The Alley Tawar Promosi Combo, 2 Minuman Brown Sugar Dengan Harga RM20

Share

Baru semalam kami war-warkan tentang promosi yang dibuat oleh Chatime dengan memberikan potongan harga kepada golongan wanita, kali ini satu lagi jenama minuman bubble tea yang menjadi pilihan anak muda, The Alley

turut menawarkan harga istimewa yang berbaloi-baloi.

Bermula 22 Februari lalu, The Alley menawarkan tawaran istimewa Combo 1: RM20 untuk minuman Brown Sugar Deerioca Milk & Brown Sugar Deerioca Dark Chocolate dan Combo 2: RM22 untuk minuman Brown Sugar Deerioca Matcha Latte & Brown Sugar Creme Brûlée Milk.

Promosi ini akan berlangsung sehingga 28 Februari nanti di seluruh cawangan The Alley. So guys

, masih ada masih lagi untuk korang ‘serang’ The Alley untuk mendapatkan harga istimewa ini.

Pembelian tertakluk kepada terma dan syarat.

IKLAN