Geisha adalah satu imej yang paling ikonik yang dikaitkan dengan Jepun. Tapi seperti kita sedia maklum, bukan semua orang mampu untuk melihat persembahan ekslusif golongan ini yang boleh tahan mahalnya.
Namun, kini ia bukan lagi mustahil untuk yang teringin untuk melihat sendiri keunikan persembahan Geisha.
Mulai Mac ini, pelancong yang datang ke Jepun hanya perlu membeli tiket kereta api Nagaragawa untuk menikmati persembahan Geisha sepanjang perjalanan tersebut.
Para penumpang bakal dihiburkan dengan tarian tradisional oleh wanita disebut Maiko. Bukan itu sahaja malah mereka turut dihidangkan dengan kotak makanan yang berisi hidangan tradisional Jepun.
Ads
Perkhidmatan Maiko di dalam kereta api Jepun ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu kerana layanan tersebut pernah juga dilakukan sekitar tahun 2017, namun dihentikan pada 2 tahun lepas.
Bulan depan, ada beberapa pakej pilihan perjalanan yang ditawarkan kepada pelancong, antaranya ‘Obento Plan’ yang akan berlepas dari Stesen Seki serta berakhir di Stesen Gujo-Hachiman.
Penumpang yang memilih pakej ini juga akan diberikan kotak makan tengah hari dari restoran Jepun di Mino.
Ads
Manakala pakej kedua yang ditawarkan adalah ‘Horoyoi Plan’ iaitu perjalanan yang berlepas dari Stesen Gujo-Hachiman hingga ke Stesen Seki, namun penumpang hanya diberikan minuman serta makanan ringan sahaja.
Kedua-dua pakej berkenaan masing-masing berharga 9,300 yen atau RM355 untuk dewasa.
Jika ingin memilih untuk kedua-dua pakej pergi dan balik tersebut, penumpang bakal ditawarkan dengan potongan harga istimewa iaitu 15,900 yen.
Ads
Kereta api yang dilengkapi dengan khidmat Maiko itu akan beroperasi pada 1, 15, 20 dan 25 Mac ini serta boleh memuatkan kapasiti seramai 25 penumpang.
Setiap pakej yang dijual turut diberikan one-day-pass yang membolehkan penumpang menukar kepada perkhidmatan kereta api biasa di Stesen Mino-Ota dan Seki.
Selain mendapat layanan istimewa di dalam kereta api, penumpang Nagaragawa juga bakal menikmati pemandangan indah sepanjang menelusuri Sungai Nagara.
Jom korang, bukan senang nak tunggu peluang tengok Geisha ni.
Sumber: The Asahi Shimbun
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara negara paling berkuasa untuk revolusi industri 4.0 ini. Bidang teknologi negara China semakin bergerak maju dan patut dicontohi.
Bertujuan mencegah jenayah di China,kini negara yang sangat besar dengan populasi manusia telah ‘revolusi tandas’ yang mana ia dilengkapi dengan sistem yang canggih.
Digelar tandas pintar, pengguna tidak dibenarkan menggunakan atau berada dalam tandas lebih daripada 15 minit.
Tandas pintar ini telah pun disediakan di sekitar bandar Shanghai sebanyak 150 buah. Ia merupakan salah satu pengenalan dalam usaha China menggunakan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk diimplementasi dalam rutin harian setiap individu di sana.
Memetik laporan SCMP, setiap tandas mempunyai pengesan infra merah yang boleh mengesan keberadaan penggguna sekali gus merekod tempoh masa pengguna di dalam tandas.
Selain sistem berkenaan, tedapat sensor yang akan mengumpul maklumat seperti kualiti udara dan fungsi penjimatan air berdasarkan tempoh seseorang berada di dalam tandas.
Sekiranya pengguna ‘meluangkan masa’ lebih dari 15 minit, satu mesej penggera akan dihantar kepada pekerja yang mengendali bahagian itu untuk tindakan susulan. Kami tidak dapat pastikan apakah tindakan susulan yang dibuat kepada pengguna yang melebihi masa.
Sebelum ini, China sudah mengimplementasi tandas awan di sana dengan sistem pengecaman muka untuk tisu tandas. Setiap pengguna akan diberikan sebanyak 40-80 sentimeter tisu tandas selepas wajah diimbas.
Bagus kerajaan China buat revolusi tandas, bila la teknologi ini boleh la diaplikasikan di Malaysia juga baru la tak segan nak masuk tandas awam…hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kata pelantun lagu Levitating itu, industri ini boleh menjadi keji kepada seseorang.
Selepas beberapa tahun berada dalam industri nyanyian, penyanyi Dua Lipa berkongsi perasaannya mengenai impak ‘troll’ dalam dunia maya terhadap kerjaya dan kesihatan mentalnya.
Menerusi temuramahnya bersama majalah Attitude edisi Disember, Dua menjelaskan bagaimana dia mula mempunyai perasaan anxiety dan sedih disebabkan oleh isu buli di media sosial.
“Saya berdepan dengan pembuli (di alam maya) selepas mengeluarkan album pertama. Kata-kata mereka membuatkan saya merasa I am not good enough dan saya tidak layak untuk berada di sini (dunia hiburan).
“Dengan komen-komen negatif yang sering datang, ia sedikit sebanyak menggangu keyakinan diri saya terutamanya sebagai penyanyi yang baru ingin meningkat.
“Walaupun selepas saya memenangi anugerah Grammy (untuk Artis Baru Terbaik), ada pihak yang berkata, ‘Dia tidak layak mendapatnya’. Bila saya menari pula, ada pihak yang berkata, ‘Ah, dia tidak boleh beraksi di atas pentas.’ Tapi mereka-mereka ini tidak pernah pula menonton saya secara live. Mereka hanya tahu untuk memberi komen negatif saja,” jelasnya.
Dua di sini merujuk kepada persembahannya yang tular sekitar tahun 2018 ketika dia gasak menari. Ramai yang menuduhnya tidak pandai menari dengan kata-kata cercaan sehingga ia merosakkan reputasinya sebagai seorang penghibur pentas.
“Pertama kali saya merasai kesihatan mental saya terjejas. Apabila saya berada di pentas dan melihat ada penonton yang merekod video saya menyanyi dan menari, apa yang saya fikirkan adalah, ‘Mereka akan gelakkan saya dengan video itu.”
Walaupun Dua kembali meraih sokongan selepas pelancaran album keduanya, Future Nostalgia yang mendapat 6 pencalonan di anugerah Grammy 2021, Dua masih merasakan budaya ‘online bullying’ dan ‘cancel culture’ ini adalah sesuatu yang harus diambil secara serius. Dua merasakan terlalu banyak sangat budaya toksik yang merbahaya.
Situasi pandemik yang melanda seluruh dunia disebabkan wabak Covid-19 kini bukan lagi cerita baharu.
Dalam situasi semasa ini, rakyat Malaysia sendiri diperintah agar tinggal di rumah bagi mengelakkan penularan bertukar lebih teruk. Ini termasuklah perintah yang dikeluarkan oleh Mufti agar solat Jumaat secara berjemaah di masjid seluruh negara dibatalkan.
Timbul persoalan apakah hukum bagi seorang lelaki yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, memasuki hari ini?
Menurut Timbalan Mufti Terengganu iaitu Sahibul Fadilah Ahadi Othman kepada rakan media di BHarian, lelaki Islam Mukallaf (yakni dipertanggungjawabkan dengan kewajipan agama Islam) yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dalam tempoh perintah kawalan pergerakan tidak menanggung dosa.
Ini memandangkan hokum harus bagi umat Islam mengelakkan diri daripada penularan wabak atau penyakit yang merbahaya.
“Bagaimanapun, dia wajib untuk menggantikannya dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.
“Ketetapan hukum ini bersandarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud; Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid), maka tidak sempurna solatnya melainkan disebabkan keuzuran.
“Mereka (sahabat) bertanya kepada Rasulullah, apakah keuzuran itu? Baginda menjawab, ketakutan dan kebimbangan atau penyakit, berdasarkan Hadis Riwayat Abu Daud,” jelas beliau.
Oleh itu, seharusnya kita tidak keliru dengan hukum tidak mengerjakan solat Jumaat sekerap 3 kali berturut-turut dalam kes ini.
Sementara itu, Masjidil Haram di kota Mekah juga sedang melakukan langkah berjaga-jaga, menurut arahan kerajaan Arab Saudi.