dari Usia

Kemenangan Timothée Chalamet di Critics Choice Awards kali ini bukan sahaja menandakan pencapaian besar dalam kerjayanya, malah menjadi simbol kebahagiaan peribadi yang kini tidak lagi disorokkan daripada umum.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads