Hiburan

Tidak Lagi Bersama YG, Jennie Gerak ‘Solo’ Dengan Tubuh Agensi Sendiri

Share

Anggota kumpulan Blackpink, Jennie mengumumkan penubuhan agensi sendiri yang dikenali sebagai OA atau Oddatelier menerusi hantaran dalam Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Young & Rich’, Jennie BLACKPINK Beli Apartmen Mewah Bernilai 3.8 Juta USD

Bagaimanapun, kerjayanya bersama kumpulan K-Pop sensasi, Blackpink masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan YG Entertainment.

Menerusi hantarannya, Jennie memohon jasa baik semua pihak agar mendoakan dan memberikan sokongan kepada perjalanan barunya itu.

“Hi, ini Jennie. Tahun ini, dipenuhi dengan pelbagai pencapaian dan saya berterima kasih atas kasih sayang diberikan.

“Saya teruja dengan apa yang akan dilalui memandangkan saya bakal memulakan perjalanan kerjaya solo bersama syarikat yang saya tubuhkan OA.

“Saya mohon berikan sokongan untuk permulaan baru saya bersama OA dan tentunya, Blackpink,” tulisnya.

Desas-desus penubuhan agensi itu sudah mula bertiup sejak November lalu, di mana OA dikatakan bakal menguruskan kerjaya solo penyanyi lagu Ice Cream itu.

Bagaimanapun, OA masih belum mengumumkan pelan perancangan.

Selain nyanyian, OA juga akan menguruskan kerjaya Jennie dalam bidang peragaan dan berkemungkinan bidang lakonan bukan sahaja di Korea Selatan, bahkan Amerika Syarikat.

Menerusi laman web rasmi agensi itu, OA membawa maksud ruang untuk mencipta sesuatu yang baru dan menarik perhatian dengan cara berbeza daripada kebiasaan.

Selepas Jennie mengumumkan mengenai OA, pengikut akaun Instagram agensi itu melonjak dengan pantas hingga meraih lebih setengah juta dalam tempoh beberapa jam, manakala laman web rasmi masih belum boleh diakses.

Lebih menarik, selain Jennie, OA turut menyenaraikan anjing peliharaan penyanyi itu, Kuma sebagai salah seorang artis.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO/ARTIKEL: BH, Soompi, Koreaboo

IKLAN