“Tiada Masalah Kalau Paip Pecah,” Kedai Hardware Buka Setiap Isnin & Khamis Sepanjang PKP Fasa 2

Share

Sejak bermula PKP pada 18 Mac lalu, hanya kedai-kedai yang tersenarai sebagai ‘essential services‘ sahaja dibenarkan beroperasi mengikut ketetapan yang dibuat pihak berkuasa.

Habis macam mana pula kalau benda yang diingini berlaku di rumah macam paip pecah, mentol lampu terbakar dan sebagainya?

Terbaru, selaras dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), beberapa perkhidmatan dan perniagaan dibenarkan beroperasi dua kali seminggu sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut sebuah kenyataan oleh Berita Harian, Majlis Keselamatan Negara telah memberi kebenaran kepada beberapa jenis premis perniagaan seperti kedai perkakasan yang menjual baja dan alat pertukangan dua hari seminggu akan membolehkan masyarakat memanfaatkan aktiviti produktif bersama keluarga di rumah.

Bagi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Mohamad Zain A Hamid, kebenaran sedemikian akan menggalakkan orang awam di daerah itu mematuhi arahan dengan berada di rumah sambil melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

“Ini adalah kelonggaran bagi orang awam mendapatkan apa juga keperluan di kedai berkenaan supaya dapat menjalankan aktiviti di rumah.

Perkhidmatan atau perniagaan yang dibenarkan ialah :

  • Kedai Baja / Racun
  • Kedai Perkakasan (hardware)
  • Kedai Menjual Makanan Haiwan
  • Kedai Menjual Alat Ganti Kenderaan

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perniagaan ini dibenarkan beroperasi dua hari seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis antara jam 8 pagi hingga 4 petang bermula hari ini iaitu 6 April 2020.

Sumber : Berita Harian, Majlis Bandaraya Shah Alam

IKLAN