Teruk ‘Dibadai’ COVID-19, Kedai Di Petaling Street Mula Gulung Tikar

Share

 

Sekali imbas, sukar untuk kita sahkan bahawa foto di atas diambil di kawasan Petaling Street, Kuala Lumpur. Namun, itulah realiti yang terpaksa ditelan oleh para peniaga di sana.

Beberapa bulan lalu, Petaling Street masih meriah dengan kehadiran orang ramai serta pelancong dalam negara yang ingin mendapatkan barangan keperluan mereka atau sekadar beriadah.

Namun kini, dalam keadaan di mana Malaysia menyekat sebarang pergerakan di antara negeri dan daerah (kecuali bagi tujuan penting seperti mendapatkan suntikan dos vaksin Covid-19), Petaling Street telah bertukar umpama ‘pekan tidak bernyawa’.

Sumber Foto : Malay Mail
Sumber Foto : Malay Mail

Tinjauan di laman media sosial mendapati beberapa foto dikongsikan oleh warganet akan keadaan haian di Petaling Street. Satu persatu perniagaan dilihat ditutup dan memutuskan untuk beroperasi dari rumah secara WFH.

Lebih menyedihkan apabila sebahagian perniagaan terpaksa gulung tikar kerana prestasi perniagaan merosot. Tambahan pula dengan nilai sewa yang tinggi di Petaling Street, sukar untuk para peniaga mengelakkan perniagaan mereka darripada ‘teruk dibadai’ gelombang Covid-19.

Kongsi akaun Facebook Malaysia Business For Sale umpamanya, “Ini adalah PKP ketiga dan lebih banyak perniagaan yang telah dihentikan. Kedai yang telah berada di sini selama lebih 10 tahun pun tidak boleh bertahan.”

Sumber Foto : Facebook Malaysia Business For Sale
Sumber Foto : Facebook Malaysia Business For Sale
Sumber Foto : Facebook Malaysia Business For Sale
Sumber Foto : Facebook Malaysia Business For Sale

Mungkin sebahagian daripada kita beranggapan perniagaan akan kembali beroperasi seperti biasa setelah keadaan pandemik mulai stabil.

Namun ia dipercayai sukar untuk berlaku sekiranya situasi Pelan Pemulihan Negara di Kuala Lumpur dan Selangor berterusan sebegini bagi tempoh beberapa bulan lagi.

Disebabkan itulah, sekiranya kita tahu saluran alternatif untuk pekedai dan perniagaan ini mencari pendapatan secara atas talian, kita haruslah cuba untuk membantu mereka dengan menggalakkan pembelian secara lokal.

ARTIKEL BERKAITAN : Tak Perlu Ke Hong Kong, Petaling Street Ada Lokasi OOTD Baru – REMAJA

IKLAN