Bagi peminat K-Pop generasi kedua, sudah pasti ramai yang mengenali kumpulan sensasi terkenal, 2NE1! Apa yang menarik kali ini, bukanlah sekadar kemunculan semula mereka tetapi demi membahagia dan mengembalikan kenangan manis bersama, 2NE1 kembali dengan konsert jelajah Asia!
Sebelum ini, 2NE1 yang diterajui oleh CL, Dara, Park Bom dan Minzy telah mengumumkan konsert jelajah Asia “Welcome Back” yang akan menghangatkan beberapa kota di negara Asia seperti Manila, Kobe, Jakarta, Singapura, Tokyo, Bangkok dan Hong Kong.
Namun, baru-baru ini sememangnya bertuah bagi peminat di Malaysia, apabila 2NE1 menambah Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan bagi “2NE1 Welcome Back 2024-2025 Asia Tour” yang dijadualkan bakal berlangsung pada 1 Februari 2025 tahun hadapan.
Ads
Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri menerusi Instagram rasmi agensi 2NE1 iaitu YG Entertainment pada 6 November, pagi tadi. Bagi peminat 2NE1 (Blackjack) ini merupakan saat yang dinanti-nantikan dan setakat ini maklumat terperinci mengenai harga tiket dan masa jualan tiket di Kuala Lumpur masih belum diumumkan.
Dalam pada itu, selain Kuala Lumpur, 2NE1 juga turut memilih bandar Ho Chi Minh dan Macao sebagai destinasi tambahan bagi konsert jelajah tersebut.
Menurut laporan media sebelum ini, konsert “2NE1 Welcome Back 2024-2025 Asia Tour” diadakan bersempena ulang tahun ke-15 kumpulan itu dan menurut Yang Hyun Suk dari YG Entertainment, mereka menjanjikan kelainan untuk jelajah kali ini.
Ads
Selain itu, kumpulan yang terkenal dengan lagu ‘I AM THE BEST’ itu juga akan mengambil kira betapa setianya para Blackjacks yang membesar dengan memori lagu-lagu popular 2NE1 dan terus memberikan sokongan mereka terhadap kesemua ahli selama ini.
Ads
Sekadar info, 2NE1 telah mula menempa nama dalam dunia muzik K-Pop sejak tahun 2009. Girl group hebat ini popular menerusi lagu Lonely, FIRE, Come Back Home, Ugly dan juga Lollipop iaitu kolaborasi bersama BIGBANG.
2NE1 pastinya akan menggamit semula kenangan peminat OG dan setia K-pop di Malaysia yang sekian lama masih mendengarkan lagu-lagu hit seawal era 2000-an hingga sekarang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sehari ditayangkan, khabarnya Mael Totey The Movie telah pun mencatatkan kutipan hampir RM700,000 di saluran Astro First. Drama arahan Syahmi Sazli ini membuktikan bahawa meskipun beliau seorang YouTuber, namun anak Kelantan ini berjaya menarik perhatian penonton di kaca televisyen.
Filem ini juga merupakan sebuah hasil karya lakonan finalis Dewi Remaja 2018/2019, Aween Ismail yang juga merupakan anak kelahiran Kelantan. Tawaran yang diterima sekitar beberapa bulan lalu membuahkan hasil apabila filem tersebut nampaknya berjaya menarik perhatian penonton.
Jika sebelum ini penonton hanya dapat menyaksikan drama spontan hasil karya Syahmi Sazli di laman YouTube dengan durasi video kurang daripada 20 minit, kini pastinya ramai yang teruja untuk melihat hasil karyanya di kaca TV.
Mengisahkan tentang seorang pemuda lurus bendul, Mael yang cuba memikat gadis bernama Yaya (Aween Ismail), tetapi gadis itu telah meletakkan syarat untuk Mael belajar bahasa Inggeris terlebih dahulu. Semuanya berubah apabila Mael belajar bahasa Inggeris bersama ‘Teacher’.
Nak tahu apa kesudahannya? Korang kenalah tonton sendiri di Astro First. Hiks!
Turut membintangi filem tersebut adalah Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad dan dibantu oleh pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof dan Aznah Hamid.
Korang masih lagi sempat untuk menonton filem ini di saluran Astro First (480) sekarang. Apa lagi, jom support filem tempatan.
Syabas Remaja ucapkan buat seluruh warga kerja Mael Totey The Movie!
Pernah tak sebagai gadis kita bertanya di dalam hati, kenapa aku tidak dilahirkan sebagai lelaki? Sebab lelaki ini nampak mudah, sempoi, tak suka fikir banyak, tak banyak mulut pun dan pastinya tak secerewet perempuan.
Berbanding perempuan yang agak complicated kerana ada akal satu nafsu sembilan, perempuan sebenarnya banyak berfikir benda yang belum berlaku dan tak hairanlah mereka mudah risau. Risau jika orang komen jerawat banyak, risau orang cakap baju tak cantik, risau tubuh gemuk, risau itu, risau ini dan mungkin rasa risau itu akan terus sampai ke tua.
Tapi sebelum korang berfikir kenapa tak best jadi perempuan, bacalah fakta ini kenapa beruntungnya korang dilahirkan sebagai perempuan di dunia ini.
Untuk pengetahuan korang, dalam dunia ini Allah mengutuskan 124,000 Nabi dan Rasul dan tiada seorang pun darinya kalangan wanita. Semua lelakikan kerana lelaki ini ditakdirkan sebagai khalifah.
Tapi harus diingatkan, tiada seorang Nabi pun kecuali Nabi Adam a.s yang lahir melainkan dari rahim seorang wanita.
Lihat betapa mulianya seorang wanita kerana dari rahimnya lahir insan-insan hebat ini termasuk nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.
Jadi lihat berapa beruntungnya jika korang dilahirkan sebagai seorang perempuan. Mungkin hari ini korang masih bujang dan andai ditakdirkan satu hari bertemu jodoh dan melahirkan anak, mana tahu anak itu lahir sebagai ulama, mufti dan berjawatan hebat terutama agamanya. Untungkan.
Sabda Nabi Muhammad SAW :
“Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik di antara kalian akan memasuki syurga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami di atas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilau”
Bahkan Rasulullah bersabda:
“Sampaikan-lah kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahwasanya: “Taat kepada suami dengan penuh kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah, tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mau menjalankannya”
Lihat betapa Allah mempermudahkan betapa wanita itu lebih senang memasuki syurga berbanding lelaki. Asalkan mereka taat kepada suami, mengerjakan solat lima waktu sehari semalam, menjaga aurat dan kemaluannya maka wanita boleh memilih mana-mana syurga di kehendakinya.
Berbanding lelaki, tanggungjawab mereka jauh lebih berat dan besar. Di akhirat kelak, lelaki akan disoal amanah dipertanggungjawabkan kepada dirinya. Mengenai isterinya, anak-anak perempuannya, saudara-saudara perempuannya dan andai dirinya gagal mendidik anak dan isteri menurut syariat Islam, tiada apa mampu dilakukannya lagi kerana tiada apa lagi mampu menolongnya.
Lihat lagi kenapa beruntungnya jadi seorang perempuan. So girl’s, syukurilah dengan nikmat jika lahir sebagai wanita ya di dunia ini.
– Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah SWT akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana saja yang disukainya.
– Bila seorang wanita hamil solat dua rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.
– Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan anaknya, Allah SWT akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.
– Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah SWT akan memberikan pahala menyapu Kaabah.
– Bila seorang wanita meninggal di antara 40 hari setelah melahirkan anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.
– Bila seorang wanita mendorong suaminya keluar rumah (jihad) di jalan Allah SWT dan dia dapat menerima dengan ikhlas segala kesulitan yang disebabkan ketiadaan suaminya, maka ia akan memasuki syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dan 70,000 malaikat akan menyambutnya dan ia akan menantikan suaminya di syurga.
– Bila seorang anak menangis di malam hari dan ibunya tidak marah tetapi memmujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun ibadah.
– Di akhirat, Allah datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya, yaitu memakai purdah demi menutup auratnya.
Wallahualam. Happy International Women’s Day sisters!
Fotohiasanutama: InstagramAyanaMoon.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keputusan mematikan watak Tongki pada episod kedua drama Budak Tebing 3 pada episod kedua, Khamis minggu lepas telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat drama bersiri itu.
Tidak dinafikan, watak Tongki lakonan Aedy Ashraf telah menjadi penguat jalan cerita drama Budak Tebing di samping gandingan utamanya, Adam Lee yang membawakan watak Arif.
Bagaimanapun, Aedy sendiri telah mengusulkan kepada penerbit dan pihak saluran TV3 agar Tongki ‘dimatikan’ demi memberi peluang untuk watak-watak lain dikembangkan.
Aedy ketika ditemui REMAJA memahami kerinduan peminat terhadap watak yang dipopularkan olehnya itu apabila Budak Tebing 3 memasuki episod-episod berikutnya pada minggu ini. Pelakon berusia 29 tahun ini turut merasai sentimen rindu tersebut.
“Tipulah jika saya kata saya tidak sayangkan karakter Tongki dan drama Budak Tebing. Pada masa yang sama, saya rasakan penting untuk saya ‘keluar’ daripada kepomping Tongki,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Aedy juga tidak menolak sekiranya mana-mana pihak berminat untuk mencipta naskah ‘spin off’ melibatkan dia sebagai Tongki pada masa akan datang.
“Mana tahu pada masa akan datang, kita akan terbitkan cerita ‘spin off’ seperti filem atau supertele berdasarkan watak Tongki. Prekuel ke, mana tahu?
“Saya akui ‘Tongki’ telah memberi impak besar serta mesej berguna kepada penonton remaja drama Budak Tebing.
“Tidak kira di mana kita berada dan dalam apa jua situasi, Tongki mengajar kita semua bahawa kesabaran dan persahabatan akan ‘membawa’ kita jauh.
“Bagi saya, mesej ini yang membuatkan ramai penonton ‘melekat dengan Tongki kerana mereka mudah relate dengan cerita kehidupannya,” dedah Aedy.
Terdahulu, REMAJA semalam telah berkongsi mengenai sebab utama Aedy Ashraf memutuskan untuk ‘menamatkan hayat’ watak Tongki dalam drama Budak Tebing musim ketiga selepas berbincang dengan pihak penerbitan serta saluran TV.
Menerusi perkongsian REMAJA di Facebook dan Instagram, rata-rata penonton setia Budak Tebing dari musim pertama dan kedua tidak bersetuju dengan ketiadaan Tongki lakonan Aedy selepas ini.
Mereka turut meluahkan rasa kurang senang dengan ketiadaan dua lagi pelakon yang menjayakan watak lama iaitu Bella Dowanna (Laura) dan Fariz Isqandar (Yoyol).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendakwah selebriti, PU Azman, telah dijatuhi hukuman penjara tambahan selama 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Klang hari ini atas kesalahan kelucahan melampau terhadap seorang...