Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan pembukaan taman tema Genting Skyworlds secara rasmi yang dijangka dibuka pada suku pertama tahun ini.
Kadar tiket harian dijangka akan dijual sekitar RM200. Selain itu, taman tema ini juga khabarnya mampu memuatkan sehingga 20,000 pengunjung sehari. Namun disebabkan keperluan prosedur standard operasi (SOP) COVID-19, kapasiti keseluruhan mungkin dihadkan kepada 10,000 pengunjung sehari buat masa ini.
“Memandangkan pada masa ini ia hanya dibenarkan beroperasi pada kapasiti kurang daripada jumlah maksimum, kami percaya taman hiburan ini akan beroperasi dengan kerugian pada peringkat awal,” jelas seorang firma penganalisis.
Bagaimanapun, Genting masih akan meneruskan pembukaannya kerana objektif utama taman tema ini adalah untuk menambah jumlah keseluruhan pengunjung ke Genting Highland. Apabila taman tema lama ditutup pada 2013, jumlah pengunjung menurun seramai 6,600 orang sehari atau 2.4 juta orang pengunjung setahun pada 2014.
“Kami menjangkakan Genting akan menetapkan harga tiket taman hiburan itu pada sekitar RM200 sehari,” katanya.
Hm, apa pendapat korang dengan jangkaan harga tiket masuk ke Genting Skyworlds ini? Okay lah kan. Kalau kita ke taman tema luar negara pun harganya lebih kurang saja ataupun lebih mahal daripada RM200.
Ads
Jika berkemampuan, tidak salah sekiranya korang nak berlibur. Sama-sama kita nantikan tarikh pembukaan taman tema ini secara rasmi.
**
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelumba berusia 33 tahun yang terkenal dengan jolokan “The Pocket Rocketman” berada dalam kelas tersendiri apabila muncul kembali sebagai Raja Pecut Dunia.
Berita gembira ini turut di sampaikan menerusi satu ciapan di Twitter rasmi Azizulhasni sendiri.
Kembali ke puncak dunia.
World No.1 – Individual Sprint
World No.2 – Keirin
.
Saya rasa gembira dengan berita ranking semasa ini. Sudah tentu ianya menjadi motivational boost buat saya didalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo Ogos nanti. Bagi saya, pic.twitter.com/4Ik7FRslY6
Selama 12 tahun berkecimpung dalam industri seni lakonan, baru tahun ini (2020) dirinya ditemui dan bersinar di pentas lakonan
Drama bergenre ‘youth rom-com’ kini kian popular di Malaysia, kalau korang tengok drama ‘Start-Up’ ni mesti jatuh hati dek watak Han Ji-pyung yang mempersonakan selain penonton yang turut dijangkiti ‘sindrom watak kedua’ kerananya.
Seperti yang anda ketahui, Han Ji-pyung adalah merupakan penulis surat sebenar buat Dal-mi (Suzy) dan bukannya Nam Do-san (Nam Joo-hyuk). Pun begitu, rahsia yang berbelas tahun tersimpan rapi akhirnya terbongkar dan membuatkan Dal-mi merasakan bahawa segala yang dilaluinya hanyalah palsu semata-mata.
Mula Debut Pada 2009
Aktor tinggi lampai ini mula debut pada tahun 2009 ketika dirinya berusia 24 tahun, di bawah syarikat SY Entertainment.
Pada awal perjalanan Kim Seon Ho, dirinya terlibat dalam beberapa teater muzikal dan perlahan-lahan mengasah bakat lakonannya menerusi lakonan dalam teater muzikal tersebut.
.
Ini antara teater muzikal lakonan Kim Seon Ho:
New Boeing Boeing
Sherlock
True West
Voice of Millenium
Closer
Mula Kelihatan Di Televisyen Pada 2017
Meski dirinya debut pada tahun 2009, Seon Ho mula kelihatan di kaca televisyen pada tahun 2017 dengan bergiat aktif dalam program realiti dan juga beberapa drama lain.
Antara drama yang menaikan nama Seon Ho pada tahun 2017 adalah:
Good Manager
Strongest Delivery Man
Two Cops
Antara program realiti Seon Ho terlibat:
2 Days and 1 Night
.
Berikut antara drama-drama dan filem yang Seon Ho pernah terlibat:
2018 – Your House Helper
2018 – 100 Days My Prince
2018 – Feel Good To Die
2018 – You Drive Me Crazy (filem)
2019 – Welcome To Waikiki 2
2019 – Catch The Ghost
2020 – Find Me In Your Memory
2020 – Start Up
Drama ‘Start Up’, Naikkan Semula Nama Seon Ho
.
Tak dapat disangkal bahawa Kim Seon-ho kini merupakan pelakon yang sering meniti di bibir peminat penonton K-Drama, bukan sahaja sebab kacak namun bakat lakonannya yang hebat
Hebat betul Kim Seon-ho! Tapi memang layak pun dia popular kan? Pandai berlakon, kacak lagi. Pakej penuh! Penulis suka betul senyuman dan lesung pipit dia! hiks
Membaca kisah kejayaan Muhammad Aman bin Ahmad Tifli berusia 20 tahun dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik Fizik peringkat A-Level, kami di majalah Remaja ingin mengucapkan tahniah buat anak muda ini.
Ternyata, dalam negara tidak pernah tandus dengan mereka yang berjaya dalam pelajaran. Dan ini amat membanggakan bagi anak muda Malaysia yang sememangnya sangat cerdik tetapi kurang didedahkan kejayaan mereka. Ia bukan seperti kisah gadis cendol manja yang mendapat sejuta viewer biarpun tiada kisah kejayaan mereka kecuali diviralkan atas sebab-sebab kurang pasti.
Bukan saja kejayaan Muhammad Aman, malahan di web site Majlis Amanah Rakyat (MARA) semalam turut memaparkan ucapan tahniah buat Nurfarisha Ahmad Fazli, bekas pelajar MRSM Parit yang mewakili delegasi Malaysia ke United Nation Winter Youth Assembly di ibu pejabat United Nation (UN) di New York.
Carian Remaja mengenai Winter Youth Assembly ini ia adalah satu persidangan melibatkan golongan remaja yang cerdik dan mereka akan membincangkan isu-isu semasa. Malah mereka akan membentangkan idea mengenainya di hadapan golongan berpengaruh di United Nation itu sendiri. Sudah tentulah ia bukan satu perkara mudah kerana mereka yang berada di UN adalah orang-orang pintar dan berpengaruh di dunia.
Aman dinobatkan sebagai pelajar terbaik Fizik Jerman di GMI dan bakal ke luar negara dalam masa terdekat untuk menyambung pengajian di sana
Inilah Nurfarisha yang mewakili Malaysia ke UN. Tahniah dari Majalah Remaja
Tetapi sayang, artikel mengenai kedua-dua remaja pintar ini tidak banyak disiarkan kecuali hanya berita mengenai Aman yang disiarkan dua hari lepas. Baca artikel ini di bawah ini dan bagaimana dia berkongsi tip belajarnya.
Kalau anak muda lain sibuk dengan Instastory, OOTD, panamadance dan juga viral gadis cendol, lain sekali dengan Muhammad Aman bin Ahmad Tifli. Pemuda berusia 20 tahun ini sibuk mempersiapkan bagasinya untuk terbang ke Jerman bulan depan.
Beliau baru sahaja diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan bagi subjek Fizik peringkat peperiksaan As (GCE A-Level kerjasama UCLES United Kingdom) di majlis graduasi pelajar Program Persediaan A-Level Jerman di German-Malaysian Institute (GMI) di Dewan Gemilang Mercu Idaman di kampusnya di Kajang Selangor. Aman mencapai markah tertinggi dan pelajar terbaik bagi subjek Fizik dari seramai 101 orang pelajar Persediaan A-Level Jerman bagi kumpulan 2016.
Kata Aman, “Tak ada rahsia khusus, hanya saya banyakkan ulangkaji soalan-soalan tahun lepas”. Ujarnya lagi untuk seseorang mahir dalam subjek Fizik. Mengekalkan momentum pembelajaran sangat penting dan beliau nasihatkan jangan hanya belajar di saat-saat akhir menjelang peperiksaan.
Untuk kemahiran berbahasa Jerman pula, Aman hanya banyakkan menonton filem-filem Jerman dan sebanyak boleh mempraktikkannya dengan berkomunikasi dengan rakan-rakan dan juga pelajar praktikal dari Jerman yang berada di GMI. Bahkan katanya, semasa dipilih mengikuti program persediaan A Level ke Jerman di GMI, beliau tiada langsung pendedahan kepada Bahasa Jerman dan mula mempelajarinya di kampus GMi sahaja.
Anak kedua dari tiga adik-beradik ini ialah bekas pelajar SMK Seksyen 7 Shah Alam, Selangor ditawarkan Skim Pelajar Cemerlang MARA untuk program Persediaan A-Level Jerman di GMI selepas menerima keputusan cemerlang SPMnya. Selama 22 bulan di GMI, Aman akan menyambung perjuangan ilmunya di Weilheim Jerman awal bulan Mac 2018 ini. Minatnya ialah ingin melanjutkan pengajian dalam Kejuruteraan Komputer di Universiti of Applied Sciences Jerman pada musim dingin 2018 ini iaitu sebaik melengkapi program insentif enam (6) bulan bahasa Jerman dan menduduki peperiksaan Bahasa Jerman, TesDAF.
Aman sempat menceritakan kenangan manis di GMI iaitu penglibatan aktifnya dalam pertandingan pidato dan mewakili GMI di Tenby Kuala Lumpur untuk Persidangan Model UN (United Nations Security Council) 2017 dan di Taylors College Seri Hartamas untuk Persidangan Model UN (United Nations International Strategy for Disaster Reduction) memenangi kategori delegasi terbaik 2017. Aman juga aktif dalam sukan Frisbee dan memanah.
Satu perkara yang sinonim apabila menemubual pelajar cemerlang ialah tidak lekang dari bibir mereka ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ibu bapa mereka. Ini juga yang diucapkan Aman. Beliau sangat berterima kasih dan menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh ayahnya, Encik Ahmad Tifli Talha dan ibunya, Puan Noraniza binti Abdul Latif untuk melihat dirinya cemerlang.
Tahniah Aman dan moga Malaysia melahirkan lebih ramai pemuda bersahsiah tinggi seperti Aman.