Tidak Benar! Nick Jonas & Priyanka Tepis Gosip Cerai Dengan Kemunculan Bersama

Share

Pada minggu lalu, kecoh sebentar dunia media sosial apabila pasangan selebriti popular, Nick Jonas dan Priyanka Chopra telah mencetuskan spekulasi bakal bercerai.

Ini setelah aktres Priyanka Chopra dilihat tiba-tiba membuang nama keluarga Jonas daripada biografi di akaun Twitter dan Instagram-nya pada hari Isnin minggu lalu.

Biografi di akaun Instagram rasmi Priyanka Chopra yang hanya mengekalkan namanya saja.

Lalu, warganet berteka-teki sama hubungan suami isteri yang mengikat tali perkahwinan pada 1 Disember 2018 itu telah berantakan.

Biarpun Priyanka cuba untuk meredakan situasi dengan meninggalkan komen di salah satu hantaran video Nick di instagram dengan berkata, “Damn! I just died in your arms...,” berserta emoji hati merah, mereka beranggapan bahawa tindakan Priyanka untuk membuang nama keluarga suaminya daripada akaun media sosialnya pasti dilakukan setelah berdepan masalah sama ada dengan Nick ataupun keluarga Nick.

Sehingga kini, Priyanka masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab spekulasi yang bertebaran.

Tanpa membuka mulut, Priyanka cuma aktif memuat naik foto bersama di media sosial sepanjang tempoh seminggu ini.

Semalam, Nick pula telah ‘terbang’ ke London demi menghadiri acara Fashion Awards 2021 bersama Priyanka. Pelakon Suits itu tidak melepaskan peluang untuk berkongsi momen mesra sebagai suami isteri bersama peminat.

REMAJA juga berpendapat mereka ingin menghabiskan masa bersama sempena ulang tahun perkahwinan mereka esok pada 1 Disember 2021.

Hari ini pula, Nick menerusi akaun Twitter telah berkongsi foto bersama isterinya daripada acara semalam dengan ciapan berbunyi, “The star of the show @priyankachopra,” sekaligus menepis spekulasi dirinya terasa hati dengan tindakan Priyanka sebelum ini.

REMAJA percaya Priyanka ada sebab membuang nama keluarga Jonas itu. Apa yang pasti, ia tiada kena mengena dengan suaminya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN