Persaingan di pentas Big Stage X Rocketfuel (BSR) semakin sengit apabila tiada penyingkiran diumumkan pada minggu suku akhir, sekali gus memberi peluang kepada semua peserta untuk meneruskan saingan ke minggu berikutnya.
Keputusan itu pastinya melegakan buat Danny, Yad-Z dan Danial Kifli yang berada dalam kelompok terbawah pada minggu ini.
Namun, sekiranya penyingkiran tetap dilaksanakan, Danial Kifli merupakan peserta yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pertandingan.
Ranisha Kembali Di Tangga Pertama
Pada masa sama, Ranisha berjaya merampas semula kedudukan teratas selepas mencatat markah keseluruhan sebanyak 86.50 peratus.
Persembahan mantapnya menerusi lagu Die On This Hill nyanyian Sienna Spiro berjaya memikat hati juri sekali gus meletakkannya kembali di puncak carta.
Ads
Sementara itu, Adam Nazmie dan Hussain turut berada dalam kelompok tiga peserta terbaik minggu ini.
Cabaran Baharu Di Peringkat Separuh Akhir
Minggu separuh akhir bakal menyaksikan para peserta tampil dengan cabaran berbeza menerusi tema Analog To Ultra, yang memerlukan mereka menyampaikan lagu-lagu tradisional dengan interpretasi tersendiri.
Saingan dijangka menjadi lebih sengit apabila setiap peserta bakal mempertaruhkan kreativiti dan kemampuan vokal bagi merebut tempat ke pentas akhir.
Ads
Kontrak Bernilai RM200,000 Menanti Juara
Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bersaing untuk merebut Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.
Ganjaran tersebut merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.
Musim ini menampilkan 11 peserta iaitu Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-Z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, Hussain serta duo Adam & Nazmie.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, Big Stage X Rocketfuel bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria. Penonton juga boleh menstrim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kadar kenaikan mendadak kes baru jangkitan Covid-19 di Arab Saudi semakin membimbangkan.
Walaupun rantau Timur Tengah lebih lambat terjejas berbanding rantau Asia Timur dan Asia Tenggara, namun senarionya dilihat kurang stabil berbanding dengan negara seperti Malaysia.
Perkara itu diakui oleh Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA) Madinah iaitu Mohamad Irfan Fahmi Ea’dil, 26 kepada rakan media di BHarian.
Kira-kira 250 orang pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah (UIM) kini merasa bimbang dan merayu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin agar mereka dibenarkan untuk pulang ke tanah air kerana tidak mahu terperangkap dalam situasi wabak serius di sana.
Di antara pelajar Malaysia di sana.Kampus UIM di Madinah
Pihak PERSADA sendiri telah melakukan rayuan untuk pulang selepas tamat peperiksaan akhir pelajar. Namun pihak Kementerian Pengajian Tinggi tidak membenarkan perkara itu menerusi surat balas bertarikh 3 April lalu.
Surat rayuan kedua kemudian diutuskan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad untuk membawa pelajar Malaysia pulang setelah mereka melihat peningkatan kes di Madinah, Riyadg dan Jeddah.
“Bukan hanya pelajar yang bimbang, pihak ibu bapa di Malaysia juga sedang bimbang. Sehingga kini kami masih ditempatkan di dalam kampus UIM. Namun seperti mana-mana kampus universiti lain, kami tidak dibenarkan untuk keluar sama sekali,” kata Irfan.
*
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menerusi Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri juga memutuskan bahawa para pelajar yang sedang menetap di dalam kampus universiti di Malaysia tidak dibenarkan pulang buat masa ini.
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dalam pada itu juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka agar pelajar mematuhi arahan kerajaan tersebut.
Syarikat penganjur konsert, Orange International, dengan bangganya mengumumkan konsert ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’ yang akan berlangsung pada 30 November 2024, jam 8:00 malam di Zepp, Kuala Lumpur.
Konsert ini bakal menampilkan barisan penyanyi popular dari Sabah, termasuk Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Stacy Anam, Nikky Palikat, Wani Kayrie, dan Didi Astillah.
Ini adalah langkah terbaharu penganjur dalam menyajikan hiburan berkualiti kepada peminat muzik tanah air, selepas kejayaan konsert-konsert sebelumnya seperti Radja & Ella dan Wali Band X Setia.
Menurut Ketua Pegawainya, Dato’ Fadzli, pemilihan artis adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam industri, termasuk pengiktirafan di pelbagai anugerah.
Bella Astillah baru-baru ini dinobatkan sebagai ‘Celebrity Of The Year’ di TikTok Awards Malaysia 2024, manakala penyanyi lain juga memiliki rekod prestasi yang membanggakan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Juara Lagu.
Konsert ini juga memberi peluang kepada pelapis baharu seperti Wani dan Didi untuk menunjukkan bakat mereka.
Selain itu, Orange International juga menjanjikan kejutan menarik untuk penonton pada malam konsert, dan mengajak semua peminat muzik untuk hadir.
“Kami berkomitmen untuk membawakan muzik berkualiti kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira usia atau bangsa,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
..dan ini merupakan kali pertama dia menyertai Kejohanan Dunia!
Pada awalnya, atlet berusia 15 tahun iaitu Muhammad Aliff Mohd Azizi tak meletakkan apa-apa expectation pun semasa menyertai Kejohanan Muay Thai Dunia ke 16.
Berlangsung di Bangkok Thailand, penyertaan sulungnya itu sekadar untuk menimba pengalaman bersaing dalam kejohanan bertaraf dunia. Bukan mudah untuk melepasi senarai peserta dari 60 negara dan layak ke kejohanan tersebut.
And for that we are proud of him!
Bercakap kepada rakan media di BERNAMA, Muhammad Aliff menganggap kejayaan merangkul 2 pingat emas itu adalah kerana semangat dan dorongan daripada keluarga, jurulatih dan pihak-pihak yang terlibat.
“Sokongan ayah, Mohd Azizi Bakar, jurulatih Azrol Mohammad dan rakan sepasukan membuatkan saya sentiasa fokus dan terus positif sehingga berjaya,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Ayer Tawar, Butterworth itu.
Untuk pengetahuan, abangnya Muhammad Adam Mohd Azizi, 17, juga berjaya memperolehi satu pingat perak dalam kategori remaja 54-57 kilogram.
Pada kejohanan yang berlangsung dari 12 hingga 20 Mac itu, Muhammad Aliff bersaing dalam kategori kadet 45-48 kilogram. Walaupun mempunyai purata berat badan sama, saiz tubuhnya nyata jauh lebih kecil berbanding atlet negara lain yang besar dan tinggi.
Semoga dengan kejayaan ini, pusat latihan Muay Thai dapat ditambah baik dengan fasiliti lengkap untuk meningkatkan semangat atlet Muay Thai mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.