Semua telah maklum tentang kemangkatan Almarhum Pengiran Muda Abdul Azim pada Sabtu lalu.
Semestinya seluruh Brunei Darussalam terkesan dan bersedih di atas kemangkatan almarhum. Namun ada satu titipan di laman Instagram yang cukup menyentuh hati.
Hantaran Instagram Pengiran Muda Abdul Mateen seolah-olah membuka isi hati dalam menzahirkan kerinduan beliau kepada almarhum kekandanya itu.
*
“Tiada hari yang suram bila abang Azim berada bersama kami. Dia selalu menyakat, berlawak dan tidak mengambil kehidupan ini dengan terlalu serius.
Ads
“Ketawanya cukup membuatkan orang lain tersenyum juga tidak kiralah perkara itu kelakar atau pun tidak, yang pastinya kami akan tertawa juga. Dia semestinya menikmati kehidupan dengan sepenuhnya.
“Saya menghabiskan setiap hari semasa kecil dengan abang saya dan dia banyak mengajar saya dan juga menjadikan siapa saya hari ini, dan untuk itu saya sangat bersyukur. Awal tahun ini, abang saya telah didiagnos dengan vasculitis sistemik yang teruk yang mana ia merupakan penyakit autoimun yang mana menyebabkan antibody menyerang tisu badannya sendiri.
“Pada masa yang sama dia juga turut berdepan dengan gangguan bipolar yang menjadikan perjuangannya melawan penyakit lebih susah.
Ads
Pengiran Muda Abdul Mateen bersama Almarhum Pengiran Muda Abdul Azim, Bonda dan Kekanda. Sumber gambar via Instagram @tmski
“Akhirnya, abang saya kalah dengan kegagalan beberapa organ disebabkan oleh jangkitan kuman yang berterusan disebabkan oleh penyakit autoimun yang menjadi sebab kemangkatannya pada pagi 24 Oktober 2020.
“Kami mahu berkongsi tentang penyakit ini kerana saya tahu itu adalah apa yang abang saya mahukan. Dia merupakan penyokong besar terhadap pelbagai kempen kesedaran.
“Seluruh keluarga dan juga saya sangat patah hati dan semestinya kami terlalu sayang padanya. Kami tahu yang Allah lebih menyayanginya dan benarlah yang kita semua milik Allah dan kepadaNya juga kita akan pulang.
Ads
“Terima kasih semua di atas ucapan takziah dan mengingati Pengiran Muda Abdul Azim dan keluarga saya difikiran dan juga doa anda. Kami semua ok, kami hanya merinduinya. Sehingga kita berjumpa lagi bang. Al-Fatihah.”
Sumber gambar: Tangkap layar via Instagram @tmski
Itulah bait kata-kata luahan hati seorang adinda kepada kekandanya. Tulisan Pengiran Muda Abdul Mateen ini memberikan kita kesedaran yang sentiasalah berkasih sayang dan hargai adik-beradik yang kita miliki.
Dalam hantaran ini ramai personaliti antarabangsa yang turut menyampaikan kata-kata takziah termasuklah supermodel terkenal dunia, Naomi Campbell.
Sumber: Instagram Pengiran Muda Abdul Mateen @tmski
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah sukses dengan drama My ID is Gangnam Beauty, Cha Eun Woo yang merupakan salah seorang ahli kumpulan kpop ASTRO comeback dengan drama berlatarbelakangkan zaman dahulu terbaru MBC yang berrjudul “Rookie Historian Goo Hae Ryung”.
Cha Eun Woo akan berlakon di samping Shin Se Kyung yang terkenal dengan beberapa drama hit antaranya Black Knight: The Man Who Guards Me, dan The Bride Of Habaek. Shin Se Kyung yang memegang watak Goo Hae Ryung. Watak seorang ahli sejarah pada abad ke-19 yang dilatih untuk menjadi ahli sejarah istana. Sifatnya yang optimistik untuk menunjukkan bahawa kehidupan dalam istana sama saja dengan orang awam. Tiada pangkat dan darjat.
Tentu sekali, Goo Hae Ryung akan berhadapan dengan konflik dimana dia bakal jatuh cinta dengan watak putera yang dilakonkan oleh Cha Eun Woo. Watak Putera Yi Rim, yang mempunyai dua kehidupan dimana dia seorang putera yang sepi tanpa cinta dalam masa yang sama seorang novelis cinta terkenal di bandar Hanyang (China).
Shin Se Kyung memberi tahu Soompi bahawa dia teruja dan meletakkan kesungguhan maksima dalam memainkan watak ahli sejarah wanita. Dia juga turut menyatakan agar peminat setia kdrama terus menunggu kemunculan dia dan Cha Eun Woo dalam drama terbaru mereka.
Apa akan jadi bila seorang rapper terkenal membuat keputusan untuk menjelajah ke negara China bagi mendalami seni mempertahankan diri, Kung Fu?
Dokumentari bersiri TV atau docuseries terbaru berjudul ‘Beat N Path’ membawakan perjalanan rapper tersohor, Lupe Fiasco merasai sendiri pengalamannya tentang pertembungan dua dunia berbeza; east meet west!
Menerusi siri yang bakal ditayangkan bermula 8 Mac jam 9 malam di saluran KIX HD (Astro saluran 729), penonton akan disajikan dengan pelbagai aksi menarik Lupe Fiasco dan juga pakar seni mempertahankan diri di Middle Kingdom. Selain itu, Lupe turut mendekati komuniti muzik hip hop di China yang jauh berbeza dengan scene biasa ditemuinya di Amerika Syarikat.
Rapper yang pernah pernah menang Grammy Award 2008 dalam ketegori Best Urban/Alternative serta mencatat jualan album sebanyak 3 juta unit ini merupakan seorang peminat setia seni mempertahankan diri sejak kecil lagi.
Maka tidak hairanlah keterujaannya untuk mendalami seni Kung Fu membawanya hingga ke negara China. Lupe Fiasco juga merupakan seorang pakar permainan video ‘Street Fighter V’ dan pernah menewaskan pemain paling hebat dalam kejuaraan utama ‘Street Fighter’ dalam Rekod Dunia Guiness, Daigo Umehara.
Bukan calang-calang orang ya, Lupe Fiasco! Ikuti temu bual eksklusif Remaja bersama Lupe Fiasco yang dibawakan khas oleh KIX HD.
1. Sebagai rapper, apakah pandangan kamu terhadap pengalaman menjelajah ke negara China dan bagaimana reaksi pertama ketika tiba di sana?
Jika bercakap tentang saya sebagai rapper, pengalaman ini dapat saya jadikan sebagai salah sebuah cerita untuk saya berkarya pada masa akan datang. Selain it saya dapat belajar banyak perkara baru dan menimba lebih banyak pengalaman unik serta menarik. Reaksi awal ketika tiba cukup memukau. Budaya serta mengenali tempat baru merupakan satu pengalaman yang pasti tidak akan dapat dilupakan. Lagipun trip kami ke sana bukanlah seperti ingin melancing tetapi membawa misi yang cukup penting untuk ‘Beat N Path’.
2. Apakah pengalaman paling menarik yang kamu hadapi sepanjang penggambaran ‘Beat N Path’?
Wow, terlalu banyak pengalaman menarik yang dapat saya fikirkan. Tapi antara yang paling mengagumkan saya ialah melihat sami-sami muda yang berlatih dan belajar kung fu. Melihatkan corak latihan mereka yang pada tahap tinggi cukup membuat saya berasa sangat kagum. Skil serta dedikasi yang mereka tunjukkan ternyata sangat tinggi berbanding usia sebenar.
3. Apa yang buat kamu jatuh cinta dengan seni mempertahankan diri?
Seni mempertahankan diri kung fu dan wushu mempunyai elemen free and flow. Maksud saya ia mempunyai ruang untuk kita melakukan ekspresi diri dengan gerak yang bebas dan tidak terikat. Jadi secara peribadi dua seni mempertahankan diri ini mempunyai persamaan dengan cara kreatif saya berfikir. Ia berbeza dengan seni mempertakankan diri yang lain seperti karate yang coraknya agak keras dan rigid.
4. Siapakah personaliti seni mempertahankan diri yang paling kagumi?
Phewww sebenarnya banyak yang saya kagumi. Antaranya ialah seorang mahaguru wushu beragama Islam yang turut muncul di dalam program ini. Kami dijemput melawat ke rumahnya dan ia merupakan pengalaman yang cukup hebat sekali. Untuk personaliti yang popular saya cukup kagumi Bruce Lee, Jet Li, Donnie Yen, Chuck Norris dan ramai lagi.
5. Boleh kongsikan pendapat kamu tentang persamaan antara hip hop dan seni mempertahankan diri?
Secara peribadi bagi saya hip hop dan seni mempertahankan diri mempunyai persamaan dari segi kebebasan untuk bergerak. Kedua-dua seni ini memberi ruang untuk saya mencipta gerakan bebas dan mampu bercerita di sebaliknya. Hip hop dengan lirik dan irama manakala seni mempertahankan diri pula menerusi gerakan badan. Setiap langkah di atur mempunyai maksudnya yang tersendiri.
6. Sejak bila kamu mula betul-betul ingin mendalami seni mempertahankan diri?
Sebenarnya sejak kecil lagi saya memang sudah didedahkan dengan seni mempertahankan diri. Namun, ketika berusia 17 tahun saya mula aktif dengan bidang muzik dan ia diketepikan buat seketika. Tapi ia tidak bermakna saya melupakan seni mempertahankan diri. Cuma aktiviti latihan sebagainya tidaklah sekerap dahulu. Sekarang dengan peluang yang diberikan menerusi ‘Beat N Path’, saya ingin pelajarinya dengan lebih mendalam.
7. Hip hop dan seni mempertahankan diri merupakan dua cabang seni yang unik. Apakah elemen persamaan yang kamu dapati dari dua bidang seni berbeza ini?
Daripada maksud perkataan hip hop itu sendiri ia membawa elemen persamaan. Perkataan ‘hip’ membawa maksuh pengetahuan manakala ‘hop’ pula membawa maksud pergerakan. Jadi hip hop adalah seni tentangpengetahuan dan pergerakan. Begitu juga dengan seni mempertahankan diri. Jadi bagi saya, inilah titik pertemua elemen persamaan yang dikongsi oleh dua bidang seni yang sangat saya cintai.
Jangan lupa untuk menyaksikan tayangan perdana ‘Beat N Path’ pada 8 Mac 2018, jam 9 malam hanya di saluran KX HD (Astro saluran 729).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah yang selalunya orang perempuan hadapi selain daripada nak pakai baju apa, mereka juga sering pening kepala nak pilih warna tudung yang sesuai untuk dipadankan bersama pakaian.
Ada juga yang tak berani nak cuba semua color combination ni sebab rasa tak confident dan takut nampak pelik lagi-lagi bagi warna-warna yang terang.
Chill la sis, sesekali nak cuba benda baru apa salahnya kan?
Kalau ada yang masih terfikir-fikir dan buntu untuk combine warna tudung dan baju, berikut merupakan color chart yang korang boleh refer untuk dijadikan sebagai reference.
Ini merupakan antara rangkaian untuk padanan warna pastel. Lebih lembut dan sesuailah untuk korang yang girly tu. hiks!
Amacam gaiss, dah dapat gambaran tak macam mana nak pilih warna tudung dan baju yang sepadan lepas ni?
Sesekali nak try color blocking apa salahnya kan. Berani dalam fesyen tapi make sure korang tak jadi fashion victim okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.