Berita ini mungkin bukan baru bagi sesetengah orang. Tapi mungkin ramai yang belum mengetahuinya juga terutama di kalangan anak remaja yang tidak berapa care mengenainya.

Jika sebelum ini, untuk membuat pengeluaran melibatkan Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan dan lain, kita perlu beratur di pejabat pos, kios ASNB, bank dan sebagainya untuk mengeluarkan duit. Malah ada ketika, kita mengambil masa agak panjang beratur khususnya di pejabat pos kerana pelanggan membuat urus niaga lain seperti membayar bil dan sebagainya.

Namun mulai 27 April 2020, pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memudahkan orang ramai ramai membuat pengeluaran secara online di mana kita hanya perlu masuk ke laman web rasmi www.myasnb.com.my.

Tak Perlu Beratur Lagi Keluar Duit ASB, Boleh Buat Pengeluaran Secara Online Sahaja

Tapi sebelum kita bersorak gembira sebab tak perlu beratur, ada maklumat lain korang kena tahu dan ia mungkin sedikit mengecewakan (bagi sesetengah orang laa).

IKLAN

Berita sedikit mengecewakan ialah had maksimum pengeluaran hanya RM500 sahaja sebulan. Ya sebulan ya. Bukan sehari, hikz.

Lebih pada itu, sekali pengeluaran secara online hanya RM100 bagi satu transaksi (aduh, kalau nak pakai duit banyak acaner?)

Pengeluaran hanya boleh dibuat tiga kali sahaja dalam sebulan.

IKLAN

Lebih perlu tahu masa pengeluaran. Kalau korang rasa nak buat tengah malam ke atau senggang-senggang yang korang rasa sesuai, maaf ya sebab ASNB memberi masa transaksi dibuat.

Masa dibenarkan membuat pengeluaran ialah pada :

IKLAN

• Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*
• Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*
(*kecuali cuti umum)

Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya ke akaun korang seperti Maybank, CIMB, Hong Leong dan sebagainya. Bukan pada hari yang sama ya.
Kalau rasa urgent, boleh beratur di bank, pejabat pos dan kios ASNB ya.
Tapi kalau korang rasa pengeluaran secara online nie lagi ok, ikut step step diajar oleh ASNB ini.

Berikut adalah langkahnya :-

  1. Klik laman web rasmi www.myasnb.com.my
  2. Boleh buat pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
  3. Pilih BM iaitu Bahasa Melayu
  4. Klik Log Masuk di bahagian kanan atas
  5. Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna
  6. Klik Teruskan
  7. Akan keluar satu frasa keselamatan
  8. Jika ia bukan frasa keselamatan yang korang pilih, klik Tidak.
  9. Jika ini frasa keselamatan yang korang pilih, klik Ya.
  10. Masukkan Kata Laluan
  11. Klik menu Portfolio
  12. Kemudian akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang korang langgan
  13. Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB), ada butang Transaksi
  14. Klik butang Transaksi
  15. Pilih Jualan Balik
  16. Kini korang berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
  17. Sila baca elok-elok ya sebelum meneruskan transaksi.
  18. Kemudian tandakan Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
  19. Selepas langkah itu, korang akan berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
  20. Maklumat akan terpapar secara automatik:
  21. Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
  22. Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat di atas yang diberikan adalah tepat
  23. Akan keluar satu popup yang menyatakan Jualan balik korang akan di kreditkan ke dalam akaun bank korang yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  24. Jika bersetuju, klik Teruskan
  25. Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
  26. Klik Permintaan TAC
  27. Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan
  28. Klik Seterusnya
  29. Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya
  30. Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah masuk


Tak Perlu Beratur Lagi Keluar Duit ASB, Boleh Buat Pengeluaran Secara Online Sahaja

Tak Perlu Beratur Lagi Keluar Duit ASB, Boleh Buat Pengeluaran Secara Online Sahaja Tak Perlu Beratur Lagi Keluar Duit ASB, Boleh Buat Pengeluaran Secara Online Sahaja Tak Perlu Beratur Lagi Keluar Duit ASB, Boleh Buat Pengeluaran Secara Online Sahaja Tak Perlu Beratur Lagi Keluar Duit ASB, Boleh Buat Pengeluaran Secara Online Sahaja Tak Perlu Beratur Lagi Keluar Duit ASB, Boleh Buat Pengeluaran Secara Online Sahaja Tak Perlu Beratur Lagi Keluar Duit ASB, Boleh Buat Pengeluaran Secara Online Sahaja

Tak Perlu Beratur Lagi Keluar Duit ASB, Boleh Buat Pengeluaran Secara Online Sahaja

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI