Konflik yang melanda etnik Uighur di China masih menjadi perdebatan antarabangsa sehingga kini. Banyak pihak menyelar tindakan kerajaan China yang meletakkan rakyat etnik Uighur yang beragama Islam ke pusat tahanan dan merantai kebebasan mereka. Antara yang terkesan dengan tindakan kerajaan China ini ialah pasangan muda Sadam Abudusalamu dan isterinya, Nadila Wumaier.
Sadam merupakan warganegara Australia manakala isterinya pula merupakan warganegara China dan kedua-duanya berasal dari etnik Uighur. Sadam yang sudah tinggal di Australia lebih 10 tahun, melawat China pada tahun 2016 untuk mengahwini isterinya itu.
Dia kembali ke Australia pada tahun 2017 untuk bekerja sementara isterinya menunggu di China sehingga proses mendapatkan visa pasangan untuk masuk ke Australia selesai. Pada tahun yang sama Nadila telah melahirkan anak sulung mereka namun visa Sadam untuk melawat isterinya tidak diluluskan oleh kerajaan China.
Selepas melahirkan anak, keluarga mereka berkata yang Nadila telah ditahan oleh pihak berkuasa China selama dua minggu sebelum dilepaskan. Namun begitu passportnya telah dirampas dan dia tidak dibenarkan meninggalkan rumah.
Ads
.
PERJUANGAN Selama dua tahun berjuang, Sadam dengan pertolongan kerajaan Austalia telah berhubung dengan kerajaan China untuk membenarkan isterinya meningalkan negara untuk bersamanya di Australia. Walaupun isterinya adalah warganegara China namun anak lelakinya itu diakui sebagai warganegara Australia berikutan rayuan oleh Sadam pada tahun 2019.
Pada bulan Februari tahun ini, wakil ketua misi China di Australia, Wang Xining, mengatakan di rangkaian televisyen ABC yang Wumaier tidak mahu meninggalkan Xinjiang. Namun perkara sebenar terbongkar apabila Nadila memuatnaik gambar ke Twitter yang memegang kertas dengan mesej ‘Saya mahu pergi dan bersama suami saya’.
Ads
.
Akhirnya setelah bertahun terpisah, pasangan ini akhirnya berjaya disatukan di Sydney, Australia. Menurut peguam yang mewakili Sadam, Michael Bradley kepada BBC, “Kami mengetahui yang Nadila dan anak mereka, Lutfy boleh meninggalkan China kira-kira dua ke tiga bulan lalu.”
Ads
Setelah menempuh perjalanan lebih 48 jam akhirnya Nadila dan anaknya tiba di Brisbane, Australia dan mejalani proses kuarantin di sebuah hotel di sana sebelum tiba di Sydney pada Jumaat untuk bersama suaminya. Kini mereka memulakan kehidupan baru dan dalam nota yang dimuat naik di Twitter, Sadam meminta media supaya menghormati privasi mereka.
Gelagat seorang lelaki yang sedang merajuk gara-gara kesilapan pekerja pam “set” membuatkan dirinya merajuk menjadi tular di media sosial.
Sinar Harian dalam perkongsian beritanya memaklumkan, gelagat seorang penunggang motosikal yang merajuk di sebuah stesen minyak mencuit hati warganet. Video berdurasi 1 minit 21 saat itu dikongsi Firdaus Moetar dalam Facebooknya itu memberitahu, kejadian tersebut berpunca daripada pihaknya.
“Merajuk selepas staf salah 'set' pam, maafkan kesilapan kecil kami ini," kata Firdaus yang dipercayai pekerja di stesen minyak tersebut.
Video tersebut memaparkan seorang penunggang motosikal yang sedang merajuk enggan berganjak dari kawasan pam minyak walaupun seorang pekerja telah mengisi minyak dan mengalihkan motosikalnya dari kawasan itu.
Gelagat penunggang tersebut yang tetap berdiri di kawasan berkenaan menyebabkan pekerja terbabit datang semula memujuk penunggang motosikal itu, namun dia bertindak membelakangkan pekerja stesen minyak tersebut sebagai reaksi terhadap kesilapan dilakukan pihak terlibat.
Perkongsian video tersebut kini tular di Facebook yang kini meraih 241,000 tontonan dan 2,900 tanda suka dan rata-rata netizen terhibur dengan gelagat penunggang terbabit.
Are Myrul berseloroh “Kenapa tak dukung sahaja, timang-timang dia letak tepi, comel sahaja tengok, hahaha."
Tonton video di bawah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila menonton filem tamil mahupun Hindustan, kita sering disajikan adegan polis menerima rasuah dari pemimpin politik, gangster dan juga orang berkepentingan. Jika sudah menerima rasuah, biasanya semua kesalahan ditutup sebelah mata saja.
Terkini, bagaikan adegan dalam filem, menurut laporan CNN sebanyak 2,500 orang dianggarkan telah menerima vaksin COVID-19 palsu. Pihak bertanggungjawab dianggarkan telah memperoleh keuntungan sekitar USD$ 28,000 dari vaksin palsu.
Menurut seorang pegawai kanan di jabatan polis Mumbai, vaksin palsu yang diberikan tersebut mengandungi air garam. Vaksin tersebut disuntik kepada mereka yang menunggu untuk mendapatkan vaksin di 12 pusat vaksinasi ini.
14 orang ditahan oleh polis India kerana disyaki menipu, cuba membunuh, konspirasi jenayah dan tuduhan berat yang lain. Jumlah suspek berkemungkinan meningkat seiring dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis.
Penyediaan vaksin palsu ini menambah penderitaan yang ditanggung oleh rakyat India.
Untuk rekod, India telah mengeluarkan vaksin sendiri yang didakwa berkesan sehingga 78 peratus terhadap jangkitan simptomatik. Perdana Menteri India Narendra Modi mengumumkan pada bulan Jun bahawa vaksin itu akan diberikan secara percuma kepada semua rakyatnya.
Dari bulan April hingga awal bulan Jun, India dilanda gelombang kedua COVID-19 yang telah menjangkiti berjuta-juta dan membunuh puluhan ribu orang di seluruh India.
Perghhhh, benda ini pun nak dibuat main. Itu lah bila wang menguasai semuanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan Malaysia telah pun mewajibkan mana-mana rakyat Malaysia yang ingin pulang dari luar negara menandatangani Surat Aku Janji dan Indemniti (Letter of Undertaking) bermula 1 Jun ini adalah bertujuan memastikan pusat kuarantin mencukupi.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, LOU ini selari dengan keputusan kerajaan untuk mengenakan caj 50 peratus kos kuarantin iaitu RM75 sehari kepada mereka yang pulang selepas 1 Jun 2020.
Menurut beliau, keputusan menandatangani LOU ini juga dapat memastikan mana-mana rakyat Malaysia yang ingin pulang ke negara ini tidak terkejut dengan caj kuarantin hotel perlu ditanggung sebaik sahaja mereka tiba di tanah air.
Gambar hiasan
Setiap pemohon perlu menghantar dokumen berkaitan bersama-sama LOU lengkap ke e-mel Perwakilan Malaysia selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh berlepas.
LOU ini boleh dimuat turun bermula hari ini dari laman sesawang Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Empat agensi lain juga akan memuat naik LOU tersebut dalam portal masing-masing dalam masa yang terdekat iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Semalam, seramai 299 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan dikuarantin wajib.
Apa-apa pun rakyat Malaysia harus bersyukur kerana pihak kerajaan masih menanggung 50 peratus daripada kos pembiayaan pusat kuarantin.