‘The Pocket Rocketman’ Raih Ranking No 1 Dunia Dalam Acara Keirin, Terbaik Bro!

Share

Dinobatkan sebagai Raja Pecut No 1 Di Dunia di Men Elite Keirin.

Pelumba berusia 31 tahun yang terkenal dengan jolokan “The Pocket Rocketman” berada dalam kelas tersendiri apabila muncul sebagai Raja Pecut Dunia.

Berita gembira ini turut di sampaikan menerusi laman Facebook rasmi Team Malaysia, Azizul berjaya mendapat sebanyak 2560 mata dalam acara tersebut sekaligus menewaskan pasukan lawan dengan meninggalkan 9 mata iaitu pesaing terdekatnya dari Jepun, Yudai Nitta berada di tangga kedua dengan 2,551 mata.

“The Pocket Rocketman, No.1 di dunia!” kata posting Team Malaysia.
Secara tidak langsung, kedudukan tersebut menjadikan pelumba berusia 32 tahun itu sebagai juara ranking pertama di dunia dan sebutir pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal disumbangkan menerusi acara trek berbasikal.

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya mengucapkan tahniah disamping memuji kehebatan pelumba trek berbasikal berkenaan.

Tahniah kami ucapkan buat atlet-atlet yang berjuang dan mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa. Syabas raja pecut No 1 dunia, Mohd Azizulhasni Awang!

IKLAN