Teknik pembelian oleh generasi baru kini lebih terarah pasaran atas talian atau online shopping. Kini, pelbagai jenis barangan dan servis boleh dibeli serta dipesan semudah menekan butang pada telefon pintar sahaja.
Terbaru, aplikasi media sosial popular TikTok khabarnya bakal melancarkan TikTok Shop tidak lama lagi. Ia sekaligus akan memberikan saingan kepada beberapa platform atas talian sedia ada seperti Shopee, Lazada, Zalora dan Carousell.
Mengikut laporan, TikTok Shop membolehkan penjual menyenaraikan produk dan pengguna boleh memilih lalu membeli secara menerus tanpa perlu meninggalkan aplikasi tersebut.
Ads
Seperti mana-mana aplikasi online shopping lain, sejumlah promosi dan diskaun turut dijangka akan ditawarkan penjual. Menerusi perkongsian awal, TikTok berkata cabang TikTok Shop mereka ini akan menawarkan sokongan penghantaran percuma. Wow!
Dua kategori penghantaran yang ditawarkan itu ialah Ship by TikTok (dengan pilihan rakan logistik TikTok) atau Ship by Seller (ditentukan oleh penjual).
TikTok Shop ini juga akan diintegrasikan pada fungsi carian di aplikasi berkenaan secara terbina, selain boleh diintegrasikan bersama siaran langsung pada TikTok – lalu membolehkan anda mempromosikan dan menjual pada waktu yang sama.
Ads
Satu ikon khas akan ditambah pada halaman profil pengguna sekiranya mempunyai TikTok Shop, dan yang lain boleh menyemak produk yang ditawarkan dengan mudah melalui halaman berkenaan.
Kepada pembeli, korang boleh memilih daripada beberapa mod pembayaran termasuklah ciri pembayaran sewaktu penerimaan (COD) dengan had sehingga RM10,000.
*
Menarik bukan! Bagi para penjual tempatan yang berminat, korang sudah boleh mendaftar untuk menyertai TikTok Shop di sini.
Ads
Dengan pencarian para penjual TikTok Shop di Malaysia, kita dijangka bakal melihat berkembang sepanjang tahun ini. Korang bolehlah mencuba platform ini pula untuk menjana pendapatan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesi uji bakat pencarian Hero Remaja 2020 diteruskan pada hari kedua dan kali ini tumpuan kami teralih kepada seorang peserta yang merupakan adik kepada Naib Juara Hero Remaja 2012, Syafiq Kyle.
Mohamad Syazwan Emir Abdul Razak turut hadir pada sesi uji bakat hari ini dan baginya, tidak salah jika dia ingin mengikut jejak abangnya. Merupakan bekas pelajar Aswara yang mengambil jurusan teater, Syazwan mengakui bahawa dia bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya.
“Saya datang ke uji bakat Hero Remaja adalah untuk mencuba nasib dan sememangnya saya ingin menjadi seorang pelakon dan ikon kepada remaja. Sebelum ini, saya ada juga buat beberapa persiapan seperti melihat kembali sejarah-sejarah Hero dan Dewi Remaja dan bertanya kepada individu yang sudah berpengalaman untuk saya mendapatkan semangat,” jelasnya.
Niatnya untuk ke uji bakat Hero Remaja disokong sepenuhnya oleh Syafiq Kyle dan selebriti tersebut sempat memberikan nasihat dan semangat sebelum Syazwan datang ke Kumpulan Media Karangkraf hari ini.
“Abang saya memang tahu saya nak datang casting Hero Remaja dan dia sangat-sangat supportive. Dia cakap pergi saja. Dapat tak dapat tu belakang cerita. Paling penting, saya tahu apa yang saya nak buat dalam hidup saya,”
“Pesanan dia yang saya paling ingat adalah just be yourself, jangan gopoh dan kelam-kabut. Jadi diri sendiri, biar mereka dapat lihat keunikan yang ada dalam diri saya,” jelas Syazwan lagi.
Good luck kami ucapkan buat semua peserta yang hadir uji bakat hari ini. Sesi uji bakat akan disambung pada minggu hadapan di lokasi dan waktu yang sama, Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam pada jam 9 pagi hingga 4 petang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ada yang mesej saya minta bantuan seperti nak beli susu anak, untuk pendidikan dan sebagainya.
“Saya bagi je bantuan tapi tak dinafikan, ada juga segelintir individu yang mengambil kesempatan dengan menggunakan beberapa nombor telefon berbeza,” katanya kepada Remaja.
Pada masa sama, pempengaruh berusia 31 tahun itu turut memaklumkan tidak mampu menghulurkan bantuan kepada setiap orang kerana jumlahnya yang terlalu ramai, apabila akaun media sosialnya dilimpahi mesej daripada pengguna.
“Jadi saya rasa mungkin saya boleh buat yayasan untuk tolong orang, biar organisasi atau komuniti yang bagi bantuan tu. Saya memang tak boleh tolong semua orang, terlalu banyak.
“Saya kena naikkan bisnes saya lagi, bila dapat keuntungan saya boleh berkongsi dengan ramai orang,” kongsinya lagi.
Terbaharu, Pinn Yang tercalon dalam kategori TikTok Shop Creator of the Year di TikTok Awards 2024 yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Pinn Yang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel tentang pengguna telefon bimbit lama nampaknya tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp bermula 1 Januari 2021 kerana aplikasi tersebut akan memberhentikan operasi kepada peranti lama.
Bukan itu sahaja, WhatsApp juga telah mula mengemaskini polisi dan kepenggunaan baru untuk aplikasi mereka dengan memnta izin berkongsi data pengguna kepada Facebook. Jika korang tidak bersetuju data dikongsi oleh Facebook korang terpaksa berhenti menggunakan WhatsApp sepenuhnya.
Polisi baru ini akan dilaksanakan secara efektif bermula 8 Februari 2021 dan selepas tarikh tersebut, pengguna perlu bersetuju jika ingin terus menggunakan aplikasi itu.
Twitter: Elon Musk
Ekoran daripada situasi ini, Elon Musk yang merupakan pengasas Tesla telah memuat naik ciapan di Twitter dengan menyaran pengguna menggunakan aplikasi Signal sebagai pilihan. Walaupun Musk tidak menyebut Facebook atau WhatsApp secara terang-terangan namun ia memberi gambaran bahawa dia mengesyorkan pengguna untuk beralih kepada Signal susulan daripada kes polisi baru WhatsApp.
Ha, lepas ni korang bolehlah cuba untuk download aplikasi Signal ini kalau tak mahu data korang dikongsi di Facebook. Mungkin fungsinya seakan WhatsApp so why not kan?