
Demi menghormati dunia yang sedang ‘berperang’ dengan wabak Covid-11, tahun ini tiada sambutan April Fool akan dilakukan oleh Google.

Google yang merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat setiap tahun akan hadir dengan idea lawak jenaka kreatif pada hari ‘April Fool’ yang akan jatuh pada tarikh 1 April setiap tahun. Google sebelum ini yang sering hadir dengan sejumlah lawak jenaka berbeza mengikut produk dan negara – yang sering mencuit hati ramai pengguna seluruh dunia.

Namun, untuk tahun 2020 ini, Google dilihat membatalkan hasrat berkenaan. Melalui emel yang dikongsikan kepada Business Insider, Google dikatakan mengatakan supaya membatalkan perkongsian lawak jenaka untuk 1 April tahun ini, dan mungkin hadir dengan lawak seperti biasa pada tahun akan datang. Google dilihat mengambil langkah ini dalam menghormati semua orang yang kini “berperang” dengan Covid-19.
Buat masa ini, tidak diketahui lagi sama ada syarikat teknologi lain akan meneruskan lawak jenaka mereka, atau turut mengambil langkah untuk membatalkannya untuk tahun 2020 ini.

Bagus langkah yang dilakukan oleh syarikat Google ni, yelah dalam keadaan dunia dalam kesedihan, tak kan kita nak buat lawak April fool pula kan…
SUMBER RUJUKAN: BUSINESS INSIDER
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan Isu Kasut Hitam & Putih Saja, Ini 8 Janji Menteri Pendidikan Wajib Tahu

Semalam, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menghadiri Bicara Minda anjuran Sinar Harian. Mulai semalam juga, agak kecoh di kalangan netizen tentang penggunaan kasut hitam bagi menggantikan kasut putih yang sekian lama menjadi trade mark pelajar sekolah.
Penggantian ini bagi meringankan beban pelajar atau ibu bapa menyental kasut yang agak kepam di hujung minggu. Tak kisahlahkan kasut hitam atau putih tetapi apa yang penting ialah pelajar mahu ke sekolah atau tak ponteng sekolah.
Tapi ada lagi 8 isu masyarakat perlu tahu yang mana ia akan mengubah sistem tranformasi pendidikan yang mungkin sedikit ketinggalan berbanding negara lain yang dijanjikan Dr Maszlee dalam tempoh lima tahun akan datang.


- Murid-Murid TIDAK PERLU LAGI BERKASUT PUTIH mulai tahun hadapan.
- Memberi KUASA AUTONOMI kepada Institusi Pengajian Tinggi.
- KEBEBASAN BERSUARA kepada pelajar dengan mewujudkan semula SUDUT PIDATO.

Guru hanya mengajar, beban pengkeranian akan dikurangkan. Gambar hiasan - KURANGKAN BEBAN GURU daripada tugas perkeranian.
- MEMPERKASA sekolah kebangsaan dan pendidikan khas.
- Memastikan murid TAK LAGI GALAS BEG BERAT.

Kisah beg berat di kalangan pelajar bakal berakhir dengan janji baru ini - Meningkatkan PENGUASAAN BAHASA MELAYU dengan memperkasakan Dewan Bahasa & Pustaka.
- Pelajar boleh MENGUASAI lebih dari TIGA BAHASA.
- UEC DISELESAIKAN dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Kesemua ini diperkatakan semalam dan diharap beban yang ditanggung oleh guru, murid dan ibu bapa mengenai sistem pendidikan sekolah diharapkan melegakan semua pihak. Ada lagi hal-hal kecil termasuk kerusi patah, kisah cikgu duka lara dan lain-lain yang perlu diselesaikan olehnya.
Kredit : FB Akhi Fairuz Al- Jengkawi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau Ziarah Kubur, Jangan Cabut Rumput? Ini Sebab Ia Dilarang

Mungkin ramai tidak tahu atau tak sengaja.
Niat kita mungkin hanya mahu membersihkan kubur sahaja kerana jarang menziarahi ahli keluarga yang terlebih dahulu dijemput Illahi.
Tapi rupanya perbuatan mencabut rumput di atas kubur mempunyai hukum berbeza. Baca penjelasan diberi oleh Ustaz Azhar Idrus berkaitan hukum cabut rumput yang tumbuh atas kubur ini.
*
”Hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubur adalah segala yang tumbuh di atas kubur.
Ia tidak termasuk kawasan lain seperti jalan di sekeliling kubur atau tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkuburan.
Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf dalam kalangan ulamak mazhab padanya.
Mazhab Syafie
Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur.
Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :
ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم
Erti : “Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam diatas kubur) selama ia belum kering (mati) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak mayat yang datang kisahnya dari hadith Nabi SAW.”
Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.
HARUS MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR
Tersebut pada kitab Hasyiah Al-Qalyubi :
وَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ مَالِكِهِ أَخْذُهُ مَا دَامَ رَطْبًا لِتَعَلُّقِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِهِ، وَإِذَا جَفَّ جَازَ لِكُلِّ أَحَدٍ أَخْذُهُ
Erti : “Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas kubur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak mayat dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah mati nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.”
Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.
Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ramli :
ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه
Erti : “Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas kubur sebelum tumbuhan itu mati.”
Dan tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani ala At-Tuhfah :
وَ (قَوْلُهُ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ) أَيْ عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ
Erti : “Dan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas kubur itu ialah atas yang bukan pemiliknya.”
Dan tersebut pada kitab Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini :
وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِه
Erti : “Dan tidak harus bagi selain pemilik kubur mencabut tumbuhan atas kubur itu jika ia belum kering (mati).”
PEMILIK DIHARAMKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR
Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubur itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.
Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubur itu hukumnya tetap haram.
Berkata Syeikh Al-Bujairimi :
وَحَاصِلُهُ أَنَّهُ إنْ كَانَ الشَّيْءُ الْأَخْضَرُ قَلِيلًا كَخُوصَةٍ أَوْ خُوصَتَيْنِ مَثَلًا لَا يَجُوزُ لَهُ أَخْذُهُ وَهُوَ أَخْضَرُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ فَحُرِّمَ أَخْذُهُ، أَمَّا إذَا كَانَ كَثِيرًا فَإِنَّهُ يَجُوزُ الْأَخْذُ مِنْهُ
Erti : “Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak mayat maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.” (Hasyiah Bujairimi)
Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas kubur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.
MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR
Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :
: ومنها قلع الشوك والحشيش الرطبين على القبر، فإنه مكروه، فإن النباتات ما دامت رطبة تسبح الله، فحينئذ ينتفع الميت ويستأنس بتسبيحها
Erti : “Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas kubur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawasanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada mayat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.” (Kitab Bariqah Mahmudiyyah)
KESIMPULAN
Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni kubur mencabut atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas kubur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok.
Harus ke atas pemiliknya mengambil atau mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya. Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram.
Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa padanya.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cemar Aidiladha! JAWI Siasat Video Wanita Hina Islam Di Kelab Komedi

Dek satu klip video tular, kecoh jadinya dunia media sosial tempatan pada hari ini.
Sambutan Hari Raya Aidiladha esok sedikit tercemar gara-gara satu klip video tular yang memaparkan konten mengina agama Islam.
Menerusi video itu, seorang wanita yang pada asalnya berimej hijab dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum dia mula membuka aurat dengan menanggalkan satu persatu pakaian sebelum hanya dalam persalinan yang mencolok mata.
Perbuatan wanita itu pula telah mendapat sorakan, gelak tawa dan tepukan dalam kalangan penonton.
HUMOR | ‘Nama saya Siti Amira binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. I’m a Malay dan Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Quran. But…’
Guna Kelab Komedi Crackhouse TTDI untuk hina agama sendiri, hafizah berfahaman liberal kini menyembunyikan diri. pic.twitter.com/YD0WQUbflP
— Nikita AWATNI (@NikitaNikAziz) July 9, 2022
Video berdurasi 54 saat itu telah dirakam di sebuah kelab komedi dekat Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Setelah tular, ia pantas menerima respon negatif orang ramai termasuklah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Pengarah JAWI iaitu Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, Bahagian Penguatkuasaannya telah mengambil maklum berkenaan video tersebut dan akan melaksanakan siasatan awal. Tambahnya, Jawi juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana perbuatan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian islam yang berlaku di Wilayah Persekutuan; lebih-lebih lagi menjelang sambutan hari mulia Aidiladha pada 10 Julai 2022.

Untuk pengetahuan, pesalah boleh didakwa di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).
Ia menetapkan mana-mana individu yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan cara-cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina, mempersendakan, mengajuk-ngajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam merupakan satu kesalahan.
Sekiranya disabitkan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
*
Dalam pada itu, pihak kelab telah mengeluarkan respon balas dan berkata mereka mengutuk sekeras-kerasnya rakaman video yang memaparkan persembahan yang menghina agama Islam.
Tambah kenyataan itu lagi, individu tersebut telah dilarang daripada kembali ke kelab itu malah mereka juga telah menfailkan laporan polis mengenai insiden ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!



