Ramai orang bujang risau dengan pertanyaan bila nak kahwin. Bila sebut perkataan kahwin, ada macam-macam perasaan timbul. Bengang, marah, rasa rendah diri termasuk lebih cliché makcik tolong carikan jodoh saya kalau ada anak bujang. Tak pun, paling rare bagi laki makcik pada saya. Hahaha.
Soal jodoh ini ramai kena faham. Ia sudah diatur oleh Allah SWT sejak roh kita di luh mahfuz lagi. Ada orang mungkin jumpa jodohnya tapi tak lama dan akhirnya bercerai. Itu tandanya pasangan itu bukan jodohnya.
Ada yang bahagia hingga ke akhir hayat. Sah itu memang jodohnya di dunia. Tapi kalau salah seorang berkahwin, misalannya isteri kahwin lain selepas kematian suami, di akhirat nanti, dia tak akan jumpa suami pertamanya kerana dia sudah ada tanggungjawab pada suami keduanya.
Apa pun cepat atau lambat jodoh kita, Allah yang sudah aturkan segala-galanya. Ia macam rezeki. Ada orang rezeki lebih dan kita tak perlu dengki atau iri hati sebab orang yang ada rezeki lebih itu ujiannya lebih. Allah nak tengok juga, adakah rezeki berlebihan itu digunakan ke jalan agama atau hanya pentingkan duanawi semata-mata. Kalau kaya bagai nak rak pun, mati nanti bawa kain kapan saja di mana semua harta ditinggalkan.
Berbalik pada soal jodoh, pada yang belum jumpa jodoh tu janganlah risau ya. Ini kerana selain jodoh korang belum lahir (hikz), jodoh korang sebenarnya dah tunggu di akhirat. Ini kerana menurut Ustaz Azhar Idrus tiada orang bujang di syurga (di dunia nie ramai sangat-sangat). Di dalam syurga nanti, Allah dah sediakan jodoh untuk korang berkasih sayang dan merasai nikmat suami isteri lebih indah dari dinikmati suami isteri di dunia.
Nah, korang bacalah pandangan dari Ustaz Azhar Idrus ini tentang tiada orang bujang di syurga.
TIADA ORANG BUJANG DALAM SYURGA
Soalan:-
Ads
Kalau seorang Islam itu di dalam dunia tidak berkahwin dan dia hidup membujang sampai ke akhir hayat adakah di syurga nanti dia juga tidak akan berkahwin?
Jawapan :-
Sesungguhnya di dalam syurga nanti setiap penghuninya akan memperolehi apa yang dia kehendaki maka begitu juga dengan pasangan. Setiap orang bujang yang masuk syurga akan berkahwin dengan pasangannya yang dia suka di dalam syurga.
Ertinya : “Segala kebun-kebun syurga ‘Adan itu semua orang beriman akan memasukinya. Syurga yang berlalu air di bawahnya dan di dalam syurga itu semua penghuninya memperolehi apa yang mereka kehendaki. Seperti inilah Allah membalas akan orang-orang yang bertaqwa.” (An-Nahl : 31)
Ads
Maka jelas Allah memeberitahu pada ayat ini apa sahaja yang disukai oleh penghuni syurga akan mereka dapat termasuklah isteri atau suami.
Setiap orang lelaki yang mati dalam keadaan bujang akan berkahwin di dalam syurga dan setiap perempuan yang bujang di dalam dunia akan berkahwin di dalam syurga.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya : قال أَبُو الْقَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( وَمَا فِي الْجَنَّةِ أَعْزَبُ
Artinya : “Telah bersabda oleh Rasulullah saw : Dan tidak ada di dalam syurga hidup membujang.” (Hadith Imam Muslim)
Dan di riwayatkan dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda : وَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ ، يُرَى مُخُّ سَاقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ ، مِنَ الْحُسْنِ
Ads
Artinya : “Dan bagi setiap ahli syurga itu dua orang isteri yang dapat dilihat bahagian dalam betisnya dari luar daging daripada terlaku cantiknya.” (Hadith Imam Muslim)
Maka terjawab sudah bahawa orang yang mati bujang di dunia ini akan berkahwin di dalam syurga nanti.
Jika sekiranya di dalam dunia ini dia tidak ingin mempunyai pasangan sekalipun pasti di dalam syurga tidak akan ada lagi perasaan tersebut dan dia akan berkahwin kerana bujang itu adalah kekurangan dan kekurangan itu tidak akan ada di dalam syurga.
KESIMPULAN Syurga adalah tempat bersuka dan berseronok yang Allah janjikan bagi orang-orang mukmin. Antara perkara yang menyeronokkan ialah memilik segala yang indah dan cantik sebagaimana hidup di dunia.
Tidak ada seorang pun yang masuk syurga melainkan akan ingin mempunyai teman baginya menikmati keindahan syurga. Maka kerana itulah setiap ahli syurga akan mempunyai pasangan yang dengan pasangannya itu dia akan bersuka dan berseronok sepuas hati. Suami isteri di dalam dunia akan menjadi suami isteri di dalam akhirat.
Orang yang bujang di dalam dunia akan mempunya isteri atau suami di dalam syurga. wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam beberapa hari ini kisah bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah sunyi dari kritikan netizen. Di media sosial dapat dilihat rakyat begitu “bebas bersuara” bertanya bagaimana seorang Datuk Seri yang juga suspek utama Macau Scam berjaya melarikan diri dengan memanjat pagar di bangunan tersebut.
Mereka hairan bagaimana seorang individu berbadan besar mampu memanjat pagar jenis anti climb sebelum didedahkan ada tiga pengawal keselamatan Datuk Seri itu membantu dengan menjadi tangga kepada Datuk Seri berkenaan memanjat badan mereka sebelum melompat keluar dari pagar tersebut.
Dalam satu perkongsian Harian Metro, hal ini dirancang dalam tempoh dua minit sahaja seolah-olah sudah ada tangan-tangan ghaib yang membuat perancangan teliti bagi membantu Datuk Seri berkenaan melarikan diri.
Seolah-olah dirancang dari awal dengan penuh teliti. Malah, kedudukan pagar keselamatan jenis anti-climb, jalan pintas dan susun atur sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, diselidik terlebih dahulu.
Semua itu membolehkan dalang utama sindiket cuci duit atau pengubahan wang haram berusia 32 tahun terbabit melarikan diri tanpa disedari pihak berkuasa dalam kejadian jam 6.30 petang Ahad lalu.
Difahamkan, suspek yang mendakwa sebagai Datuk Seri itu meloloskan diri dengan bantuan tiga pengawal peribadinya yang bertindak cekap dalam tempoh kurang dua minit.
Dia sebelum ini ditahan SPRM pada 2 Oktober sebelum direman sehingga Ahad lalu susulan siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan artis.
Sumber berkata, dua daripada pengawal peribadi suspek berperanan sebagai 'kuda' bagi membolehkan suspek memijak belakang tubuh mereka untuk melepasi pagar setinggi hampir dua meter itu.
Menurutnya, seorang lagi pengawal peribadi suspek menyambutnya di luar pagar sebelum mereka melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi.
Tetapi apa yang nyata, netizen tidak pernah kering idea untuk “membahan” kerana mereka telah menyiapkan satu video dari aksi filem Tamil bagaimana seorang hero berjaya melarikan diri dari penjara selepas pagar atasnya di potong. Lebih mengharukan sebahagian penghuni penjara itu menjadi tangga, seolah-olah sama seperti perlakuan bodyguard yang membantu Datuk Seri itu melarikan diri. Hish la korang nie, memang kelakar sungguh.
Tengok video di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sewaktu pemerintahan kerajaan Malaysia sebelum ini, beberapa nama timangan telah digunakan bagi merujuk kepada para menteri. Malah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pernah menggunakan gelaran seperti Abah, Pak Long, Ayoh Chik dan Pak Su sehinggakan warganet lebih selesa menggunakan gelaran sebegini sehinggakan gelaran rasmi mereka diketepikan.
Begitupun, lain pula ceritanya dengan Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Anwar ibrahim. Warganet pada hari tertarik dengan ciapan beliau yang menolak sebarang panggilan ‘manja’ di media sosial buatnya.
Hal ini susulan ciapan balas seorang pengguna Twitter bernama @mirulwrld yang meninggalkan komen “Selamat pagi Papa” di ruangan komen Twitter Anwar Ibrahim.
Anwar (atau pasukan media sosialnya) terus membalas dan meminta agar gelaran sebegitu tidak dipraktikkan dengan berkata, “Please don’t do that (tolong jangan buat sedemikian)”.
Komen balas Perdana Menteri itu telah membuatkan warganet di Twitter terhibur. Malah, ada yang teringin pula menggunakan panggilan baharu iaitu ‘Walid’ bagi menggantikan ‘Papa’.
Sebagai infoDatuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Justeru segala tindak tanduknya kini menjadi bualan orang ramai rakyat Malaysia.
Ada juga yang turut meminatinya sehingga menjadi fanatik kerana karakter berwibawa yang ditonjolkan olehnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka filem Malaysia mampu menerima anugerah di peringkat antarabangsa dan lebih membanggakan lagi, jalan ceritanya memartabatkan budaya di negara kita.
Filem aksi persilatan, Geran terbitan Layar Pictures dan Tree of Hopes Productions telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke-19.
Menurut media rasmi NYAFF, EasternKicks.com melaporkan kemenangan ini meletakkan pengarah Geran, Areel Abu Bakar setaraf dengan nama-nama seperti Dante Lam (Operation Red Sea), Yue Song (The Bodyguard) dan Jung Byung-gil (The Villaines) yang memenangi anugerah kecemerlangan filem aksi itu sebelum ini.
Filem lakonan Namron, Khoharullah Majid, Feina Tajuddin, Fad Anuar, Azlan Komeng (koreografer aksi silat) dan Megat Shahrizal mengangkat seni persilatan Gayong Pusaka dengan tema kekeluargaan dan persaudaraan.
Pengarah filem ini juga menyifatkan kemenangan ini sebagai penghargaan besar kepada kru produksi dan peminat filem Geran yang mengangkat seni silat dan budaya masyarakat Malaysia ke layer perak di mata dunia.
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa filem Geran ditayangkan pada 10 Oktober 2019 di Malaysia serta Brunei dan khabarnya menggunakan bajet sendiri. Filem ini mengisahkan tentang satu keluarga pesilat yang mempertahankan maruah dan tanah rumah mereka daripada tergadai selepas adik mereka menghilangkan diri dan menggadai geran tanah itu kepada lintah darat.
Akan Datang
Masyarakat Malaysia mengucapkan tahniah diatas kemenangan ini dan ramai juga yang meluahkan rasa kecewa kerana filem ini tidak mendapat sambutan di negara kita.
Apa-apa pun sekali lagi kami ucapkan tahniah buat semua team produksi filem Geram. Semoga kejayaan ini dapat menyuntik semangat ramai lagi penggiat filem dalam menghasilkan naskhah tempatan yang bakal diiktiraf di peringkat dunia.
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.