
Drama Korea The King: Eternal Monarch gandingan pelakon kacak Lee Min Ho dan Kim Go Eun nampaknya kurang mendapat sambutan daripada penonton.
Walaupun sebelum ini ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan drama ini, namun selepas beberapa episod ditayangkan, sambutannya bukan seperti yang diharapkan.

Menurut Nielson Korea, episod terbaru drama tersebut yang disiarkan pada 8 Mei lalu merekodkan rating terendah diseluruh negara dengan purata sebanyak 7.0 peratus. Ini merupakan drama dengan rating yang terendah setakat ini.
Sebelum ini juga, ramai yang memberi kritikan terhadap drama ini kerana terlalu banyak product placement yang dipaparkan, selain sarat dengan senario klise.

Hm, kami pun belum berkesempatan untuk menonton drama ini. Bagi yang mengikuti drama The King: Eternal Monarch, apa pula pendapat korang?
Sumber: allkpop.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cara Masak Mi Segera Paling Sedap Versi BTS Jungkook, Ini Rahsianya!

Musim-musim sejuk ni memang tekak asyik rasa nak makan je. Dapat Maggie panas-panas ni memang boleh terangkat beb.

Hari ini, Remaja nak kongsikan cara masak mi segera paling sedap mengikut resepi orang Korea. Bukan orang Korea sembarangan tapi selebriti popular BTS Jungkook. Seperti yang kita semua tahu khususnya Army, Jungkook cukup gemar makan mi segera yang dipanggil ramen, malah selebriti kpop ini ada tip rahsia cara masak yang akan buat semua orang ketagih.

Tak tipu, korang boleh try sendiri. Hiks!
Ini Remaja kongsi resepi…
#1 Sukatan air bergantung kepada berapa paket mi segera yang dimasak. Jungkook kata boleh guna air paip atau air mineral atau mungkin dari Coway, Cookoo dan sebagainya. Ikutlah tekak masing-masing.
#2 Ada yang masukkan mi segera dahulu tapi Jungkook pilih serbuk sup. “Sejak saya kecil lagi, saya selalu meletakkan sup terlebih dahulu, tiada sebab tertentu.” Mungkin rasanya lagi sedap kot.
#3 Sekarang biarkan kuah sup menggelegak. Tak ditutup periuk itu, biarkan sahaja.
#4 Bila dah menggelegak masukkan mi segera. Biarkan kesemuanya sebati bersama. Masa ini jika nak masukkan telur atau apa sahaja yang anda mahu, dipersilakan.
#5 Bila mi dah masak, telur juga cantik terletak, kuah juga nampak menyelerakan… maka tutuplah api. Makan masa panas-panas, memang sedap!
Lagi sedap kalau sambil makan, tonton cerita kegemaran.
Selamat Beramal!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem Tanpa Dialog, A Shaun The Sheep Movie: Farmageddon Tetap Menghiburkan Dengan Aksi Biri-Biri Comel

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, Shaun The Sheep merupakan sebuah siri animasi kanak-kanak yang ditayangkan di televisyen. Pada 2015, animasi ini telah difilemkan dalam Shaun The Sheep Movie.
Selepas lebih kurang empat tahun, siri kartun ini sekali lagi diterbitkan dalam filem yang berjudul A Shaun The Sheep Movie: Farmageddon.
Di Ladang Mossy Bottom, Shaun dan biri-biri lain berdepan dengan musuh baru. Kedatangan makhluk asing di kawasan tersebut membuatkan mereka perlu melindungi ladang itu daripada ditakluki oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab.

Situasi membuatkan si penternak kambing biri-biri tersebut mengambil kesempatan untuk menubuhkan sebuah Farmageddon yang dikatakan boleh melihat makhluk asing dan mengutip bayaran daripada orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri kehadiran makhluk asing di depan mata mereka.

Berdurasi selama 87 minit tanpa dialog, di awal penceritaan kami agak ragu-ragu kerana bimbang akan merasa bosan untuk menonton. Mungkin ramai yang dah tahu filem ini merupakan karya stop motion yang diarahkan oleh Will Becher dan Richard Phelan. Jadi ia memang tidak mempunyai dialog manusia dan hanya mengeluarkan bunyi 'bahasa haiwan' disertakan dengan sound effect.
Iya la sebelum ni kalau tonton siri kartun Shaun The Sheep di televisyen hanya berdurasi beberapa minit sahaja. Tapi, bila ia difilemkan dan sejujurnya filem pertama siri ini juga kami tidak pernah menonton, risau pula kalau-kalau rasa bosan pula dalam panggung.
Namun begitu, andaian kami tersasar kerana selepas kedatangan makhluk asing itu ke bumi, penonton bakal merasakan excitement untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya.


Walaupun tidak berdialog, penceritaan yang disampaikan secara straight forward dan memudahkan penonton untuk memahami jalan cerita filem ini. Korang juga bakal tergelak melihat aksi comel sekumpulan biri-biri dan makhluk asing itu dalam misi menyelamatkan daripada orang jahat dan menghantarnya pulang ke planet asal.

Jom tonton gelagat biri-biri comel ini dalam A Shaun The Sheep Movie: Farmageddon yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 12 Disember 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dolla, Naim Daniel, MK Atau..Siapa Akan Ganti Populariti Haqiem Rusli Di EDMA 2020?

Jika pada tahun 2018, Anugerah Digital Muzik Era (EDMA) diungguli oleh Haqiem Rusli, tahun lalu pula menyaksikan dominasi kumpulan hop-hop popular, K-Clique setelah memenangi kategor Lagu Featuring Hit dan Rappers Paling Onz daripada 5 buah kategori yang yang mencalonkan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli Sekali Lagi Minta Maaf Ketika Sambar 3 Anugerah – REMAJA

Haqiem Rusli di EDMA 2018.

K-Clique di EDMA 2018.
Kini, EDMA kembali semula untuk edisi 2020 apabila ia bakal distrimkan secara langsung pada hari Rabu ini. Anugerah yang berdasarkan kepada undian peminat secara media sosial ini mempertandingkan enam buah kategori saja pada kali ini memandangkan ia tidak boleh dibuat secara besar-besaran.
Kategori tersebut termasuklah Artis Norma Baharu (Naim Daniel, Syamel, Alif Satar, Asyfnsir, MK K-Clique), Lagu Featuring Hit (Cute, Jaga Jaga, Pulang, Sembah, Zuhud), Influencer PKP ERA (SOLOZ, Azfar Heri, Sir Fathi, Sofyank, Durian Kimchi), Lagu Viral Onz (Peluang Kedua, Cute, Teman, Pulang, Empat Dara 2020), Artis Baru Baek (Asyrfnsir, Azzam Sham, Harith Zazman, Dolla, Yonnyboii) dan Fan Club Paling Ngam (Azzam Sham, Usop, Floor 88, Naim Daniel, Dolla)
Memandangkan Haqiem Rusli tidak mendapayt pencalonan pada kali ini sekaligus tidak boleh meneruskan momentum kemenangan di anugerah yang bersandarkan kepada undian peminat, ramai yang tidak sabar untuk menantikan siapakah nama baharu yang akan menggantikan tampuk populariti di media sosial itu.

Senarai persembahan di EDMA 2020, lusa ini..
Semua itu akan terjawab apabila korang menontonnya pada 27 Januari ini, bermula jam 9 malam di Facebook, YouTube dan instagram ERA.
Sudah tentu, beberapa persembahan istimewa (meskipun secara virtual saja) kan dijayakan oleh Neeta Manisha, Harith Zazman, Loca B, Tuju, Yonnyboii, Asyraf Nasir, Azzam Sham dan Shiha Zikir.
Untuk pengetahuan, undian EDMA 2020 telahpun dibuka bermula 28 Disember hingga 18 Januari lalu. Haa, korang sempat tak mengundi?
BACA LAGI: Karpet Merah EDMA 2018 Bersama Dewi Zeera Azizi – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

