Tiket Masuk Taman Tema Genting Skyworlds Dijangka Bermula Dari Harga RM200 Sehari

Share

 

Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan pembukaan taman tema Genting Skyworlds secara rasmi yang dijangka dibuka pada suku pertama tahun ini.

Facebook: Genting Skyworlds

Kadar tiket harian dijangka akan dijual sekitar RM200. Selain itu, taman tema ini juga khabarnya mampu memuatkan sehingga 20,000 pengunjung sehari. Namun disebabkan keperluan prosedur standard operasi (SOP) COVID-19, kapasiti keseluruhan mungkin dihadkan kepada 10,000 pengunjung sehari buat masa ini.

“Memandangkan pada masa ini ia hanya dibenarkan beroperasi pada kapasiti kurang daripada jumlah maksimum, kami percaya taman hiburan ini akan beroperasi dengan kerugian pada peringkat awal,” jelas seorang firma penganalisis.

Facebook: Genting Skyworlds

Bagaimanapun, Genting masih akan meneruskan pembukaannya kerana objektif utama taman tema ini adalah untuk menambah jumlah keseluruhan pengunjung ke Genting Highland. Apabila taman tema lama ditutup pada 2013, jumlah pengunjung menurun seramai 6,600 orang sehari atau 2.4 juta orang pengunjung setahun pada 2014.

“Kami menjangkakan Genting akan menetapkan harga tiket taman hiburan itu pada sekitar RM200 sehari,” katanya.

Facebook: Genting Skyworlds

Hm, apa pendapat korang dengan jangkaan harga tiket masuk ke Genting Skyworlds ini? Okay lah kan. Kalau kita ke taman tema luar negara pun harganya lebih kurang saja ataupun lebih mahal daripada RM200.

Jika berkemampuan, tidak salah sekiranya korang nak berlibur. Sama-sama kita nantikan tarikh pembukaan taman tema ini secara rasmi.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

 

IKLAN