Jika kita merasa kehidupan kita susah, ingatlah masih ramai lagi yang diuji dengan kesusahan yang mungkin kita sendiri belum tentu boleh menghadapinya.
Kredit Gambar : Sinar Harian
Rasa sebak kisah yang dikongsi oleh Sinar Harian tentang seorang Remaja berusia 16 tahun yang terpaksa tinggalkan zaman persekolahan untuk membantu keluarga. Remaja ini tinggal di Kampung Kota Jembal, Kelantan terpaksa berhenti sekolah sejak beberapa tahun lalu demi menjaga ayahnya yang lumpuh akibat angin akhmar.
Alif Iqbal Fauzi bekerja sebagai penjual jagung madu di pasar malam untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga dan juga menanggung persekolahan tiga adiknya yang berada ditadika dan sekolah rendah.
Kredit Gambar : Sinar Harian
Disebabkan penyakit diabetes yang dihadapi oleh ayahnya, dia juga perlu menyediakan keperluan ubat-ubatan ayahnya yang dianggarkan lebih kurang RM3000 sebulan termasuk lampin pakai buang. Allahu beratnya dugaan keluarga ini.
Ads
Manakala ibunya, Noor Razira Seman tidak mampu untuk menukar lampin ayahnya seorang diri jadi dia akan pulang ke rumah untuk membantu ibunya selepas menghantar adik-adiknya ke sekolahsebelum keluar semula untuk berkerja.
Walaupun minat terhadap bidang automotif, namun Remaja ini terpaksa melupakan seketika hasratnya untuk belajar kerana perlu memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.
Rata-rata netizen mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan oleh Allah.
Ads
Semoga urusan Remaja ini dan keluarganya dipermudahkan dan teruskan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kerana insyaAllah hidup akan lebih diberkati.
Ads
Kalau ada yang lalu di kawasan adik ini berniaga, sama-samalah kita bantu mereka dengan membeli jualan jagung mereka. Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian ke akaun Agro Bank Norazira Seman 2-00-6631-00032088-0 atau hubungi talian 0139957775.
Ramai yang sering mengungkapkan perkataan ini tetapi sejauh manakah anda sanggup berkorban demi seorang sahabat sejati?
Ini yang berlaku pada selebriti Hollywood, Selena Gomez yang mengakui telah menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya, Francia Raisa. Dia yang mendedahkan perkara ini menerusi akaun Instagramnya turut berkongsi foto kesan pembedahan bersama kapsyen yang sangat menyentuh hati.
“Saya sedar ada para peminat mempersoalkan mengapa saya tidak mempromosikan muzik baru saya.
“Sebenarnya pada ketika itu saya diberitahu perlu mendapatkan pemindahan buah pinggang disebabkan penyakit Lupus yang dihadapi.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan juga team doktor yang hebat kerana membantu sepanjang proses sebelum dan selepas pembedahan.
“Akhir sekali, tiada kata-kata yang dapat diungkapkan kepada sahabat cantik saya, Francia Raisa di atas pengorbanan yang dilakukan olehnya. Dia telah memberikan hadiah yang tiada nilainya dengan menyumbangkan buah pinggangnya. I love you so much sis!” tulisnya.
Dalam coretannya juga, Selena memberitahu bahawa tidak ramai yang tahu tentang penyakit yang dihidapinya itu.Jadi, persoalannya apakah sebenarnya dimaksudkan dengan penyakit lupus?
Menurut data daripada Lupus Foundation of America, 1.5 juta individu di Amerika Syarikat menderita penyakit lupus. Buat anda yang mungkin tidak pernah tahu apa itu lupus, berikut merupakan tujuh fakta tentang penyakit ini.
1. Banyak simptom yang berlaku
Lupus boleh menyerang pada mana-mana anggota badan dan orang yang menghidap penyakit ini mempunyai pelbagai simptom yang berbeza-beza.
Ramai yang menderita penyakit ini pada awalnya mengalami sakit kepala, sakit-sakit otot dan lain-lain. Namun, berbeza dengan penyakit-penyakit lain, jika anda mengalami simptom ini, anda akan mengalami kesakitan yang lebih dahsyat.
Ada juga simptom-simptom lain yang boleh dilihat seperti ruam yang berbentuk rama-rama pada tulang hidung. Ruam ini merupakan satu petanda jelas tetapi tidak semua menghidap lupus mempunyai simptom-simptom ini.
2. Memerlukan tempoh yang lama untuk didiagnos
Kebanyakan doktor memerlukan tempoh yang sangat lama, sekitar lima tahun untuk mendiagnosis pesakit lupus. Ini kerana simptom-simptom penyakit ini adalah pelbagai dan berbeza-beza.
3. Menyerang beberapa sistem tubuh
Ada beberapa bahagian tubuh yang paling banyak diserang penyakit ini, antaranya adalah radang pada jantung dan paru-paru. Selain itu, buah pinggang juga sering menjadi sasaran dan inilah yang terjadi pada selebriti Hollywood, Selena Gomez.
Lupus yang menyerang buah pinggang dinamakan nefritis, yang menyebabkan radang dan tidak dapat mencuci darah dengan baik. Selain itu, lupus juga boleh menyerang kulit, sistem saraf dan sistem pencernaan.
4. Memerlukan ubat yang kuat
Oleh sebab penyakit ini agak serius, ubat yang diperlukan untuk menyembuhkannya juga perlu mempunyai kesan yang kuat dan kerana itu juga, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang luar biasa.
Ubat ini berfungsi menghentikan sistem kekebalan yang menyerang tubuh dan memberikan risiko yang tinggi, bahkan boleh menyebabkan kanser.
5. Diet khusus
Beberapa bahan makanan ternyata dapat mengaktifkan penyakit ini. Pesakit perlu mengelakkan daripada mengambil tauge kerana ia mengandungi asam amino l-canavanine yang boleh menyebabkan lupus.
6. Sinaran matahari
Pancaran matahari boleh menyebabkan ruam pada kulit, sakit sendi dan melemahkan tubuh. Lebih baik jika anda mengenakan topi dan sunblock untuk mengelakkan cahaya matahari.
7. Kebanyakan pesakit adalah wanita
Walaupun pesakit lupus ini jarang-jarang berlaku, tetapi 90 peratus daripada pesakit ini adalah golongan wanita. Namun, belum ada penjelasan yang yang jelas tentang alasan kenapa wanita lebih banyak menderita penyakit ini.
Setelah difahami, rupa-rupanya penyakit yang dihidap oleh Selena Gomez ini agak serius juga. Untuk pengetahuan anda, beberapa selebriti lain Hollywood juga pernah menghidap penyakit ini, antaranya Kristen Johnson, Toni Braxton, Shannon Boxx dan Nick Cannon.
Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti gejala-gejala penyakit lupus ini.
PayDirect merupakan cara mudah membayar tol menggunakan Touch n Go eWallet, dimana walaupun masih menggunakan kad Touch n Go fizikal, baki tidak ditolak daripada kad fizikal, sebaliknya baki di dalam ewallet yang digunakan untuk membayar tol.
Dengan menggunakan PayDirect ini, korang boleh menyemak baki masa nyata, serta membuat tambah nilai eWallet secara dalam talian.
Sistem PayDirect iaitu kad Touch n Go yang didaftarkan dengan e-wallet dan boleh dibuat tambah nilai menerusi aplikasi e-wallet yang hanya boleh digunakan di lebuh raya berikut:
Lebuh raya Sistem Tol Tertutup (masuk plaza tol dan bayar di plaza tol keluar)
Lebuh raya Sistem Tol Terbuka (terus bayar di satu plaza tol sahaja)
AKLEH
BESRAYA
BSI, PLUS di Johor
DUKE
GCE
GRAND SAGA
GRAND SEPADU
JKSB
KESAS
KLK (Plaza Tol Gombak dan Bentong)
LATAR
LDP LKSA
LLB
MEX
NPE SILK
SMART
SPRINT
Bagi sistem RFID pula, semua pengguna lebuh raya yang telah mempunyai tag RFID dan menggunakan RFID, korang boleh menggunakan aplikasi e-wallet Touch n Go bagi tujuan tambah nilai di seluruh lebuh raya di Malaysia.
Dengan cara ini tidak dinafikan ia memudahkan pengguna jalan raya dan kuranglah berlaku kesesakan sekiranya kad touch n go mereka tidak mempunyai baki yang mencukupi.
Mukbang bukan satu benda yang asing lagi zaman sekarang ni bila ramai orang berlumba-lumba buat content makan dengan lahap dan nampak begitu menyelerakan. Trend ini dibawa oleh rakyat Korea yang gemar makan dalam jumlah yang banyak di hadapan kamera sambil berinteraksi bersama penonton.
Trend ini menjadi ikutan banyak negara kerana seseorang individu boleh memperoleh pendapatan dengan hanya makan depan kamera sahaja.
Bagaimanapun, trend ini bakal dihentikan di China apabila Presiden Xi Jinping sebelum ini menggesa rakyatnya supaya tidak membazirkan makanan dengan melancarkan kempen Pinggan Bersih.
Terbaru, China dilaporkan telah meluluskan undang-undang anti pembaziran makanan yang melarang pengunjung di restoran daripada memesan makanan secara berlebihan. Malah undang-undang yang mula dikuatkuasakan mulai Mei lalu melarang merakam atau berkongsi video makan-makan iaitu mukbang.
Kira-kira 35 juta makanan dilaporkan dibazirkan di China setiap tahun, menurut media negara China. Sebagai perbandingan, sekurang-kurangnya 66 juta makanan telah dibazirkan di Amerika Syarikat setiap tahun, menurut Jabatan Agrikultur A.S.
Menurut undang-undang baru itu, restoran boleh didenda sehingga 1,550 dollar (Sekitar RM 6 ribu) kerana menggalakkan pelanggan memesan makanan dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan pembaziran.
Stesen TV dan syarikat media atas talian boleh dikenakan dengan hingga 16,000 dollar (sekitar RM 66 ribu) jika mereka didapati membuat atau menayangkan video berkenaan makan-makan yang melanggar undang-undang tersebut.
Undang-undang ini juga mewajibkan penganjur dan pengunjung jamuan makan untuk memesan jumlah makanan yang diperlukan sahaja ketika makan di luar.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.