Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah pun mengumumkan di laman Facebook mereka, TNB Careline bahawa operasi bacaan meter dan penghantaran bil fizikal di premis akan dihentikan sementara waktu dari 20-31 Mac 2020 demi keselamatan korang dan warga kerja TNB.
Untuk pengetahuan korang, pelanggan yang menerima bil pada tarikh 20-31 Mac akan dikira secara anggaran berdasarkan penggunaan sebelumnya. Sebagai contoh, sekiranya korang menerima bil bulan sebelumnya sebanyak RM100, bil terkini juga akan dianggarkan sebanyak RM100.
Ads
Bil tersebut akan diselaraskan apabila pembaca meter mereka mengambil bacaan sebenar di premis pada bulan hadapan (bergantung kepada keadaan semasa).
Ads
Oleh yang demikian, bil fizikal bagi tarikh-tarikh tersebut tidak akan diserahkan ke rumah korang. Salinan bil terkini boleh didapati melalui portal myTNB di www.mytnb.com.my atau aplikasi myTNB yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau App Store.
Kebanyakan daripada kita masih giat mengumpul wang untuk mengerjakan ibadah di kota suci Mekah.
Namun untuk 5 beranak dari Jakarta & Medan, Indonesia ini, mereka sudah sebulat suara bersetuju untuk hanya menunggang basikal dari Indonesia untuk ke Mekah.
Whoa, berapa lama baru nak sampai weh?
Kata si ayah iaitu Muchlis Abdullah, segala perancangan untuk ekspedisi ini telah dimulakan sejak 2 tahun lepas.
Foto: Bernama
“Kami sekeluarga bersiap sedia dari segi mental, fizikal dan emosi untuk sampai ke Mekah. Namun disebabkan beberapa kekangan, ada masanya nanti kami perlu menaiki kenderaan awam seperti kereta api dan kapal terbang untuk mengelakkan pergolakan yang sedang berlaku di beberapa buah negara,” katanya yang baru tiba di Gurun, Kedah.
Setakat ini, keluarganya yang terdiri daripada isteri, Julianti Husin, 47, Mirza Hakim, 15 Ahmad Zaki Hafiz, 11 dan Oliva Yumna, 6 masih gigih berbasikal.
Cuma dari Indonesia ke Malaysia pada 30 Julai lalu, mereka perlu mengambil servis feri yang tiba di Melaka. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan kini di Kedah.
Foto: Bernama
“Kami akan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak membantu dan memberikan sumbangan. Hanya Tuhan yang boleh membalasnya.
“Ada pemilik restoran yang meminta kami ke kedainya kerana dia ingin membelanja kami makan dan memberi sumbangan wang. Alhamdulillah
“Selepas ini, kami akan menunggang basikal ke Thailand dan negara lain seperti Myanmar, India, Pakistan, Afghanistan, Iran, UAE dan akhirnya ke Saudi Arabia,” kata Muchlis lagi.
Jadi, bila agaknya 5 beranak ini boleh tiba di Jeddah?
“Mungkin dalam tempoh 5 ke 7 bulan, iaitu sekitar Januari ke Mac tahun hadapan. Setelah tiba di sana, bolehlah kami mengerjakan Umrah.”
REMAJA doakan agar perjalanan mereka ke sana selamat dan diringankan beban. Amin.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu politik tanahair semakin “panas” apabila terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyerbu rumah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Azeez Rahim yang juga Pengerusi Tabung Haji semalam.
Selepas rumah mewah DS Najib digeledah dan polis menemukan RM100 juta dari 11 buah beg yang diambil dari rumahnya dan baki dari 72 beg belum dikira, nampaknya rakyat semakin teruja dan tidak sabar ingin mengetahui siapa lagi pemimpin tertinggi Umno yang akan terkena senasib dengan bekas bos mereka. Biar siasatan masih dijalankan dan belum terbukti salah namun rampasan dan serbuan membuktikan wujudnya kes salah laku terjadi.
Nampaknya usaha rakyat yang membuat tsunami dalam politik dengan memilih Pakatan Harapan sebagai pemerintah baru dan menumbangkan Umno benar-benar membongkar pekung pemimpin Umno yang selama ini tidak terbuka tembelang mereka.
Tidak tahulah siapa yang bakal terkena selepas ini tetapi hakikatnya rakyat semakin tidak sabar melihat siapa lagi yang bakal kena.
Berkaitan isu Datuk Azeez Rahim, dalam laporan Sinar Harian berkata SPRM melakukan serbuan serentak di tiga premis milik seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno di Subang Jaya, Jalan Tun Razak dan Baling, Kedah, semalam.
Difahamkan serbuan tersebut dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Serbuan berkenaan dipercayai bertujuan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor bagi projek membabitkan Tabung Haji (TH).
Menurut sumber berkata, pemeriksaan dijalankan di kediaman MT berkenaan di Petaling Jaya, Selangor dan Baling, Kedah selain pejabatnya di Jalan Tun Razak, di sini.
“SPRM telah menyita sejumlah wang tunai di salah sebuah lokasi pemeriksaan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM.
“Ia membabitkan kes pemberian projek TH kepada kontraktor,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam pada itu, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim mengesahkan bahawa beberapa anggota telah datang ke rumahnya, semalam.
Beliau yang dihubungi Astro Awani mengesahkan kira-kira 10 anggota SPRM telah datang ke rumahnya sebelum memaklumkan kepada beliau untuk melakukan penggeledahan.
Kesemua pegawai SPRM itu hadir sekitar jam 1 petang semalam.
Tambah Abdul Azeez, daripada penggeledahan tersebut, pegawai SPRM turut merampas barang kemas milik isterinya serta wang tunai.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jumlah wang tunai yang dirampas SPRM.
Abdul Azeez bagaimanapun berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan tanpa sembunyikan apa saja maklumat yang diperlukan.
“Saya sedia bila masa sahaja untuk membantu dan memberi kerjasama kepada SPRM untuk membantu sebarang siasatan.
“Saya tiada apa yang hendak disembunyikan apa-apa. Sebenarnya saya dah duga ini akan berlaku memandangkan nama saya memang disebut,” katanya. – Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita lemasnya Emmeril Khan Mumtaz pada 26 Mei 2022 mengejutkan seluruh penduduk Indonesia. Emmeril atau lebih mesra dikenal sebagai Eril merupakan anak kepada Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil.
Kejadian malang yang terjadi kepada Eril di Sungai Aare yang terletak di Bern, Switzerland menjadi sorotan utama berita-berita Indonesia lantaran popularitinya yang berada dalam keluarga pemerintah.
Eril yang merupakan anak sulung kepada pasangan Ridwan Jamil dan Atalia Praratya bakal menginjak usia 23 tahun pada 25 Jun akan datang sekiranya dia masih hidup. Kedatangan allahyarham ke Switzerland bersama keluarganya dengan niat untuk mendaftar pengajian di peringkat ijazah sarjana bertukar tragedi apabila dia dibawa arus deras Sungai Aare ketika berenang bersama adiknya dan sahabat mereka.
Pencarian yang dilakukan oleh pihak mencari dan menyelamat menemui jalan buntu. Oleh itu, keluarga allahyarhan dengan sendiri membuat perkiraan dan mengumumkan berita kematiannya sebelum mayat ditemui setelah merujuk kepada Majelis Ugama Indonesia.
Namun kuasa Allah menentukan segala-galanya. Pada 8 Jun 2021 setelah 14 hari tenggelam dibawa arus, mayat Eril ditemui timbul di bahagian empangan air Engehalde yang terletak kira-kira enam kilometer dari tempat dia mula-mula tenggelam dibawa arus.
Dalam satu berita yang disiarkan, pengesahan mayat yang dijumpai itu sebagai Eril dilakukan setelah DNA sepadan dengan DNA Ibunya. Bahkan, Atalia sendiri memuat naik berita tersebut di laman instastory miliknya dengan luahan kata, “DNAnya sudah dinyatakan sama dengan saya. Innalillahiwainailaihirojiun.”
Ketika hidup Eril terkenal sebagai seorang pemuda yang pintar dan juga berwawasan serta suka melakukan kerja-kerja amal. Dia merupakan pengasas kepada pertubuhan bukan kerajaan, Jaber Zillennial (Jawa Barat Bergerak Zillenial) yang bertindak sebagai satu wadah untuk anak muda Jawa Barat berkolaborasi dan melakukan aktiviti berkaitan kemanusiaan dan pendidikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.