Ahli kumpulan K-Pop terkenal, Kim Hee Chul dari Super Junior baru-baru ini membuat pengumuman mengejutkan dan mendedahkan perkahwinannya melalui rancangan realiti, My Little Old Boy.
Menerusi episod tersebut, dia kelihatan melawat kedai tuxedo untuk mencari pakaian perkahwinan yang sesuai.
Dia juga menyatakan bahawa dia ingin memakai tuxedo merah ke majlis perkahwinannya dan menjemput rakan selebriti lain iaitu Tak Jae Hoon, Kim Jong Kook, Choi Jin Hyuk, dan Heo Kyung Hwan sebagai tetamu perkahwinan.
Ads
“Pertama sekali, saya akan memperkenalkan kepada para tetamu identiti pengantin perempuan,” jelasnya
Bagaimanapun, tidak lama kemudian penyanyi tersebut menjelaskan, “Pengantin lelaki hari ini ialah Kim Heechul dan pengantin perempuannya juga Kim Heechul, yang sangat saya sayangi.”
Ternyata penyanyi berusia 40 tahun itu mengambil keputusan untuk mengamalkan sologami di mana beliau mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri untuk mengejar kebahagiaannya. Wowwww…terpaling #selflove!
Ads
“Saya bukan seorang yang menentang untuk tidak berkahwin. Namun saya kerap terfikir, ‘Adakah saya benar-benar layak untuk mencintai seorang wanita?’ dan ‘Bukankah saya patut menyayangi diri saya terlebih dahulu?’” jelasnya lagi.
Pada hari berbahagia tersebut, dia juga membaca ikrar perkahwinan dan disajikan dengan persembahan nyanyian dari Kim Jong Kook sebagai hadiah perkahwinan.
Pape pun, tahniah diucapkan kepada Heechul…dan Heechul!!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: KOREABOO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang banyak menampilkan bintang-bintang ternama dalam sukan bola sepak telah melancarkan jersi terbaru mereka bagi menghadapi persaingan Liga Super 2020.
Apabila menyebut mengenai JDT, sudah pasti peminat setia pasukan kelab ini tidak akan melepaskan peluang mendapatkan jersi baru pasukan yang dibawakan oleh Nike ini.
Nampak memang cun malah siap ada majlis perlancaran besar-besaran lagi ketika memperkenalkan jersi terbaru ini.
Namun di sebalik perlancaran video jersi berkenaan, ia telah mendapat kutukan dari netizen yang beranggapan perempuan terlalu murah sehingga mudah “dibeli” dengan hanya melihat lambang jersi berkenaan.
Dapat dilihat dalam video berkenaan, wanita hanya diletak sebagai objek seksual semata-mata sehingga hilang maruah diri.
Hilang adat ketimuran, kesopanan dan langsung tidak melambangkan adat dan budaya orang Malaysia yan penuh dengan rasa malu terutama kalangan anak gadis.
Dalam video berkenaan dapat dilihat bintang back JDT, model berkenaan mahu keluar dari kelab malam berkenaan namun sebahagian bintang JDT dan didahului oleh pemain pertahanan, Carbin Ong yang kemudian dilihat bangun dan menayangkan jersi JDT di sebalik jaket dipakainya.
Akhir kata dari hendak balik tak jadi balik sebab teruja dengan jersi. Korang rasa?
Ini merupakan antara komen yang dilemparkan netizen berkaitan video tersebut.
Jika di Malaysia kita sibuk berbicara menu apa untuk berbuka semalam, mahu beli atau masak saja di rumah, nampaknya situasi ini tidak dirasai oleh penduduk awam di Hama dan Selatan Idlib apabila Ramadan pada hari pertama dicemari dengan serangan udara dari tentera Russia.
Amat menakutkan, dalam tempoh beberapa jam sahaja, lebih 220 kali serangan udara dilancarkan di kawasan terbabit pada hari pertama Ramadan. Tidak saja bom-bom dilepaskan dari udara diikuti meriam dan pelancar roket sekaligus menjadi tangisan bagi penduduk Syria yang terus tertindas.
Di negara ini, nyawa mungkin bukan perkara berharga namun kebanyakan penduduk termasuk anak kecil ini pastinya menjadi anak-anak syurga kerana terkorban dalam pelbagai serangan. Dalam tempoh 7 hari ini bermula minggu lalu, lebih 4000 serangan udara dilancarkan ke atas Idlib, satu jumlah yang pastinya mengorbankan bukan sedikit nyawa.
Anak kecil ini mungkin sebaya anak kita. Jika anak kita masih main game tetapi mereka menjadi mangsa serangan bom bertali arusBayangkan suasana di Syria. Kita mungkin terfikir mahu masak apa, beli menu di bazar mana tapi penduduk di sini bertempiran untuk menyelamatkan nyawa masing-masingSemoga rahmat Allah sentiasa bersamamu penduduk Syria. Mari kita berdoa agar penduduk-penduduk ini sentiasa dalam lindungan Allah
Dalam serangan pada 5 Mei, hospital yang menjadi tempat “paling selamat” iaitu Hospital di bandar Kafr Nabeel di selatan Idlib turut dibom menjadikan tugas para sukarelawan perubatan semakin sukar. Dalam serangan semalam iaitu hari pertama Ramadan dua penduduk awam terbunuh.
Menurut Syrian Network for Human Rights, sehingga 5hb Mei 2019 sahaja seramai 67 penduduk awam telah kehilangan nyawa. Manakala jumlah penduduk awam yang terbunuh semenjak Januari sehingga Mei 2019 pula adalah sebanyak 1,181 orang termasuk 8 darinya pekerja perubatan dan 5 pengamal media.
2 orang awam terbunuh manakala yang lain cedera selepas serangan bertubi-tubi tentera regim ke atas bandar Al-Zarba di pinggir Aleppo.
Anak-anak kecil turut menjadi mangsa serangan udara oleh tentera Rusia di perkampungan Rabe Al Jour di selatan Idlib. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan orang awam.
Apa dosamu anak. Moga syurga tempatmu di negara abadi kelak
Dua hari lalu, pada tarikh yang sama iaitu 5 Mei, dua lokasi umat Islam dibedil iaitu di Syria dan Gaza, Palestin. Sakitnya sama kerana kita semua adalah umat Islam.
Sampai bila semua penderitaan bagi kedua-dua buah negara ini akan berhenti? Pastinya kita semua tiada jawapan pasti.
Apa pun tidak semuanya indah bagi pelarian di Syria. Suasana Ramadan mereka tidak sama dengan suasana kita di sini.
Bagi umat Islam yang prihatin dan mahu membantu bagi penyediaan makanan bagi berbuka bagi umat Islam di Syria boleh salurkan sumbangan kepada :
Sinari Ramadan ini dengan menyumbang melalui Kempen Ramadan Al-Khair 7.0.
Berikan peluang kepada mereka untuk menjalani ibadah di bulan Ramadan seperti umat Islam yang lain.
Anda boleh menyumbang:
1.RM15 untuk set Iftar untuk seorang
2.RM150 untuk pek makanan untuk sebuah keluarga
• Maybank: 562106653575
• CIMB Islamic: 8601894560
Isu pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sejak Khamis lalu menggemparkan negara. Dalang penyebaran sisa kimia sudah pun ditangkap dan bakal didakwa. Malah dikatakan, inilah kes kali pertama kes dibawa ke mahkamah atas tuduhan pencemaran alam sekitar.
Di bawah tuduhan Akta Alam Sekitar Sekeliling 1974, Seksyen 34 (b), yang jika didapati bersalah akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 ribu dan atau 5 tahun penjara.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi memperhebatkan operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, sumbangan itu bagi membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa terbabit dalam operasi itu melengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan yang diperlukan.
“Tuanku Sultan ada membincangkan perkara ini dengan saya sebagai Penasihat DiRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan baginda tersentuh apabila mendengar satu klip rakaman yang mana seorang lelaki menangis sambil meminta bantuan menyelamatkan anaknya.
Pencemaran Sungai Kim-Kim akibat pembuangan sisa kimia mengakibatkan seluruh sekolah di Pasir Gudang ditutup
Dalam isu ini mendapat perhatian seluruh negara, tular satu rakaman suara sangat menyedihkan meminta rakyat Malaysia mengadakan solat hajat bagi membantu mangsa pencemaran bahan kimia yang jumlahnya semakin meningkat.
Tidak diketahui suara siapa namun nada suaranya sangat sebak hingga mengundang rasa simpati sesiapa yang mendengarnya.
Ayat-ayatnya yang cukup menyentuh perasaan dan suaranya mampu membuat sesiapa sebak mendengarnya.
Assalamualaikum wbt
Kepada sahabat-sahabat saya semua yang berada d luar Pasir Gudang, kalau sembahyang hajat, kalau sembahyang waktu, tolong sembahyangkan hajat untuk kami semua yang berada di Pasir Gudang.
Umat islam dan juga kawan-kawan yang satu sekolah, yang berada di dalam Pasir Gudang. Dalam keadaan kritikal kami semua di Pasir Gudang.
Kerana kimia makin melarat-larat. Dan banyak sekolah telah ditutup. Kanak-kanak sekolah ramai kena dah dan juga guru-guru.
Saya minta pada kawan-kawan semua tolong doakan kami semua yang ada di pasir Gudang ini. Mudah-mudahan kami semua selamat. Assalamualaikum.
Boleh berlaku kematian jika mangsa tidak dirawat dengan betul kerana ia menyekat saluran pernafasanAntara kesan akibat terhidu sisa kimia dimana kita akan susah bernafas dan seluruh tubuh berasa lemah
Difahamkan pagi ini, sebanyak 111 buah sekolah di Pasir Gudang diarahkan ditutup serta merta sehingga ke satu tarikh diberitahu kelak.
Semalam UITM Pasir Gudang juga diarahkan ditutup sehingga 17 Mac ini ekoran masalah kesihatan orang ramai di sekitar kawasan pembuangan sisa toksid semakin meruncing.
Difahamkan 900 lebih mendapatkan rawatan. 506 kini masih berada di hospital malah 9 lagi berada di Unit Rawatan Rapi.
Masa yang sama tular juga di media social seorang pelajar meninggal dunia akibat masalah pernafasan tetapi berita itu didapati palsu.
Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan kepada semua penduduk Pasir Gudang terutamanya yang berada berhampiran Sungai Kim Kim agar sentiasa mandi dan membasuh pakaian setiap hari untuk mengelak daripada radiasi bahan kimia disebar.
“Selepas gelombang keempat ini jangan ambil mudah kita boleh terhidu, boleh resap melalui kulit dan sangat bahaya.
“Orang awam dinasihatkan tidak melakukan aktiviti luar berhampiran Sungai Kim Kim, mandi dan basuh pakaian berasingan.
“Walaupun pakai sarung tangan, partikel akan melekat dan jika tidak dibasuh ianya boleh tercemar kepada mangsa kedua,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!