THROWBACK: Senarai Juara AJL Sejak Tahun 1986 Hingga Terkini!

Share

Anugerah Juara Lagu (AJL) adalah pertandingan muzik tahunan terbitan TV3, bertujuan untuk memberi penghargaan kepada komposer, penulis lirik, dan penyanyi Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1986, AJL telah menjadi platform utama untuk mengangkat karya-karya muzik terbaik dari tanah air, sekali gus menjadi penanda aras dalam industri muzik tempatan.

Proses Pencalonan dan Pertandingan

Setiap lagu yang dipertandingkan di AJL telah melalui proses pemilihan yang ketat bermula dengan pencalonan dalam program Muzik-Muzik. Lagu-lagu yang layak akan berentap di Muzik-Muzik Separuh Akhir, dan hanya yang terbaik akan melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk bersaing merebut gelaran juara.

Menyingkap Sejarah Pemenang AJL: 1986-2023

Sejak penganjuran pertama pada tahun 1986, AJL telah menyaksikan pelbagai karya muzik yang menjadi hit dan mewarnai industri muzik Malaysia.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Juara Lagu sejak 1986:

Tahun AJL Lagu Penyanyi
1986 1 Sekadar Di Pinggiran FRANCISSCA PETER
1987 2 Menaruh Harapan ZAITON SAMEON
1988 3 Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu RAMLAH RAM
1989 4 Isabella SEARCH
1990 5 Janji Manismu AISHAH
1991 6 Takdir Dan Waktu MEGA
1992 7 Pada Syurga Di Wajahmu DATO’ NASH
1993 8 Teratai Layu Di Tasik Madu FAUZIAH LATIFF
1994 9 Tanya Sama Itu Hud Hud DATUK M. NASIR
1995 10 Cinta Beralih Arah AISHAH
1996 11 Jerat Percintaan DATO’ SRI SITI NURHALIZA
1997 12 Ghazal Untuk Rabiah DATUK M. NASIR & DATO’ JAMAL ABDILLAH
1998 13 Cindai DATO’ SRI SITI NURHALIZA
1999 14 Andalusia DATUK M. NASIR
2000 15 Balqis DATO’ SRI SITI NURHALIZA
2001 16 Mimpi Laila YASIN
2002 17 Keliru NURUL & AJAI
2003 18 Bunga-Bunga Cinta MISHA OMAR
2004 19 Relaku Pujuk SPIDER
2005 20 Gemilang JACLYN VICTOR
2006 21 Terlalu Istimewa ADIBAH NOOR
2007 22 Itu Kamu ESTRANGED
2008 23 Lagu Untukmu MEET UNCLE HUSSAIN
2009 24 Pergi AIZAT AMDAN
2010 25 Tolong Ingatkan Aku ANA RAFFALI
2011 26 Awan Nano HAFIZ SUIP
2012 27 Terukir Di Bintang AIZAT AMDAN
2013 28 Bahagiamu Deritaku HAFIZ SUIP
2014 29 Apa Khabar JOE FLIZZOW FT. SONAONE
2015 30 Potret AKIM & THE MAJISTRET
2016 31 Lelaki Teragung DAYANG NURFAIZAH
2017 32 Jampi HAEL HUSAINI
2018 33 Haram DAYANG NURFAIZAH & HAEL HUSAINI
2019 34 Sumpah NAIM DANIEL
2020 35 Gila KAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B
2021 36 Pelukan Angkasa SOG & SHILA AMZAH
2022 37 Terus Hidup AINA ABDUL
2023 38 Hasrat AMIR JAHARI

Mewarnai Industri Muzik Malaysia

AJL telah memberi pengiktirafan kepada pelbagai genre muzik, daripada balada hingga rock, hip hop hingga dangdut. Antara nama-nama besar yang telah memenangi AJL termasuklah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, M. Nasir, Aizat Amdan, dan ramai lagi.

Setiap tahun, AJL membawa sorotan kepada karya muzik yang tidak hanya mencipta sejarah dalam industri, tetapi juga mengubah cara peminat menghargai muzik tempatan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath