Kalau korang masih ingat lagi dengan gadis misteri yang pernah muncul dalam Asia's Got Talent 2017, The Sacred Riana pernah menjadi bualan kerana setiap kemunculannya dalam rancangan realiti tersebut boleh menaikkan bulu roma penonton.

Merupakan seorang ahli silap mata, kini pemilik nama sebenar Marie Antoinette Riana Graharani sudah pun beraksi di layar perak.

Dengarnya, penonton bakal disajikan dengan aksi yang lebih seram.

The Sacred Riana Bakal Muncul Di Layar Perak, Lebih Seram & Misteri

Mempertaruhkan The Sacred Riana: Beginning dalam kemunculan pertamanya, filem ini mengisahkan tentang Riana yang tinggal bersama ibu bapanya yang menjalankan perniagaan sebuah rumah pengebumian di sebuah bandar kecil.

IKLAN

Mereka kemudiannya terpaksa berpindah ke rumah pakcik Johan di Jakarta selepas keluarga mereka dilanda malapetaka. Di sana, Riana menemui sebuah patung bernama Riana. Riana mula berhenti berkomunikasi dengan orang lain dan hanya berkawan dengan patung itu.

Ketidakhadiran Riana ke sekolah menyebabkan guru kaunselingnya, Cikgu Klara, pergi melawatnya di rumah dan menasihati supaya Riana menjalani pemulihan. Sejak itu, ibu bapa Riana kerap menerima gangguan aneh.

IKLAN
The Sacred Riana Bakal Muncul Di Layar Perak, Lebih Seram & Misteri

Cikgu Klara kembali bersama Hendro, Lusi dan Anggi, untuk membantu Riana bersosial. Namun, kedatangan mereka menimbulkan masalah yang lebih besar, satu makhluk jahat dari masa lampau bangkit dan mengganggu mereka semua.

IKLAN

Apakah yang seterusnya akan terjadi?

The Sacred Riana Bakal Muncul Di Layar Perak, Lebih Seram & Misteri

Jangan lupa saksikan The Sacred Riana: Beginning di seluruh pawagam tanah air bermula 12 Disember 2019.

Psstt.. ada yang nak belanja kami tengok wayang tak? Hiks!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI