Pernah tak kita terfikir, sejak bila manusia mula ‘jatuh hati’ dengan kecantikan? Adakah ia sesuatu yang kita belajar bila dah besar, atau sebenarnya memang semula jadi sejak kecil lagi?

Menariknya, kajian psikologi dan sains perkembangan manusia mendedahkan bahawa minat terhadap wajah yang menarik sebenarnya bermula seawal usia bayi lagi!

Bayi Juga Tahu Apa Itu ‘CANTIK’?

Satu kajian terkenal oleh Langlois menunjukkan bahawa bayi lebih lama memandang gambar wajah yang dianggap cantik berbanding yang kurang menarik.

Tertarik Pada Wajah Cantik, Kajian Buktikan Bayi Pilih Wajah Yang Menarik!

Dalam kajian ini, para pengkaji menggunakan wajah yang dipilih oleh orang dewasa dan mendapati bayi menunjukkan keutamaan visual yang konsisten.

Menerusi satu kajian lanjutan pula menunjukkan bayi berusia 3 hingga 4 bulan juga menunjukkan kecenderungan terhadap wajah haiwan seperti kucing dan harimau yang simetri dan menarik secara visual.

Ads

Apabila gambar itu diterbalikkan, minat bayi menurun, membuktikan mereka benar-benar menilai wajah, bukan sekadar bentuk atau warna sahaja.

Pakar percaya keutamaan ini berpunca daripada mekanisme pemprosesan otak yang umum, bukan naluri untuk memilih pasangan seperti teori dalam psikologi evolusi. Dalam erti kata lain, bayi tidak pilih rupa secara sosial, tetapi secara biologi.

Kenapa Bayi Suka Tenung? Ini Antara Puncanya

Selain tertarik pada wajah yang cantik, bayi juga gemar memerhati ciri-ciri visual lain. Berikut antara sebab mengapa mereka boleh tenung lama:

Ads

Tertarik Pada Wajah Cantik, Kajian Buktikan Bayi Pilih Wajah Yang Menarik!

  • Ciri Unik Pada Wajah Atau Aksesori
    Bayi mungkin tertarik kepada kaca mata besar, subang berkilat, rambut kerinting atau berwarna terang, dan ciri-ciri lain yang menonjol.
  • Pergerakan Yang Menarik Perhatian
    Mereka suka memerhati objek bergerak seperti tangan yang melambai, kipas siling, atau haiwan peliharaan. Ini merangsang koordinasi mata dan fokus.
  • Warna Terang & Corak Kontras
    Bayi mudah tertarik pada warna-warna cerah dan gabungan kontras seperti hitam-putih, merah-biru, serta corak geometrik.
  • Otak Sedang Belajar
    Kadang-kadang, renungan mereka bukan sebab objek itu menarik, tapi kerana otak sedang cuba mengenal dan menyimpan maklumat baru.

Jadi, berbanggalah apabila diperhatikan oleh seorang bayi, anggaplah itu sebagai satu pujian kecil. Bukan saja kerana mereka suka wajah korang, tetapi juga kerana mereka sedang belajar daripada korang.😊

BACA LAGI : Orang Cantik, Hidup Senang? Kajian Bukti Rupa Paras Boleh Ubah Nasib Karier!

Ads

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads