Pernah tak kau rasa masa berlalu makin cepat? Hari terasa singkat? Mungkin itu cuma perasaan atau mungkin Bumi memang betul-betul berputar lebih laju daripada biasa.
Menurut laporan terbaru daripada MailOnline, saintis menjangkakan bahawa hari ini, 9 Julai 2025, mungkin menjadi hari paling pendek dalam sejarah moden. Fenomena ini bukan hanya spekulasi malah ia disokong oleh data jam atom yang sangat tepat, digunakan oleh saintis sejak bertahun-tahun untuk mengukur perubahan putaran Bumi.
Tiga Hari Paling Pendek
Kajian mendapati bahawa 9 Julai, 22 Julai dan 5 Ogos 2025 bakal menjadi antara hari-hari yang paling pendek setakat ini. Hari-hari ini dijangka lebih pendek sekitar 1.3 hingga 1.51 milisaat berbanding tempoh biasa 24 jam (86,400 saat).
Gabar hiasan AI
Malah, rekod hari terpantas kini dipegang oleh 5 Julai 2024, apabila Bumi berputar 1.66 milisaat lebih pantas daripada 24 jam standard. Jangan pandang rendah perbezaan milisaat dalam dunia teknologi masa sebenar seperti GPS, sistem navigasi, dan pelayan internet global, ini boleh beri impak besar!
Punca Putaran Bumi Laju?
Walaupun saintis masih belum menemui punca sebenar kenapa putaran Bumi makin laju, ada beberapa teori utama:
Perubahan atmosfera – pergerakan angin global boleh beri kesan mikro pada momentum Bumi.
Pencairan ais glasier – apabila ais cair dan mengalir ke lautan, ia ubah pengagihan jisim planet kita.
Pergerakan dalam teras Bumi – struktur dalaman yang dinamik boleh menyebabkan perubahan pada putaran.
Kelemahan medan magnet Bumi – yang kini dikatakan semakin ketara dan mungkin memainkan peranan.
Bumi sebenarnya tidak pernah berputar dengan kelajuan yang sepenuhnya stabil. Ia sentiasa berubah dan kadangkala lebih laju, kadangkala perlahan, mengikut pengaruh dalaman dan luaran.
Ads
Adakah Ini Bermakna Kita Kurang Masa?
Jawapannya: ya dan tidak. Ya, secara teknikal, kita “kehilangan” sebahagian kecil masa. Tapi tidak, ia belum cukup besar untuk beri kesan ketara pada aktiviti harian kita.
Namun dalam skala global, pakar masa dunia (UTC) mungkin perlu mempertimbangkan perubahan seperti “negative leap second” — iaitu memendekkan masa rasmi dunia buat kali pertama dalam sejarah.
Gambar Hiasan Ai
Kesan Kepada Teknologi & Masa Depan Kita
Perubahan sekecil 1 milisaat boleh mengganggu:
Ads
Sistem GPS yang bergantung pada ketepatan masa ekstrem
Operasi satelit dan pelayan global
Perbankan, komunikasi, dan trafik udara
Saintis dan jurutera kini dalam fasa memantau dan mengkaji dengan lebih mendalam sebelum mengambil sebarang tindakan drastik.
Fenomena ini membuktikan bahawa dunia sentiasa berubah, dan tak semestinya perubahan itu dapat dilihat dengan mata kasar. Bumi berputar makin laju — dan kita juga perlu bergerak seiring dengan ilmu dan kesedaran.
Dunia olahraga dikejutkan dengan kemunculan seorang bintang baharu dari Jepun apabila remaja berusia 16 tahun, Sorato Shimizu, mencatat sejarah sebagai pelari bawah 18 tahun terpantas dunia dalam acara 100 meter.
Catatan masa luar biasanya, 10.00 saat, telah mencipta rekod dunia baharu yang sukar dipercayai bagi usianya. Rekod itu dicipta semasa Kejohanan Sekolah Menengah Antara Wilayah Jepun yang berlangsung di Hiroshima baru-baru ini.
Atasi catatan terbaik Usain Bolt
Apa yang menjadikan pencapaian ini lebih mengagumkan adalah, Shimizu bukan sahaja memadamkan rekod terdahulu milik Christian Miller (Amerika Syarikat) dan Puripol Boonson (Thailand) yang masing-masing mencatat 10.06 saat, malah dia turut mengatasi catatan terbaik Usain Bolt ketika berusia 20 tahun, iaitu 10.03 saat.
Menurut laporan, pencapaian ini sekaligus menempatkan Sorato Shimizu dalam senarai lima pelari terpantas sepanjang zaman di Jepun, menjadikan dirinya satu nama yang perlu diberi perhatian, bukan hanya di Asia tetapi juga di pentas dunia.
Selain mencipta rekod dunia kategori bawah 18 tahun, Shimizu juga kini memegang rekod kebangsaan sekolah menengah Jepun, mengatasi catatan lama 10.01 saat yang dicatat Yoshihide Kiryu pada tahun 2012.
Dalam satu kenyataan ringkas selepas perlumbaan, Shimizu meluahkan kegembiraannya:
“Saya bertekad untuk berlari di bawah 10 saat menjelang perlumbaan akhir. Saya gembira dapat mencipta rekod sekolah menengah. Saya ingin mencuba rasanya jika saya boleh melayakkan diri.”
Impian Shimizu bukan sekadar berakhir dengan pencapaian ini. Beliau kini layak untuk menyertai Kejohanan Dunia Olahraga yang bakal berlangsung di Tokyo pada bulan September nanti. Ia akan menjadi pentas sebenar untuk remaja ini menguji kekuatannya berhadapan jaguh-jaguh pecut dari seluruh dunia.
Kejayaan ini sewajarnya menjadi inspirasi kepada remaja di Malaysia dan seluruh dunia. Tahniah Sorato Shimizu, moga terus terbang di dalam arena olahraga.
Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Aleeya Maisarah Azizzani, berkongsi detik cemas dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli, awal pagi tadi.
Menurut Aleeya, ketika kejadian dia perasan bas yang dinaiki seperti hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri dan langgar pembahagi jalan.
“Saya duduk di belakang, jadi saya tak nampak sangat keadaan depan. Lepas itu baru saya tahu ada Perodua Alza biru turut terbabit,” jelasnya.
Dalam keadaan gelap dan cemas di dalam bas, Aleeya turut melihat ada rakan-rakan yang cedera parah, termasuk yang tersepit dan ada yang tak sedarkan diri.
“Ada yang terperangkap dan meronta. Ada juga yang saya nampak duduk dalam longkang… rupa-rupanya dah meninggal.
“Dari awal lagi, bila bas masuk lopak, saya dah rasa tak sedap hati,” tambahnya.
Sekadar info, kemalangan tragis ini melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 44 orang, termasuk 42 pelajar UPSI. 15 nyawa terkorban, dengan 13 meninggal di lokasi kejadian dan dua lagi ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pingat gangsa dan pingat sulung Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 yang dihadiahkan oleh Aaron Chia dan Soh Wooi Yik semalam menerusi acara badminton beregu lelaki masih menjadi perkhabaran membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia setelah mereka mengenepikan beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dengan kutipan mata 16-21, 22-20 dan 21-19.
Mereka sekaligus mempertahankan pingat gangsa yang pernah mereka menangi semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020, tiga tahun lalu.
Namun di sebalik kemenangan itu, masih ada segelintir wargamaya yang memperkecilkan kejayaan mereka gara-gara kilauan pingat gangsa yang dimiliki.
Meninjau hantaran video yang dimuat naik di akaun REMAJA, antara yang mempertikaikan sokongan rakyat Malaysia buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik berbunyi sedemikian:
“Gangsa je pun.” – Az Wan (FB)
“Pingat gangsa berlambak dah Malaysia dapat. Chong Wei pun tiga kali dapat pingat perak. Maknanya Malaysia ini tak ada kemajuan lagi lah dalam bidang sukan. Pengulas macam keluar t**i mengulasnya ingatkan pingat emas.” – Mjan Jan Mjan Jan (FB)
Kritikan yang dilemparkan itu bagaimanapun tidak dihiraukan oleh wargamaya lain. Malah, mereka ‘membantai’ mereka semula demi mempertahankan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
“Aduhh… Ini lagi se**r. Tak ada semangat jati diri untuk support buat wira badminton negara. Gangsa pun dah cukup M*****k ooii. Mereka berdua dah buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia kita semua okay. Penat hang ni…” – Mat Bistaman Nor (FB)
“Gangsa dia boleh dapat pangkat Dato & duit hang tau x? Sukan peringkat Olimpik kot bukan peringkat sekolah.” – AsyieQin Latif (FB)
“Next Olimpik awak main pulak yer CARI emas untuk Malaysia.” – Gee Nur Fauziah (FB)
“Makcik dah umur 55 tahun. Sangat berbangga tengok atlet-atlet Malaysia. Kalah ke, menang ke; mereka telah membuat yang terbaik. Syabas kepada semua atlet. Setidak-tidaknya nama Malaysia disebut oleh para pengulas.” – Aima Sharima (FB)
“Penduduk gua punya orang. Gangsa Olimpik 10 kali lebih bernilai daripada emas terbuka lain-lain.” – Edie Yet (FB)
*
Tidak kiralah apa jua warna pingat yang dibawa pulang oleh kontinjen Malaysia, ayuhlah kita setia berdiri di belakang mereka dan teruskan sokongan.
Bukan senang tau nak layak ke peringkat Sukan Olimpik, apatah lagi membawa pulang pingat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.