
Penyanyi Hollywood terkenal, Britney Spears sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila mengumumkan berkahwin dengan dirinya sendiri.
Menerusi perkongsian di entri Instagram miliknya, penyanyi lagu popular Criminal itu dilihat memuat naik rakaman video dirinya di hadapan kamera sambil mengenakan gaun pengantin berona putih.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Stacy Tarik Diri, Penganjur Konsert Sumandak Stars Tampil Beri Respons -“Kami Tiada Niat Nak Bandingkan..”

“Hari di mana saya berkahwin dengan diri saya sendiri. Perkara ini agak memalukan dan bodoh untuk diumum tetapi ia adalah satu perkara yang hebat pernah saya lakukan,” coretnya di ruanga kapsyen.
Bagaimanapun, Britney dilihat menutup ruangan di bahagian komen daripada para pengikutnya.

Sekadar info, Britney dan pasangannya iaitu Sam Asghari disahkan bercerai pada 2 Mei lalu selepas sekian lama duduk berasingan.
Sebelum bersama Asghari, Britney juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Kevin Federline dan Jason Allen Alexander sebelum berpisah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Britney Spears
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
SEVENTEEN Sumbang 350 Juta Won Kepada UNESCO Sempena Hari Belia Antarabangsa

Kumpulan K-Pop terkenal, SEVENTEEN baru-baru ini kembali meraih perhatian apabila menghulurkan sumbangan sebanyak 350 juta Won (kira-kira RM1.17 juta) kepada UNESCO bersempena sambutan Hari Belia Antarabangsa yang berlangsung pada 12 Ogos, semalam.
Menurut sebuah kenyataan rasmi yang dikongsi oleh agensi Pledis Entertainment, dana tersebut diserahkan kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Selasa dan hasil kutipan adalah melalui acara lelong amal ‘Joopiter presents: sacai x SEVENTEEN’.
Dalam pada itu, sumbangan ini akan digunakan untuk memperkukuh Global Youth Grant Scheme, sebuah inisiatif yang dianjurkan SEVENTEEN bersama UNESCO.


“Sejak debut, kami telah membesar dengan mengekspresikan pelbagai momen belia melalui muzik yang diinspirasikan oleh pengalaman dan emosi tulen kami, menjadikan Hari Belia Antarabangsa sangat bermakna buat kami,” kata SEVENTEEN dalam satu kenyataan.
“Kami menghantar mesej semangat kepada semua anak muda di seluruh dunia yang terus berusaha mengejar impian mereka,” ujarnya lagi.
Untuk pengetahuan, SEVENTEEN kini berkhidmat sebagai Duta Muhibah Belia UNESCO, peranan yang mereka sandang dengan penuh komitmen.

Pada tahun 2023, kumpulan yang dianggotai 13 ahli ini telah berucap dan membuat persembahan di ‘13th UNESCO Youth Forum’, acara dwitahunan yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung UNESCO di Paris serta SEVENTEEN menjadi kumpulan K-Pop pertama yang berucap di keseluruhan sesi mesyuarat utama UNESCO.
Sejak dilantik sebagai Duta Muhibah Belia UNESCO tahun lalu, mereka telah menyumbang AS$1 juta bagi mewujudkan program sokongan belia global dengan kerjasama UNESCO. Dana ini kini sedang digunakan untuk membantu 100 pasukan belia di seluruh dunia melaksanakan projek-projek inisiatif mereka demi masa depan yang lebih baik.
Sementara itu, menerusi sumbangan terbaru ini akan mengukuhkan lagi reputasi SEVENTEEN bukan sahaja sebagai ikon hiburan global, malah sebagai kumpulan yang aktif memberi kembali kepada masyarakat.
Melalui usaha berterusan seperti ini, SEVENTEEN membuktikan bahawa pengaruh K-pop mampu melangkaui pentas hiburan dan memberi impak positif kepada generasi muda di peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Negara Yang Mempunyai Kualiti Air Tip Top, Sehingga Nak Minum Air Paip Pun Tak Ada Hal

Bila menonton filem mat salleh di kaca TV kadang-kadang timbul tanda tanya apabila melihat mereka selamba je minum air paip.
Tak sakit perut ke dorang minum air tak masak?
Ha, jangan terkejut. Ini semua adalah kerana terdapat negara-negara yang kualiti airnya memang tip top sehingga korang boleh minum terus dari paip tanpa perlu rasa was-was.
Sudah terbiasa dengan budaya di negara mereka, maka tidak hairanlah jika pelancong asing yang ingin berkunjung ke Malaysia bertanya terlebih dahulu sama ada air di negara ini boleh diminum terus dari paip atau tidak.
REMAJA ingin berkongsi info tentang 10 negara yang korang boleh lawati tanpa perlu membawa botol air ketika bersiar-siar kerana air paipnya selamat diminum dan pastinya tidak mengundang sebarang wabak penyakit.
10. Singapura

Negara ini terkenal dengan persekitaran yang bersih dan kehijauan alam semesta yang sering menambat hati pelancong luar. Singapura antara negara Asia yang mempunyai kualiti air terbaik dan pihak kerajaannya juga telah menegaskan bahawa air paip mereka boleh diminum tanpa perlu ditapis.
9. Jerman

Bekalan air di Jerman tidak pernah terganggu dan ini memudahkan rakyat mereka melakukan kerja-kerja harian seperti memasak, membersihkan rumah dan berkebun. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, seramai 92 peratus daripada rakyat Jerman berpuas hati dengan kualiti air minuman mereka.
8. Kanada

Kerajaan Kanada bertanggungjawab untuk memastikan air minuman mereka selamat diminum dan digunakan oleh rakyat tempatan. Negara ini juga menyediakan garis panduan yang agak strict dengan menubuhkan stesen air bagi semua syarikat swasta dan komersial.
7. Sweden

Di Sweden, terdapat dua loji rawatan air yang membekalkan air minuman tulen kepada 1.3 juta penduduk negara tersebut. Mereka menggunakan teknologi terkini untuk rawatan air.
6. United Kingdom

Negara ini hanya melaksanakan pengeluaran air mengikut piawaian berdasarkan arahan European Drinking Water Direcive (DWD) dan atas nasihat World Health Organization. Mereka sentiasa memastikan standard sistem air paip berada dalam keadaan yang baik.
5. Itali

Tidak hairanlah makanan Itali sungguh menyelerakan kerana ia disediakan menggunakan air yang paling tulen. Jika anda melawati air terjun di sana, hilangkan rasa dahaga dengan hanya menikmati kesegaran air terjun mereka. Jadi, anda tidak perlu membazirkan wang untuk membeli air mineral.
4. Austria

Selain menjadi antara negara yang paling cantik di dunia, Austria juga tersenarai sebagai salah satu daripada negara-negara yang mempunyai kualiti air paling bersih di dunia. Pihak kerajaan melindungi sumber air dan wajib bagi mereka untuk membekalkan air minuman yang berkualiti.
3. Perancis

Tahap bakteria dalam air paip di negara ini adalah pada kadar rendah,malah air sungainya juga bersih dan segar.
2. Luxemburg

Negara ini mempunyai banyak sumber mata air dan dirawat di loji-loji yang sangat canggih demi menjamin keselamatan dan kebersihannya.
1. Switzerland

Switzerland telah mendapat jolokan sebagai “Water Tower of Europe” dan tidak hairanlah jika negara ini mempunyai sumber air paip bersih yang terbaik di bumi.
Sumber: triphobo.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cha Eun-Woo Muncul Dengan ‘Fan Concert’ Di Shah Alam, Februari Ini. Tiket Serendah RM358

Eun-Woo will be back in Malaysia!
Khas buat peminat Cha Eun-Woo, pastinya korang akan teruja apabila pelakon drama bersiri Viu, A Good Day To Be A Dog ini telah memilih Stadium Malawati, Shah Alam sebagai salah satu destinasi untuk jelajah fan concert, pada 24 Februari 2024.
Kongsi pihak perkidmatan penstriman video OTT pan serantau, Viu, kemunculan Eun-Woo itu ada sebahagian daripada siri Viu Scream Date.
Bertemakan 2024 Just One 10 Minute (Mystery Elevator), ia dipilih sebagai konsep unik oleh penyanyi dan pelakon itu kerana ia membawa maksud, “Saya akan menunjukkan kepada anda segala-galanya tentang Cha Eun-Woo untuk membuatkan and jatuh cinta dalam masa 10 minit.”

Fan concert kali ini menawarkan tiga pilihan tiket terdiri daripada VVIP (RM858), VIP (RM558) dan CAT1 (RM358). Kesemua pemegang tiket tersebut akan menerima kad foto yang telah ditandatangani oleh si kacak itu sendiri.
Manakala, pemegang tiket VVIP pula layak mendapat pas eksklusif untuk sesi bertemu dengan beliau serta raptai.
Tambah menarik apabila hanya 30 peminat bertuah yang mendapatkan tiket VVIP itu akan menerima kad foto tulisan tangan oleh Cha Eun-woo sendiri! Wow, jangan korang resell balik sudahlah.

Banyak lagi tawaran menarik menanti pemegang tiket ke jelajah Fan Concert ini. Oleh itu, pastikan korang tidak lepaskan peluang tau. Mana tahu korang adalah di antara individu bertuah yang dicari.
Kalau korang masih ingat, Eun-woo pernah memberikan hint bakal mengadakan konsert ini sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur bagi sebuah acara perjumpaan bersama peminat sebelum ini.
Menerusi respon positif yang diterimanya pada waktu itu, maka terhasillah pertemuan terbaru ini.
Manakan tidak, Eun-woo bukan sahaja berjaya memikat hati peminatnya menerusi bakat nyanyian. Malah, beliau juga popular menerusi naskah lakonan seperti My ID is Gangnam Beauty dan True Beauty.
Terbaru, Eun-woo muncul dengan drama A Good Day To Be A Dog yang turut menambat hati lebih ramai peminat baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Stylishly Comfortable! Tiru Gaya Cha Eun-woo Dengan Sepasang Kasut ‘The UNO’ Daripada Skechers Ini – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

