Minggu kelima program realiti nyanyian Raise The Star Malaysia (RTSMY) kali ini menyaksikan satu kejutan manis buat para peminat setia apabila tiada sebarang penyingkiran diumumkan. Kesemua 14 orang peserta berjaya mara ke peringkat suku akhir, sekaligus menambahkan lagi debaran untuk minggu-minggu mendatang.

Dalam pada itu, minggu ini para peserta tampil dengan tema persembahan ‘Switch Mode 360’ menyaksikan peningkatan prestasi ketara dalam kalangan peserta apabila rata-rata tampil lebih yakin, matang dan berani mencabar kebolehan vokal masing-masing. 

Menurut salah seorang daripada pihak juri dan komposer tetap RTSMY, Ajai berkata beliau amat berpuas hati dengan hampir kesemua persembahan daripada bintang pada minggu ini.

“Saya rasa pihak produksi perlu buat tema ‘360’ ini setiap minggu, sebab bila ada tema ini ramai peserta akan praktis lagi lebih,” kata Ajai.

Tiada Penyingkiran! 14 Bintang Raise The Star Malaysia Mara Ke Peringkat Suku Akhir Tiada Penyingkiran! 14 Bintang Raise The Star Malaysia Mara Ke Peringkat Suku Akhir

Ads

Sementara itu, mengetuai senarai TOP5 minggu ini ialah Hariz Fayahet yang mencuri perhatian dengan membawakan lagu berjudul ‘Cik Mek Molek’memperolehi markah sebanyak 70.76%.

Turut tersenarai adalah Didie Shazry (70.38%) dengan gaya persembahan paling bertenaga sambil memainkan gitar elektrik, serta Zury (69.87%) yang memukau juri dengan penampilannya yang luar biasa menerusi lagu ‘Ikan Dalam Kolam’ nyanyian asal Elcorona Gambus.

Tidak kurang juga, Pasya yang meraih 67.41% terus menunjukkan konsistensi minggu demi minggu. Persembahan beliau kali ini lebih menonjolkan dirinya sebagai bintang versatile.

Ads

Sementara itu, Sharee Lopes yang mengumpul 64.81% tampil membawakan lagu bergenre dangdut berjudul ‘Selangit’ yang tidak boleh disangkal, membuktikan kehadirannya bukan sekadar pelengkap barisan.

RTSMY menampilkan barisan lima juri tetap profesional yang juga merupakan komposer hebat tanah air iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul. Para peserta diadili berdasarkan sistem pemarkahan yang terdiri daripada 80% markah juri profesional dan 20% undian umum.

Tiada Penyingkiran! 14 Bintang Raise The Star Malaysia Mara Ke Peringkat Suku Akhir

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Dihoskan oleh gandingan mantap Alif Star dan Sherry AlHadad, rancangan ini disiarkan secara langsung selama lapan minggu menerusi saluran Astro Ria dan boleh distrim menerusi Astro GO serta sooka.

Dengan semua peserta masih kekal dalam saingan, saingan minggu suku akhir dijangka akan jadi lebih sengit dan mendebarkan. Siapa yang akan terus melonjak? Siapa pula yang mungkin tergelincir? Sama-sama kita nantikan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads